Jumaat, 13 Mac 2009

citizen cane..

cun amoi yg menggunting rambut anak aku tu...tapi saja taknak tunjuk..seksi bangat ..

tajuk asal: rotan..
[entri yang panjang sempena dengan gencatan memblog (pinjam perkataan dari bro pyanhabib) selama dua minggu...juga merupakan pesanan untuk diriku sendiri]

Semalam wife aku bertanya kat anak sulung aku. Tujuannya saja-saja nak mengajak anak aku berbual. Maklum la masa cuti ni asyik menonton kartun je kat tibi. Sekali-sekala nak alih gak tumpuan dia dari tibi tu..

Soalannya.."Kakak sayang mama atau abah?". Anak aku jawab, "sayang mama lah..abah tak!" ..Wife aku tanya kenapa sayang mama je, tak sayang abah sekali..Anak aku balas "kakak tak sayang abah sebab abah pernah rotan kakak"..hahaha...aku tergelak. Pada hal ada juga rasa kecik hati, sikit je..tak banyak..

Aku tak sangka juga, perbuatan aku merotan anak aku dua tahun lepas masih segar dikepala anak aku ni. Memang tak sangka. Ingatkan dia dah lupa. Memang aku kesal merotan anak aku. Maklumlah masa tu dia kecik lagi. Baru berumur empat tahun. Mungkin sikap marah telah menguasai aku masa tu.

Aku masih ingat akan peristiwa hari itu. Anak aku balik lambat dari taman permainan walaupun aku dah panggil dia beberapa kali. Aku hilang sabar. Bila dia balik je, terus aku ambil rotan yang memang telah lama aku sediakan untuk menakut-nakutkan anak aku ( konon ingin melentur buluh biar daripada rebungnya). Dan hari itu aku akan menggunakannya untuk kali pertama. Bila anak aku memasuki rumah, terus aku hayun rotan tersebut. Niat aku bukan nak menyakitkannya. Maka aku aim rotan tersebut supaya terkena pampers yang dipakainya. Tapi malang, hayunan aku tersasar. Rotan tersebut mengenai bahagian tulang belakangnya .... piappppp!!! ...."alamak.Aku silap aim" hati aku bersuara. Apa lagi..meraung la anak aku. Bila wife aku mandikan dia petang tu, anak aku masih lagi tersedu-sedu menangis sebab menahan sakit. Wife aku tunjuk kesan calar kat belakang anak aku.Lebam...Alahai...sedih la plak aku masa tu.

Maafkan abah ye Aleeya...bukan sengaja. Ia untuk kebaikan kamu juga..

Aku pun silap. Silap yang amat sangat. Anak aku masa tu kecik lagi. Memang tak perlu memukul atau merotan ketika anak diusia yang sebegitu muda. Cukup sekadar teguran,penjelasan dan nasihat. Itu la jadinya..kalau sifat marah (dan juga jahil) menguasai diri. Konon nak jadi bapa mithali, silap-silap jadi bapa yang dikesali la pulak. Aku belum terjumpa lagi hadis yang mengatakan anak-anak perlu dipukul/rotan atas sebab kenakalan mereka (kepada sesiapa yang ada jumpa, bagi tau aku..jahil sungguh aku ni). Yang aku jumpa cuma bila anak kita enggan solat.Itupun bila umur mereka sepuluh tahun ke atas. Kalau di rotan pun, hanya di tapak kaki anak kita.

"Suruhlah anak-anak kamu solat apabila mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka menjangkau 10 tahun kerana tidak mahu melaksanakannya dan pisahkan mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur" Hadis Rasulullah s.a.w. Riwayat al-Tarmizi

Rotan yang aku guna dua tahun lepas masih aku simpan. Bergantung je kat dinding rumah aku. Aku jadikan bahan gertakan untuk kedua-dua anak aku. Contohnya, dulu dia orang berdua susah sangat nak makan nasi. Sekarang rotan tu dah jadi pembantu aku untuk menggertak mereka. Bila dia orang liat je nak makan nasi, aku purak-purak nak merotan mereka. Tapi kali ini aku lebih berhati-hati untuk menggunakannya. Aku tak rotan dia orang, cuma merotan dinding rumah je...bagi bunyi gempak sikit...hehe!

Aku teringat satu hadis.."Allah mengasihi hamba yg menggantung dirumahnya rotan untuk mendisiplinkan keluarganya"..yang ini aku pegang sekarang. Tak guna pun tak per..sekadar medium untuk menggertak.

Anda yang telah mempunyai anak mesti memahami masalah aku. Kalau bab marah atau merotan anak ni macam-macam persepsi. Ada ibubapa yang tak pernah marah/rotan anak, tapi anak mereka elok je. Tak melawan..tak nakal...tak jahat. Hormat kepada orang tua. Taat juga kepada perintah Allah.

Ada juga ibubapa yang suka memarahi/merotan anak mereka dengan niat untuk mendidik mereka. Tapi bila besar lain pulak jadinya. Mereka memberontak. Serba-serbi tak menjadi.

Ada juga ibubapa yang kebaratan atau membesarkan anak menurut kaedah barat. Kata mereka anak-anak hendaklah diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Menyekat mereka, bererti menyekat perkembangan anak-anak. Ibubapa mereka hidup bebas dan agama sekadar menjadi perhiasan. Makan rasuah. Makan duit haram. Tapi anak mereka bila besar elok je. Ada yang berjaya. Menghormati orang tua. Taat pula kepada perintah Allah.

Dilema ke? Keliru ke? Bagi aku tidak.Aku tidak mau gamble dalam membesarkan anak-anak. Memang itu rezeki masing-masing. Aku akan cuba besarkan anak aku menurut tamadun Islam. Aku cuba mengikut apa yang direkomenkan oleh Rasulullah selagi termampu. Nak ikut sunnah silakan, itu yang dituntut.Kalau taknak ikut pun tak per, tapi janganlah sampai dihina sunnah Nabi (ehh..ada ke orang yang menghina agaknya ye? hehe..). Yang penting kita berusaha membentuk mereka dari kecil. Ya...yang penting kita berusaha. Allah Yang Maha Besar. Dia la yang menentukan segalanya setelah kita berusaha. Sepertimana Rasulullah pernah bersabda:

"setiap anak dilahirkan dalam keadaan asal yang bersih, maka kedua-dua ibubapanyalah yang akan menentukan samada anak itu akan menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

Baru-baru ni aku ada terbaca tips untuk menangani kenakalan anak dari sebuah buku yang bertajuk "Kaedah mendidik isteri dan anak" keluaran Telaga Biru. Antaranya ialah:

1.surah al-fatihah
2.ayat qursi
3.surah taha ayat 1-8
4.surah al-hasyr ayat 21
5.ayat lazim

Baca dan fahami. Selepas baca surah-surah tersebut, sama-sama kita menadahkan tangan dan berdoa untuk kebaikan anak..

Adakah rotan itu akan kembali melibas mangsanya bila anak aku berusia melebihi sepuluh tahun kelak? Aku doa-doakan tidak ... insyaAllah...

"Ya Allah..ampunkanlah aku atas segala kesalahan dan kesilapan aku. Ampunkanlah aku atas kelalaian ku dlm melaksanakan tanggungjawabku.Ampunkanlah aku kerana tidak dapat melaksanakan amanah Mu dgn baik"

[bila anak aku berusia tujuh tahun kelak, akan aku cetak entri ini untuk dijadikan hadiah harijadinya .. InsyaAllah]

* Selamat menyambut hari maulidur-rasul...

-entri ini sebenarnya dikhaskan untuk disiarkan pada 9 Mac 2009 yang lalu bersempena dengan hari maulidur-rasul. Oleh kerana ada beberapa kekurangan, maka ia disiarkan hari ini. Hari ini juga aku akan bertolak ke kampung di Kedah untuk bercuti. Selamat bercuti utk aku..and happy blogging for all of you!

-zaki..hope to see u soon @ Kedah

15 ulasan:

INTAN RH berkata...

Koi tak pernah merotan anak2...tak sanggup. Abah dia apatah lg, jentik pun tak pernah, tggikan suara pun tak pernah. Klu tggi suara, sume akan mogok dgn abah dia, termasuk mak anak2 skali...

Snakebite berkata...

aku ikut kata saidina umar,

tujuh tahun pertama manjakan mereka, tujuh tahun kedua didik mereka, tujuh tahun ketiga bersahabat dengan mereka, selepas itu bebaskan mereka.

makna nya, umur 1-7 tahun tu manjakan aja, bagi lah apa nak. 7-14 tahun, haa ini waktu untuk disiplin dan mengajar mereka sebab umur ni mereka dah boleh pikir, guna kekerasan kalau perlu. 14-21 tahun masa ni kita mengajar mereka sebagai seorang sahabat,nasihat bagi panduan,cara lembut. 21 tahun keatas, pandai pandai kau la hidup kat dunia, tanggungjawab aku dah habis.

WanBeruas berkata...

..AKU PERNAH DIROTAN GURU BESAR MASA JD PENGAWAS SEKOLAH BILA DIKATAKAN PONTENG DARI KELAS, WALHAL KAMI BACA BUKU DI PERPUSTAKAAN,SETELAH GURU YANG SEPATUTNYA MENGAJAR KELAS KAMI PONTENG MENGAJAR..MASA TU TAHUN 79..LA NI DAH 30 TAHUN DAN AKU MASIH LAGI BERDENDAM DENGAN CIK GU HITAM DAN GURU BESAR CHE GU AJIDAN..MEROTAN DAN KENA ROTAN BANYAK MENINGGALKAN KESAN PSIKOLOGI YANG NAGETIF SEBENARNYA..BRO SELAMAT BALIK KAMPUNG!KEDAH MEMANG BEST!

Tanpa Nama berkata...

saya pun pernah rotan anak saya..
tapi bila dia tido malam,saya tenung lama2,meleleh air mata saya sebab menyesal rotan dia..

ada sorang kawan saya,selepas dia rotan anak dia,dia akan bertenang dan tunggu hingga anak tu habis nangis..kemudian dia akan panggil anak dia dan peluk dan cium anak dia dan jelaskan kenapa anak dia dirotan..

amacam? boleh gunapakai ke pendekatan kawan saya tu?

Tanpa Nama berkata...

ben..
rambut gua dah panjang la..rimas..
bagi gua alamat kedai gunting rambut tu..nak try gunting rambut kat situ pulak..

Tanpa Nama berkata...

kome dpt masuk blog deme ikut blog bro ubi..

kome rasa bila anak dah makin besor, deme lagi tak sanggup nak merotan..

mok kome dulu sokmo kabo, besor orgnya, besor rotan.. :)

INTAN berkata...

tiba2 aku rasa insap...sob sob

Tanpa Nama berkata...

bro ben..
merujuk kepada perenggan ke 12 entry tuan..mengenai ibu bapa yang kebaratan dan bebas dalam mendidik anak2..tidak guna agama dalam mendidik anak..walaupun guna sumber haram seperti rasuah,anak tetap berjaya jadi manusia yang hebat..

kalau kita tengok,si kafir laknat pun berjaya jugak bro..kaya raya.. dalam banyak situasi lebih kaya dari kita..

ini menunjukkan bahawa nikmat Allah itu merangkumi RAHMAN & RAHIM..

sifat RAHMAN Allah diberikannya kepada semua..tak kira mukmin,jahil dan kafir.. contoh kalau kita kerja,dapat duit..makin kuat kita usaha makin banyak la harta kita..

tapi sifat RAHIM Allah tidak diberikannya kepada semua..hanya yang layak sahaja yang akan menerimanya..
siapa yang layak? sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih mengetahui..

tapi dalam soal ini,Allah ada bagi hint melalui AlQuran dan Sunnah Rasul..antara yang layak menerima RAHIM Allah ialah mereka yang mukmin dan bertakwa..

kita ni nak kedua-duanya bro..RAHMAN nak..RAHIM pun nak..

wallahualam..

ubilepih berkata...

Aku suka lagu wildworld usop islam ni..ha..ha..ha...uncle luv u alia..selamat menjadi manusia muslimah

Insan Bokoh berkata...

Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."
-Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi

Insyaallah Ben...

nina berkata...

alamak, tak jd la ambik rotan yg dah ditempah ni.. ingat pun nak buat hiasan takutkan zara. mcm mana nak bgtau kita marah mcm ni? suh hafiz jegil mata zara sengeh jer!

Pyanhabib berkata...

gua malas komen
(selamat mandi sungai -ada lagi ke?)

benludin berkata...

Sri Intan,
one in a million..susah nak dpt parents mcm demeh..

snake,
bagus tu..aku akan cuba ikut cara tu..

WB,
aku penah kena rotan dgn cikgu..tapi alas dengan buku dlm seluaq..haha

jp,
-byk parents mcm tu..aku pun sama..brutal2 kita bila tiba bab anak ni sensitif sket...
-cara kwn kau pun bagus gak..anak2 akan paham bila mereka dihukum
-bagi aku je gunting rambut kau tu..kasi botak..haha

ummzaid,
ok la tu..lepas gak masuk..:)

jp,
istilah yg tepat ialah ISTIDRAJ..

ubi,
aleeya dgr mesti tersipu2..haha

lantera,
silakan...

IB,
wow...tq...

nina,
pergh..siap tempah rotan..hahaa
zara mmg cool...:)

pyanhabib,
sungai lipis lagi bagus la bro...
pernah suatu ketika dulu ada pertandingan siapa menyelam paling lama, ada peserta yg menyelam tak timbul2..dia la pemenang!

Tanpa Nama berkata...

ben..
jika potongan lu seseksi amoi si tukang gunting tu maka kuserahkan kepalaku kepada mu..

Tanpa Nama berkata...

jp,
kepala mana lu mau potong?
haha