Jumaat, 3 Julai 2009

ultraman ウルトラマン part iii

Ultraman lagi?? Hahahah...

Bukan apa...saja nak alih isu rakyat marhaen dari masalah selsema babi dan kerajaan perpaduan. Aku pun ada propaganda aku sendiri. Ala...macam cerita Wag The Dog tu la juga kan. Itu pun kalau kamu peminat Robert De Niro..pasti tengok punya..

Saja nak sambung merapu dari entri-entri yang lepas. Setakat ini aku masih belum terjumpa lagi pilem Ultraman yang gempak. Penuh dengan aksi, teknik cgi atau special effect. Macam pilem Spiderman, Superman atau Cicakman tu. Mungkin pilem Ultraman ada yang dipilemkan. Tapi sekadar dibuat untuk tontonan tivi. Kalau bahasa melayunya telemovie atau drama swasta.

Orang-orang yahudi di Hollywood sana mungkin belum lagi terpikir nak buat kot. Orang-orang yahudi ni kan ramai yang genius. Atau pemilik asal siri ultraman di Jepun tak benarkan orang Hollywood adapatsikan ultraman ini kedalam bentuk pilem yang gah! Macam pilem Transformer sekarang. Ia diadaptasi dari siri kartun. Nampak macam impossible untuk dipilemkan. Tapi bila sampai ke tangan Hollywood, semua boleh. Hollywood Boleh!!

Tetapi kalau tak silap aku siri ultraman ni tidak bermula sebagai siri kartun (sepertimana transfromer atau batman atau spiderman). Ia direka oleh orang yang bertanggungjawab membawa Gozilla ke layar perak. Pencipta watak ultraman ini bernama Eiji Tsuburaya (bukan Surabaya pak!). Itupun pada tahun 1954. Perghh....tahun 50an lagi Jepun dah terer bab-bab special effect ni. Kita baru 2-3 tahun kebelakangan ni je kot.

Disini aku mengambil kesempatn untuk mengesyorkan kepada karyawan pilem di Malaya ni buat satu pilem ultraman. Pandai-pandai la tulis surat rasmi kat tokey ultraman tu. Kasi perasap sikit surat tu. Tak pun jumpa bomoh siam. Baru power. Tapi jangan la cerita kat bomoh siam yang kita nak buat pilem ultraman ..dari A-Z cerita. Bukan apa...silap-silap nanti orang Siam ciplak idea kita plak kan.

Pasal pilem ni belum cuba belum tahu.Mana tau boleh box-office. Satu dunia boleh tonton hasil dan titik peluh pengarah filem Malaya. Kan..kan ..kan??

Rasa-rasa kamu siapa yang paling layak untuk jadi Tuan Director??
David Teoh?
Yusri KRU?
Yusuf Haslam?
U-wei?
Mamat Khalid?

Dah pilih Tuan Director, kita cari pula pelakon yang bakal memegang watak Ultraman:
Awie? ---- sebab badan yang sasa!!
Saiful Apek?? ---- sebab ada pengalaman sebagai Cicak Man?
Rosyam Nor?
Yassin senario?

Last sekali siapa yang bakal pegang watak raksasa(monster)???

Din Beramboi?

Afdlin Shauki??

Awie?? - takde hal. Boleh pegang dua watak,hero dan raksasa.

(maaf...aku tak berapa tau nama pelakon pilem Malaya.Kamu cadangkan lah. Mana tau kita boleh buat proposal kat FINAS. Dengar cerita FINAS ada budget juta-juta untuk projek pilem)

siri ultraman ウルトラマン TAMMAT disini..

13 ulasan:

ridzwan bakar berkata...

Salam hj Ben,
Sudah sihat? Moga perjalanan indah ke tanah anbiya' memberi pengalaman, ilmu dan iman terbaik buat bekalan pasca umrah.

ZARA 札拉 berkata...

hehehe~

Uncle..kamu nih..saya mau Ashraf Muslim jadi Ultraman!

please~

jawa peranakan berkata...

sutradaranya = prof. madya razak mohaideen..

benludin berkata...

salam tuan hj ridzwan,
alhamdulillah sihat..
t/kasih atas pertanyaan. mmg banyak pengalaman yg menjadi faktor 'transformasi' diri saya...


ZARA,
nak jd ultraman tak perlu ensem...hehe

jp,
jgn diselitkan unsur mami jarum dlm ultraman. takut jg ultraman slang utara...

reverie berkata...

hahaha. entri ni sinis saja.
and yes, robert de niro tu legend oh!

hai berkata...

pengarahnya mamat khalid,yassin senario paling tepat sebab dia kurus kering dan pendek cam orang jepun dan ada ciri2 ultraman..
Din beramboi boleh ambik watak monster pasal dia paling poyo...kakaka...

WanBeruas berkata...

..tahun 70an dulu aku ada tengok wayang 'Hanuman With The Seven Ultraman'kat panggung Lido masa tinggal di Banting, bahasa Cina tak tau plak produksi mana..aku ngan kengkawan cuma layan cerita jee..penuh satu panggung dengan bebudak jee..

Tok Snake berkata...

untuk makluman.

pengeluar cerita ultramen sengaja tidak mahu membuat cerita ultramen guna teknoloji moden kerana ingin mengekalkan tradisi cerita ultramen. jalan cerita pun dia orang sengaja tanak tukar, yang bertukar raksasa je. tarikan cerita ultramen adalah pada ciri ciri tradisi itu. filem gozilla adalah dianggapkan telah spoil cerita gozila yang asal menyebabkan peminat peminat gozilla marah. begitu juga peminat transformer amat marah kepada pengeluar cerita wayang transformer kerana menukar watak watak dan jalan cerita sehingga pernah director dan producer terima ancama bunuh.

oh, tahun lapan puluhan dulu ramai orang mengamuk kerana coca cola menukar rasa nya.

somethings a lot of people prefer that it to remain the same. ultramen is our childhood, to change it is to destroy our childhood memories.

ubilepih berkata...

Wan aku pun tgk cite tu..ha..ha..
kita buat pilem Suratman atau Suparman je..amik lah puak kerabak J.P jadi pelakon...sebab sesuai dgn org2 jawa.

jawa peranakan berkata...

UHUK..UHUK..

haih..tersedak gua..siapa yang sebut2 nama gua ni?

anonymous berkata...

ahaa..

afdlin jadi raksasa..

saiful jadi otemen..

mamat khalid jadi director..

sungguh tiada orang akan beli..

hanya aku dah kau je kot.. wawawa

en_me berkata...

robert de niro memang cool..

benludin berkata...

reverie,
uishh..mana ada sinis...hehe

hai,
peberet aku tu...pasti box-opis

WB,
kalau lepas tgk Rambo,semua ikat kepala..lepas tgk Ultraman,ramai silang tangan kat kepala masa tido/baring..hehe

tok senek,
betul juga ye.patut la byk pilem yg diadaptasi dari tibi(contoh:starsky n hutch)tak box-opis...tgk edisi tibi lagi layan dan nostalgia...

ubi,jp:
jp sesuai jadi hero pilem jawa..syaratnya pilem kena ada subtitle..haha

anon,
mana tau mamat khalid boleh bikin meletup panggung

en_me,
betul...aku paling suka pilem Raging Bull..