Selasa, 5 Januari 2010

laskar pelangi


malam tadi aku menonton pilem 'laskar pelangi' yang disiarkan oleh astro. ia adalah sebuah pilem yang diadaptasi dari novel karya andrea hirata. orang lain dah lama tengok kot. aku baru malam tadi berkesempatan untuk menontonnya. bukan sebab di pekan aku ni takde panggung wayang. tetapi sebab aku tak terjumpa dvd haram jadah setelah mencarinya di merata tempat dari lipis hinggalah ke alor setar sana. haha!

pilem ini mengisahkan tentang kehidupan sepuluh anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah yang bernama muhammadiyah di pulau belitong, indonesia. keadaan sekolahnya pula amat daif. tetapi semangat dan minat mereka untuk mencari ilmu amat tinggi.

yang menariknya kesemua pelakon kanak-kanak tersebut adalah anak jati pulau belitong. muka pun muka kampung. takde muka kacukan atau hensem-hensem macam yusuf haslam masa kecik-kecik dulu.

sebuah pilem yang tidak membosankan dari mula hingga akhir. cinematography nya menarik. soundtrack pun sedap di dengar. ngetop banget!!! mungkin mau tonton sekali lagi.

antara quotation menarik yang aku ingat:

pak harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."

mahar "serahkan pada mahar dan alam"

lintang : "penjara sukamiskin namanya. penjaranya miskin seperti sekolah kita. tapi kita tetap suka. sukamiskin!"

* 'pilem kita wajah kita' atau 'pilem malaya dipersada dunia' - bila mau bikin pilem sebegini agaknya...

17 ulasan:

amey ahmad berkata...

ben,
'pilem kita wajah kita' - payahhh..
'pilem malaya dipersada dunia' - lagiii payahhhhh...

p.s. pilem orang buat di malaya pun tak ke mana.. camno?

benludin berkata...

pilem kita wajah pan asia....banyaakkk..

Snakebite berkata...

pilem kita wajah kita? mana nak ada selagi pembuat pilem kita wajahnya hollywood?

tapikan...kalau buat pilem wajah kita, orang kita tanak tengok pulak. agaknya sebab wajah kita burok kot? atau orang kita tak pandai buat pilem?

orang kita suka pilem yang dalam tajuknya ada 'sundal', 'jalang', bohsia', 'rempit' dan sewaktu dengan nya.

benludin berkata...

snake,
haha...ada lagi..'anu dlm botol',

mungkin juga. tgk je la pilem u-wei.pilem bagus. tp ramai yg tak tgk.

tunggu pilem baru u-wei dari novel 'almayers folly'. dgr bulan 4 ni shooting kat lepih

Hashim Zabidi berkata...

pilem kita pilem melayu
tak ada yang baru
tengok balik balik yg itu
kena sutradara baru.

benludin berkata...

pak hashim,
tunggu kemunculan sutradara baru...akan muncul tak lama lagi. mungkin berasal dari lepih...hehe

akiart berkata...

LU KOMEN PANDAI

LU BIKIN SKRIPLAH!

NAK TGK SKRIP LU..BOLEH ITU MCM TARAF TAK

KEH KEH KEH

benludin berkata...

akiart,
begitu lah adanya....

biasalah bro. gua pun suka kutuk pemain bolasepak malaya....tak semestinya gua pandai main bola..haha

balqissy berkata...

dah tgk gak cite ni. rase nk nangis tgk ketabahan dorg, n betapa tak beruntungnya mereka walaupun sgt cerdik

Insan Bokoh berkata...

Ben.. respek ah sama lu.. Siap peta lagi..

benludin berkata...

balqissy,
mereka beruntung sebenarnya,yuran sekolah free..:)

IB,
bila dah minat, kalu boleh mmg nak tau details...

Tanpa Nama berkata...

best tuh..sesuai tuk jadikan bhgn ngajar kan.meh aku buat satu pilem konsep satu Malaya latarbelakangkan makan2 je hehehe.
p.c.

benludin berkata...

pc,
ok jg bg kat students tgk.jgn lupa bagi tgk pilem tamil gak..haha

Tanpa Nama berkata...

hahaha....pilem tamil dp India nun lagi bagus dp stgh2 pilem melayu kita.pilem tamil yg penah aku nengok tulus mulus terang lagi berani bincang masalah msyrkt dia.
p.c.

benludin berkata...

pc,
"tulus mulus" tu setuju la, tapi bab "terang' tu tak brp setuju la plak

Tanpa Nama berkata...

hehehe.pesal tak setuju pulak?
terang tak semestinya kaler cerah2 je kan.harap2 aku tak buta warna ;)
p.c.

benludin berkata...

mata/gigi depa mmg terang-benderang