Khamis, 23 Julai 2009

cerita kampung di senun di sini..

i.Kat Kuala Lipis ni dah takde sawah padi. Aku tak pasti didaerah lain di Pahang ni. Mungkin di daerah Pekan masih ada. Agaknya la. Takpun tanya sama itu hud-hud (shemmi) sebab dia orang Pekan. Ketika tahun 70an dulu aku merasa la juga main selut di sawah padi. Merasa la juga tangkap ikan keli dan puyu di sawah padi. Dan yang paling penting aku merasa juga menolong aki (atuk) aku menanam padi dan menumbuk padi untuk dibuat emping. Kamu tau emping? Pernah tengok lesung batu? Tak tau kalu pi baca kat wikipedia..hehe.

Aku dulu bersekolah di SKBudu.Depan sekolah lama aku dulu ada juga sawah padi. Padang bola sekolah aku pun bersebelahan je dengan sawah. Kalau sesiapa yang tendang bola kuat sangat sampai ke dalam sawah, dia la pi kutip bola tu. Bila main semula, bola jadi berat sebab air meresap dlm bola. Nak tanduk pun tak berani.Kalau tanduk boleh pening dua hari.Sesuai la untuk kaki ponteng sekolah...haha. Banyak lagi peristiwa-peristiwa manis berkenaan sawah padi ni. Tak larat nak tulis..

Sekarang aku bersua semula dengan sawah padi. Orang Kedah panggil bendang. Di kampung wife aku di senun (Pendang-kalau nak sebut senun kena juihkan mulut sikit..baru efektif). Kat senun sawah padi masih terbentang luas. Sejuk je mata memandang. Kalau musim padi berbuah pulak aku dapat rasa bau wangi menusuk hidung terutama bila angin bertiup. Nikmat yang tidak aku perolehi di sini.

Di senun sawah terbentang luas. Di sini terbentang luas juga. Tapi semak samun la...

ii.
Semalam aku dan ubilepih balik ke kampung aku di sini (Kg.Temau-dekat je dari Lipis ni). Kami balik sebab nak ambil buah mutan(rambutan) dan dokong. Aku pernah cerita pasal kampung aku ni dalam entri 'rumah usang'. Masa sampai ke kampung sempat lah juga kami mendengar ceramah free yang disampaikan oleh sepupu aku (yang menjaga rumah tersebut). Aku panggil sepupu aku ni Lan Pot Pet. Bukan sebab kami ni sedara dengan Lan Pet Pet senario tu...tapi sepupu aku ni memang suka ber'pot-pet' ngalahkan Makcik Senah.

"Kalau deme nak merasa buah mutan dan dokong ni rajin-rajin la balik masa musim buah. Kalau tak kome sedekah je kat berok..." kata Lan Pot Pet dengan loghat Dong nya..

"takper la...berok seekor dua je kot...?"

"Banyak sangat...beratus-ratus. Nasib baik la ada orang kampung yang nampak berok tu amik buah mutan ni. Sempat la juga dihalau. Kalau tidak deme tak merasa laaa.."

"Uish..banyak beno berok di sini ye Lan.."

"Berok tu orang kerajaan(Perhilitan) yang lepaskan. Itu la...Najib ni budo..jual la berok-berok tu ke China. Orang kat sana kan suka makan berok. Dapat la juga duit!"

"hahaha...apa kena mengena dengan org kerajaan atau Najib?" aku bersuara dalam hati jeh...taknak dah bagi soalan kat Lan Pot Pet...sensitif manjang...tak abih-abih menyalahkan gomen...

ubi dan mutan boleh serasi..

Selepas mendengar ceramah free, kami meneruskan agenda kami. Tanpa membuang masa ubilepih memanjat pokok mutan. Dia memang cekap sebab dia ni kan 'environmentalist'. Suka menda-menda yang lasak. Aku pulak jolok buah dengan buluh. Tak banyak yang aku dapat, lenguh tangan ada la. Dalam sepuluh minit lepas tu ubilepih turun.

"aik...turun dah?" aku tanya dia.

"kome tak larat dah. Muda-muda dulu kome ni ringan lagi. Dah tua ni berat badan bertambah... gayat la pulak"

"bagi kome cuba try test experiment panjat plak..." aku panjat...tapi sempat bertahan lima minit jeh. Sebijik mutan pun aku tak dapat. Betul kata ubilepih. Aku rasa gayat. Ye la..masa dulu-dulu berat badan kami cuma 50kg..tapi sekarang tambah lagi 20kg. Lagipun mungkin perut kami tersangkut kat dahan pokok....itu salah satu faktor penghalang juga...haha

aku posing kejap je atas pokok...lepas tu turun tanpa hasil..

At last aku reversekan je van aku kebawah pokok.Lepas tu aku panjat atas van dan petik buah mutan dari bumbung van. Perghh...rasa macam petik anggur la plak. Mudah bebeno. Kalau boleh semua buah kat pokok tu aku nak amik.

Selepas penat memanjat pokok mutan dan dokong kami pekena teh tarik dan kopi O serta pisang goreng yang dihidangkan oleh Lan. Err..bukan dia buat, tapi dia beli kat kedai di kampung hilir yang jaraknya hampir 20 km.

Aku nak tanya juga kat Lan, kenapa tak buat air kat rumah je. Tapi tak sampai hati la pula nak dengar ceramah kedua dia...

Lepas minum aku dan ubilepih mandi air sungai. Ahh..nikmat sungguh. Rasa nak terjun dalam sungai tu dan berenang kuak lentang. Tapi tak jadi sebab aku fikir ia pekerjaan yang sia-sia. Air sungai tu paras buku lali jeh..Masa ronda-ronda dalam hutan berhampiran pokok rambutan tu kami terjumpa mesin getah...Lan kata "mesin getah tu Makcik Meriam yang punya...entah bila la dia nak angkat mesin dia tu ke rumah". Tak silap aku umur Makcik Meriam tu dah menjangkau 80 tahun..budak umur 18 tahun pun tak larat nak angkat..

Yang pastinya aku puas hari tu...puas sebab dapat banyak buah-buahan. Memang banyak kami dapat bawa balik buah mutan dan dokong. Durian ada..tapi pokoknye je la. Buah dah habis. Cempedak pun ada, tapi maleh nak jolok. Hahaha..Masa balik ke Lipis aku sedekah buah-buah tu kat kawan-kawan Melayu,Cina dan India sebab aku tau aku takkan habis makan kesemuanya. Ermm...semangat 1Malaysia nih!!!

Nota:
-Mutan tidak sama dengan MUTANT ye...
-Alhamdulillah. Orang-orang tua dulu berjasa kat tanah, anak cucu dapat juga merasa hasilnya..

16 ulasan:

Shemmi berkata...

ngape aok tak 'tetoh' je dahan moktan tu?

mudoh sket nak kutip... soh lan pot pet nyaloh ke gomen tetoh dahan hok banyok buoh...pastu kutip ler di bawoh..

*lama betul x ckp pekan...adui..aku rindu giler pekan..nak balik gak..amik moktan..

Snakebite berkata...

koi kenit dulu sempat juge gebala ke padi ni. la ni takde dah.

koi balik juge kebun aboh koi di temeloh ari ter. mutan takde. ketnye derian, langsat dengan manggih banyok le. koi pokok manggis pun tak lepaih mmanjat.

ket koi dapat terjun sungei. sebab kebun ter dekat tebing sungai pahang.

awok ter tak mbawok parang dok? sebab tu tok tetoh jer mutan ter.

berok banyok pun saloh najib juger yer, bale melampa.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Teringin mahu tahu orang Pahang ada dialek sendiri tak Uncle?

Teringin sangat2~

aku berkata...

nape la aok idok tetoh je dahannye.gitu le gayenye ngambek mutee.
kalo idok ditetoh, ke lame ke tinggi pokoknye weh..
tapi kalo bab metik dokong, maleh amek koi ni.pueh nok ngutip pulok..

ummzaid berkata...

ngelekek keh sengsorang membaca cerita deme dgn komen2... :D

INTAN berkata...

kat utara..mutan tu kami panggil MOKTAN...idgam kena lebih skit

Azemi Ali berkata...

Salam Tuan Ben,

Best napok moktang dan dokong deme, saya pung nok balik kg gak ni. Nok balik jupe mok sambil makang deriang, moktang, duku, mete (manggis), dokong, lasat dan buoh-buoh lain.

Lepah Jumaat kang, kawang balik Ganu le. Makang buoh, sedap tu..

ummzaid berkata...

Syeikh Ben..

Deme tak nok ke hantor sikit mutan dgn dokong teh ke keh ni?

Sian ke keh, dpt nengok gambor je... :(

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles berkata...

lama tak dengar "Budo".

reverie berkata...

SK Budu tu nama sebenar ke?

IKRAB family berkata...

angin bendang ni best ooo lagi2 kalau dpt mkn nasi panas2 berlaukkan ikan sepat goreng graing dan keli bakar kat dlm pondok tepi bendang ni.meh le bro bawak kenkawan mai kg aku time padi menguning.aku charge satu lawatan singgit hehehe.

aku suka moktan ni(org utara panggei rambutan ni moktan).bnyk buah2 kat dusun hang tu bro, leh wat taman buahan2, byr RM10 bleh mkn mcm2 hehehe.

Pyanhabib berkata...

gambo-gambo dio nostalgioooo, ceh!

abah aman berkata...

Benludin,
Abah suka cerita-cerita kampung gini. Salam ukhwah!

anonymous berkata...

aku suka bendang la.

mak ai. cakap pasal bendang byak memori suka dan duka.

tapi sekarang tak ke bendang lagi.
kalau pergi pun , kawan2 bendang dah lama tak bersua... adalah 5,6 tahun.

bendang ni meninggalkan byk memori. Sentimental gitu. Kisah bez byak yg ada tapi skrang dah tak nampak bendang lagi.

future children nanti pun taktahu la camne. janganla jadi cam aku. meninggalkan bendang. rugi!

benludin berkata...

shemmi:
dah tetoh...parang tumpul nak mampeh.dahan sebesar ibu jari pun kat sepuluh kali tetak baru putus..haha

tok snake:
-deme otai...lagi la banyok pengalamannye...
-lan pot pet mmg pelampau.nasib baik bukan terrorist..haha

zara:
pi www.loghatpahang.blogspot.com
atau kawin jeh dgn org lepih nih..hehe

aku:
parang tak diasoh..tu la pasal tumpul pedo'oh...

ummzaid:
hehe...sekali-sekala melawok..

intan:
aku baru balik dr utara..punggah cempedak plak..

azemi ali:
elok la balik minggu ni...kalau balik minggu depan mmg tak sempat ler merasa mutan fresh..silap2 mutan dah buruk..

ummzaid:
sampai kesana kecut plak buoh mutan teh...

drbubble:
haha...ada lagi..."ayer kupi sekuley"

reverie:
yes...nama sebenar...nama kampung YB Dato` Sofi dan Dato` Suhaimi Ibrahim...mungkin juga dato` benludin

purple:
kat pendang padi tgh menguning...seronok lepak tepi bendang..

pyanhabib:
nostaligioo?? ...org perak cakap cam tu ka?..haha

abah aman:
salam...t/kasih...

anon:
betul..bendang dah 'extinct'..tak lama kena pamer kat muzium..

Tanpa Nama berkata...

KEH SUKE MUTAN LONGKOH!!!!(ubi)