Rabu, 31 Disember 2008

siri bercakap dengan...cikgu bedul

aku : cikgu..amacam result PMR di sekolah cikgu?
cikgu bedul : entah ler....malas nak amik tau
aku : cikgu pun ada ajar budak Form 3 kan?
cikgu bedul : yup...lantak la dia orang. Dah abih periksa tutup akaun la. Buat apa nak fikir lagi.
aku : errm...ok..fine...
--------------------------------
Semalam keputusan PMR telah di umumkan di sekolah seluruh Malaya. Ada pelajar yang bergumbira dan ada juga yang bersedih. Mereka bersedih tu mungkin sebab lulus cemerlang atau gagal dengan cemerlang.hehe.

Buat masa ni aku memang tak terlibat langsung dengan arena pembelajaran/persekolahan ni. Aku bukan cikgu. Aku juga bukan guru besar. Aku juga bukan kerani sekolah atau tukang kebun sekolah. Anak aku juga tidak terlibat, sebab belum cukup umur nak amik PMR pun. Tetapi ia bukan la penghalang untuk aku mengambil berat tentang keputusan-keputusan yang diperolehi oleh sekolah di daerah aku ni. Aku seronok mendengar anak-anak melayu tempatan yang berjaya mendapat straight 9A atau 8A. Tumpang bangga walaupun aku tidak kena mengena pun dengan depa. Realitinya......... aku memang seorang busy body kot..hehe

Selalunya aku mendapat info berkaitan result PMR ni melalui kawan-kawan yang mengajar disekolah berkenaan.Tapi apa yang aku musykilkan ialah dengan sikap seorang kawan aku yang bernama Osman Bedul. Atau lebih tepat Cikgu Bedul si cikgu senilukis. Mungkin ada yang tersirat disebalik sikapnya itu.

Cuba kita Rewind sat.. "lantak la dia orang"??? Huh!! Ada ke cikgu cakap macam tu. Macam nerajuk je.Dalam keadaan muyskil tu aku cuba berfikiran positif. Kemungkinan ada sebab-sebabnya cikgu bedul tu bercakap demikian. Antara sebab-sebabnya ialah :

A. kecewa dengan perangai anak muridnya yang suka merempit dan malas nak belajar
B. anak muridnya memang bebal. Dah naik form 3 tapi eja AYAM masih tak reti
C. ada pergeseran antara dia dengan pihak pengurusan sekolah.Mungkin pengetua syok kat bini dia ke..gatal! hehehe
D. anak murid mengorat bini dia. Sungguh kurang hajar budak-budak ni!
E. takde mood dah mengajar. Kerja routine yang membosankan. Hari-hari kena melukis gambar pantai atau ayam je.
F. Dia mengajar senilukis je. Tak kena mengena dengan subjek utama PMR
G. keretanya pernah kena guris/langgar oleh anak muridnya (yg juga kaki rempit)
H. anak murid dah belasah dia kat luar pagar sekolah sampai masuk hospital.cisss! tak respek cikgu!
I. hari-hari ada meeting,kursus,seminar. Sampai tak sempat nak mengajar. Nak bercengkerama dengan bini pun takde masa...issshhh...
J. bla..bla..bla.. (anda tambah la sendiri).
K. kesemua yang di atas.

Nota:
1. So..bila cikgu bedul atau cikgu-cikgu lain berkata "lantak la dia orang", kita kena faham je la. Don't blame 100% on the teachers when they are not interested in teaching. Ada yang tersirat disebalik kata-katanya itu. Niat murni nak tolong anak bangsa tu dah ada. Tapi pelajar sendiri yang tak sedar diri.Nak tolong camno!Perkara-perkara di atas hanya merupakan hasil kajian aku. Tidak kena mengena dengan cikgu selain dari cikgu bedul. Kalau terkena tu, maafkan aku. Tak sengaja...hehe
2. tahniah diucapkan kepada anak sedara aku, Sara, yang mendapat AAAAAAAA dengan ucapan "jangan lupa diri!" haha
3. "heyy teacher..leave the kids alone"..memang klasik lirik lagu Pink Floyd nih!

Isnin, 29 Disember 2008

siri malas menulis:let the pictures talk 2

i
ii
iii.
iv
v.
Nota:
i. the old man with the sea (mcm novel klasik ernest hemingway la plak..hehe)
ii. benteng..leceh bebeno kalu nak pi beach
iii. aku mmg suka amik gambar sky
iv. a young gal with the sea ( bukan tajuk novel..hehe)
v. mystery building at Kg.Masjid- 25km from Jerantut. Anyone can story-mory abt that building?

Jumaat, 26 Disember 2008

mimpi

I. petang semalam aku mendapat sms yang diforwardkan oleh encik ubilepih. Dia pula mendapat sms tersebut dari seorang ustaz di pekan koboi kami ini. err..ustaz mistik? atau ustaz miss the stick? tak tau ler aku.. hehe..Sms berbunyi:

"Slm shbt2,tlg bg perhatian skejp..Tok guru Nik Aziz,ada bgthu,beliau b'mmp Sehari slps krimas mlysia akn mnerima bala.Jd Tok guru mnta bt solat hjt mg2 kta semua slmt..tlg sbrkn.tq"

Aku taknak komen banyak. Aku tau encik ubilepih pun sependapat dgn aku. Kalau bab-bab mimpi ni tak usah nak amik port sangat. Sebabnya? Anda baca mimpi yang ke-II dalam entri aku hari ni. Kalau mimpi tu betul, memang kes berat la..kena prepare segala senjata-senjata untuk berperang..hehe

Untuk taknak memikirkan perkara-perkara yang karut ( lagi pun aku memang jahil bab-bab macam ni), aku pun membalas sms encik ubilepih yang ketika itu sedang berada di sebuah lereng bukit yang nyaman. Yang pasti bukan bukit antarabangsa.

"mungkin encik bala yang angkat sumpah palsu tu akan pulang ke malaysia.maka kita perlu menerima bala sepenuh hati.."

II.
Malam tadi aku bermimpi ngeri. Puncanya bermula dari aku. Aku saja-saja show-off dengan bergunting rambut dalam keadaan bogel dihadapan pemuda-pemuda ameno. Atas perbuatan aku itu, aku telah di-boo oleh mereka. Antara yang kuat menge-boo aku ialah menantu lelaki PM.Bila dah kena boo tu aku bengang la kan. Aku berniat utk membalas dendam. Pada malam yang sama aku pergi ke pusat karoeke dangdut dan ternampak menantu PM tengah menari sakan dengan hanya memakai kain pelikat. Tapi kain pelikatnya dililit dibahu.Maka nampaklah anunya yang bergayut. Tanpa membuang masa aku pun terus mengambil gambarnya dah menyebarkannya kedalam internet.

Gang-gang
dia apa lagi.Naik hangin la sebab boss dia orang telah dimalukan oleh aku. Maka aku telah dipukul teruk oleh gang-gang menantu PM tadi. Patah segala tulang-tulang ku!

err....aku pun tak tau la camner aku boleh mimpikan si menantu PM ni. Adakah sebab aku menyampah sangat kat dia?? atau aku sayang sangat kat dia ??? hehe..

Cuma satu yang aku musykilkan. Siapa yang menggunting rambut aku semasa aku dalam keadaan berbogel tu ye? Bertuah sungguh insan tu...hehehe

Nota:
I. kalau ada dpt sms yg berbunyi "bla..bla..bla..sebarkan", mmg tak pernah aku sebarkan. Buat kaya Celcom,Maxis etc jeh...hehe

II. apa barang mimpi KJ???!!!

Isnin, 22 Disember 2008

petua mertua...

Atas permintaan rakan-rakan blogger, disini aku perturunkan petua dari mertua aku mengenai:

I. untuk si pen-kencing manis

Pak Mertua aku mengalami kencing manis. Tapi takde la tahap kritikal. Cara dia mengurangkan bacaan kencing manisnya ialah dengan memakan buah kurma yang dicampur dengan cuka nipah. Cuka nipah ni memang susah nak cari. Tapi tak tau la kat tempat kau orang.

Cara nak buat:
Pi beli buah kurma. Kalau boleh kurma madu atau yang berkualiti sikit la. Lepas tu pi cari plak cuka nisan nipah. Jangan pulak letak cuka masak. Atau cuka getah, nak mampos?!!!
Rendamkan kurma tadi didalam cuka nipah sehingga buahnya tenggelam. Simpan dalam peti ais. Jangan simpan dalam peti besi.Nanti lupa password,tak bleh bukak plak peti besi tu..haha!!!

Cara Makan:
Makan sebiji sehari shj. Jangan pandai-pandai makan 3 biji sehari. Ini bukan juadah berbuka puasa.
Kalau anda bukan pen-kencing manis. Jangan pandai-pandai nak makan!!
Kena rajin jumpa doktor, kalau bacaan dah turun, STOP makan. (bukan stop makan nasi,tapi makan kurma tadi)

Nota:
Jangan bagi org lain kemas peti ais anda. Nanti akan berulangnya ensiden seperti yang dialami oleh aku (ceritanya di sini)....hehe..........

II. untuk si pembatuk

Baru-baru ni aku batuk teruk. Batuk berkahak. Aku tau sebabnya. Pandai-pandai merokok,tanggung la sendiri!!
Mak mertua aku kata cara nak hilangkan batuk berkahak ni, minum je jus limau+belacan. InsyaAllah segala kahak-kahak terhakis, mcm hakisan tanah runtuh..lincinnn..

Cara nak buat:
Perahkan sebiji limua nipis. Campurkan sedikit belacan. Belacan tak payah banyak, cukup sekadar secubit. Jangan sesenduk, ini bukan nak buat sambal belacan!
Gaulkan belacan tadi dengan jus limau sehingga sebati.

Cara nak makan:
Minum sesudu sahaja. Ulangi 3 kali sehari.

Nota:
Kalau dah baik tu, bawak-bawak la berhenti merokok!! Aku dah insaf. Setakat ni dah seminggu tak merokok. ( err...semoga berterusan..)
# semoga berjaya. Yang penting kita berusaha, disertakan dengan doa dan tawakkal. Ia merupakan usaha alternatif selepas berjumpa tuan doktor!
#peringatan utk aku:setiap yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jaga Kesihatan. Jangan Lupa Allah!

Rabu, 17 Disember 2008

Tu ler...rajin tak bertempat!

Cuti sekolah ni aku seronok sebab pak mertua dan mak mertua aku ada datang ke rumah. Memang time dia orang datang, badan aku semakin naik. Bila pagi, breakfast memang heavy. Bila tengahari, lunch plak heavy. Bila petang pulak ada sesi minum dan makan kuih (petang ni dengarnya nak buat cucur udang + kuah kacang....perrghh..peberet gua!). Bila malam lak, lepas Isyak, ada masa ada juga makan-makan.Ikut mood. Nak makan boleh,taknak pun takper.Tapi selalunya mood aku postitif..memang aku bedal jeh! Adehh...memang la badan bertambah naik!

Ini bukan la bermakna sebelum ni wife aku masak tak sedap. Sedap juga. Tapi kami berdua memang ada agenda. Agenda nak diet. Selalunya memang kami makan ala-kadar dan ala-carte..belasah je apa yg ada kat rumah. Most of the time kita orang makan mihun goreng atau buah-buahan jeh. Tapi ada masa aku tipu sunat (cissss !) kat wife aku. Kalau dia tanya aku makan heavy tak masa lunch tadi, aku kata aku makan sikit jeh.Nasi separuh.Lauk pauk sikit. Padahal aku mentedarah masa lunch, sebab lunch makan kat luar.Dia bukan tau aku makan banyak ke sikit...hehe

Itu bukan isunya. Isunya....malam tadi aku nak bagi rest kat mertua aku yang rajin sangat masak sedap-sedap sempena kunjungan mereka. Bukan la aku nak bodek. Cuma nak bagi rest kat depa jeh. Depa tu kalau datang rumah aku memang hobi nye memasak. Kalau tidak,depa cepat bosan. Al-maklum la orang tua kan. Kita tua nanti cam tu jugak!

Malam tadi aku masak nasi goreng ber-ikan bilis. Memang resepi ni kegemaran wife aku semasa dia belum terjerumus ke arena diet-mengdiet ni. Aku bagi full-energy aku untuk menyiapkan masakan utk depa. Aku goreng ikan bilis. Letak bawang yang ditumbuk. Letak cili api sket. Pas tu letak telur sebiji. Done...wallllaaa...Makanan dah siap. Tapi depa lum siap solat isyak. Kena tunggu dulu baru leh makan.

Sementara menunggu depa siap. Aku pi kemas peti ais. Aku bukak peti ais. Huh! Apa bau busuk ni?? Ada kurma lama la plak. Bila aku buka tudung tupperware kurma tersebut, bau yang masam lagi busuk menusuk hidung aku. Aku membebel dalam hati aku. "awat la wife aku simpan kurma berbau ni. Tak silap aku kurma ni aku beli di bulan puasa lepas. Lama dah ni.Kat tiga bulan lepas. Apa daa.."

Tanpa bertanya kat wife aku, aku terus buang kesemua kurma tu ke dalam tong sampah. Ha...baru bersih sikit peti ais rumah aku ni. Takde la berbau busuk lagi. Legaaaa...

Dalam 10 minit, depa semua dah siap solat. OK...makan time!. Seronok aku sebab aku yakin nasi goreng aku sedap!..hehehe..Bila semua bersila nak mula makan, tiba-tiba pak mertua aku bersuara dari depan peti ais:

"Mana kurma dalam peti ais ni?" pak mertua aku tanya.
"Huh....kurma??" aku terkedu
"Ha ah. Kurma abah. Abah bawa dari Kedah. Kurma tu abah letak cuka nak buat ubat kencing manis dan darah tinggi" pak mertua aku kata.
"Alamak....!!!" terkedu lagi aku. Malu..

Tu la. Rajin tak bertempat. Lain kali tanya dulu sebelum buang. Nayaaaaaa..............

Nota:
1. Alhamdulillah.Nasi goreng aku laris. Pak mertua dan mak mertua aku siap tambah. Sedap katanya. Aku je yang takde selera makan.
2. "Abah.....Peace!!!"

Jumaat, 12 Disember 2008

Heroin Aku Mengigau

ini bukan aleeya,tapi my hero..!

Anak perempuan aku,Aleeya, memang kerap sangat mengigau. Mungkin sebab dia suka sangat tengok citer hantu, tapi penakut bebeno (mcm abah dia juga..hehe)

Ada masa tengah-tengah sedap tidur,dia terus bangun..pas tu menangis.

Ada masa dia 'dreamwalk'.Cuma tak serius sangat.Walk-walk manja gitu.Nasib baik tak ngigau moonwalk mcm Michael(Mikael) Jackson tu.

Petang semlm kami "menonton dengan tangan" sebuah movie seram dari Thailand bertajuk House. Akibatnya, malam tadi dia ngigau lagi.Dia duduk..pas tu sebut nombor "tiga...dua.."

Alhamdulillah aku ni bukan kaki nombor ekor.Kalau aku ni kaki nombor, memang aku tanya Aleeya lagi:

" Aleeya...lagi dua nombor je.." sambil tu dah siap pen dan kertas sebab nak salin nombor...hehe

Nota:
1."menonton dengan tangan" - menonton sambil menutup muka dengan tangan bila ada adegan seram.
2. aku suka tgk pilem Tamil.Nasib baik tak ngigau cakap Tamil. Mimpi kat heroin Tamil tu ada ler...hehe Heroin Tamil aku,Simran. Satu lagu dia nyanyi, 10 gunung dia daki!

Selasa, 9 Disember 2008

Silamat Hali Laya Keloban!

jim morisson & the doors
Masa aku tengah layan lagu People Are Strange by The Doors, teringat aku akan dua kisah yang berlaku didepan aku semalam.

Kisah 1.
Bertempat di sebuah kedai menjual suratkhabar di Pekan Koboi aku ni. Perbualan antara seorang che`gu dengan tokey kedai yang seakan berbisik:

Pelanggan: Psssttt..! Tokey...Harakah ada jual?
Tokey: Ada..baru sampai tadi
Pelanggan: Bagi aku dua..
Tokey: Sampai dua naskah kau baca?(sambil mengambil Harakah yg disorokkan di bawah kaunter)
Pelanggan: Aku satu,kawan punya satu..
Tokey: Ooo..ok.Boleh..
Pelanggan: Pssttt..tokey...tolong bungkus sket.Jangan bagi nampak sangat..
Tokey: OK...no problem..
Pelanggan: Kalau kantoi naya aku. Silap-silap kena transfer ke Sabah nanti..hehe
Aku: Perghh...macam beli dadah je! (bersuara dalam hati aku je ..hehe)

Bila pelanggan tu beredar, semua pelanggan lain memerhati gelagatnya.Terasa pelik.

Kisah 2.
Bertempat di sebuah kedai handphone di Stesen Bas Pekan Koboi.Masa tu aku tgh beli top-up RM5 jeh! Perbualan antara pelanggan lelaki (yg juga seorg che`gu) dgn tokey handphone.Percakapan agak kuat,tanpa control tone daaa..

Pelanggan:Boss..video baikk punyaaa yang baru ada ka?
Tokey: Ada...manyak
Pelanggan: Wuyoo..best ni..
Tokey: Lu mau berapa manyak?
Pelanggan: Ermm..camner kira tokey?
Tokey: 10 video Rm10. Lu mau melayu punya ka mat salleh punya?
Pelanggan: Melayu punya la baguss..!
Tokey: Betut lu cakap. Semua olang suka melayu punya.Lu punya pasat gua bg lu 15 video RM1o je..
Pelanggan: Lu transfer sama gua.Gua on gua punya blueetooth ya tokey..
Tokey: Boleyyy..boleyyy
Pelanggan: Dah siap ke tokey?
Tokey:Sudahh.....telimakasih aaaa..datang lagi. Silamat Hali Laya Keloban..!!
Pelanggan: Sama-sama.Selamat hari raya.....tq aaa..
Aku: Sapa yg jd mangsa korban apek tu?Chitt!!Qurbani! Padaiyappa!! Ciba*!! @#!!&**!! (dalam hati aku je la..hehe)

Bila pelanggan tadi selesai meng-blutuh-kan dirinya itu beredar,pelanggan lain termasuk pelajar sekolah (lelaki dan perempuan) buat biasa je walaupun mereka dengar perbualan pelanggan tadi.

People Are Strange.Biasa la kan...aku pun strange jugak!! Jangan purak-purak tidak tahu.. hehe

AWAS!! Anda sedang diperhatikan oleh hero aku, Encik Rajnikanth atau Padaiyappa..deyyyy..dusyumm! Sekali tumbuk 10 org melayang!

Nota:
1. aku suka baca paper free jeh..
2. "boss..lu mau video baik punya ka mcm abang tadi?" apek tu tanya aku.
"err..video yang tak baik punya ada ke tokey?"
"huh?" apek tu bingung...
padan muka!

Rabu, 3 Disember 2008

Perasmian Galeri Lukisan

Pada satu malam.Tengah sedap-sedap berangan kat ruang tamu rumah aku, tiba-tiba aku di tegur oleh anak aku, Aleeya:

Aleeya: Abah nampak tak ceria je malam ni.Napa abah?
Aku: Ada la...Rahsia.Napa tiba-tiba tanya ni.Mesti ada apa-apa ni!
Aleeya: Abah, ada selotape tak?
Aku: Nak buat apa selotape tu?
Aleeya:Ada la...Kakak nak buat kerja sikit..
Aku : Ermm...pi la amik dalam laci almari tu.

Dalam 15 minit kemudian aku pun jengok dia kat bilik. Takut juga dia main gunting sebab nak potong selotape tu kan. Bila masuk je bilik, terkejut aku. Ini la hasilnya dari apa yang dimintanya tadi:
Ini bukan gambar penunjuk perasaan di Thailand. Tapi seorang artis yang dihasilkan dirumah aku..hehe

Dengan ini saya sebagai abah kepada Aleeya dengan penuh bangganya merasmikan pembukaan Galeri Lukisan yang bertempat di rumah aku. Kesemua lukisan tu ditampal kat dinding almari baju aku.

Tunggu la bila penuh lukisan kat almari tu, aku akan jemput wartawan Sin Chew Jit Poh...hehe

Nota: Mula-mula ada gak rasa bengang sebab dia tampal merata-rata tempat.Tapi bila pikir balik kira okay la dari anak aku menconteng dinding rumah.. :)

Isnin, 1 Disember 2008

siri bercakap dengan...Ikram

Ikram, adik ipar aku yg berusia 13 tahun. Dalam entri yang dulu-dulu (tak silap dalam From Pendang With Love) aku pernah bercerita pasal dia ni. Dia merupakan pengutip hasil cukai (yang hasilnya tak seberapa) ketika hari raya puasa yang lepas. Sapa nak bagi duit raya kat dia.Umur pun dah nak tua...hehe

Sekarang ni bersempena dengan cuti-cuti sekolah seantero Malaya, dia dibawa khas oleh kami ke rumah di pekan koboi ini. Tujuannya untuk menemankan Aleeya dan Irfan serta untuk menambahkan lagi hiruk-pikuk di rumah kami. Ikram ni kalau dengan aku tak banyak bercerita. Segan kat abang ipar dia yang hensem ni kot...hehe. Walaupun dia kurang bercakap tetapi dia amat petah berbicara dengan wife dan anak-anak aku. Ada masa aku curi-curi dengar perbualan mereka.

I. Ikram bercerita "Nak tau satu cerita di Kedah tak? Ada seorang pakcik ni naik motor, tapi lesen takdak. Tengah sedap-sedap pakcik tu bawak motor,tiba-tiba kena tahan dengan polis. Polis pun tanya:"

Polis: Pakcik...saya nak check lesen motor pakcik.
Pakcik: Takdaaa aaaa..
Polis: Mana boleh.Kena saman ni pakcik..
Pakcik: Nayaaaaa aaa..
Polis: Tapi memandangkan pakcik ni dah tua, saya lepaskan lah..
Pakcik: Legaaaaa aaaa...

(kena baca ikut slang Kedah..hehe)

Nota: Orang Kedah memang suka menggunakan perkataan Nayaaa....Legaaaa....

II.Suatu malam ketika sedang menikmati juadah dinner kami berbual-bual dengan Ikram tentang cita-citanya bila habis sekolah kelak.

Wife Aku: Ikram, bila besaq nanti hang nak kerja apa?
Ikram: Ada laaa..
Wife Aku: Awat rahsia ni.Hang nak jadi polis kaa??
Ikram: Tak mau aaaa..
Wife Aku: Askar??
Ikram: Dok aaihhh..
Wife Aku: Cikgu? Tentera Laut??
Ikram : ishh...malaihhhh la..
Wife Aku: Abih tu.Hang berminat nak kerja apa??
Ikram: KASTAM


Nota:
1. Memang hobi dia mengutip cukai.Tu pasal la nak jadi KASTAM kot. Terbawa-bawa perangai masa raya la ni...hehe
2. Episod akan datang:
Siri Bercakap Dengan...Midi
Siri Bercakap Dengan...Din

Selasa, 25 November 2008

Jangan Sengeh-Sengeh part 3




Sinar Harian 25Nov2008

Lokasi:Sungai Jelai @ 12pm.Gambar ini diambil berhampiran Pekan Koboi

Memang belum banjir besar. tapi..
Who knows?
Only Allah knows
Qun Faya Qun
Jangan sengeh-sengeh...jangan main-main...jangan takbur...jangan lupa kekuasaanNya..! Na'uzubillah...

Nota: I'm still not in the mood to update my blog.Masih dalam mood cuti-cuti Malaya...bak kata mak mertua aku, "black mood" hehe..(berjangkit dengan semangat cuti-cuti sekolah anak aku kot)

Updated 26Nov2008:

Lokasi:Kg.Binjai @ 1pm
Jangan sengeh-sengeh Aleeya..bahaya tu!

Sukan Polo Air bakal popular di Pekan Koboi ini terutama ketika musim hujan

Jangan sengeh-sengeh kak. Nak naik bot tu tak perlu helmet.Yang penting life-jacket..hehe

Updated 27Nov2008:
Sinar Harian 27Nov2008

Jumaat, 14 November 2008

Kisah UPSR dan Tadika

I. Entri terdahulu aku pernah bercerita pasal anak saudara aku,Amir, yang sedang menduduki UPSR. Semalam dia baru mendapat result UPSR nya. Mak dia kata, Amir membawa handphonenya ke sekolah. Aku cuba call Amir beberapa kali tapi handphonenya off. Aku dapat rasa resultnya tak berapa bagus.Aku cuba pula menghantar sms kepadanya bertanya mengenai result.Tak lama lepas tu ada reply dari Amir:

Amir: Kita dapat 4A 1B je
Aku: Takper la. Tahniah! Ada 3 tahun lagi utk target 8A plak masa PMR
Amir: Ya betul

Berdasarkan kepada jawapan smsnya tu aku beranggapan Amir tak kisah.Adat peperiksaan.Perjalanan masih jauh.Masih banyak peluang untuk menebus kesilapan.

Masa aku berbalas-balas sms dengan Amir, satu sms masuk.Aku terima dari mak (akak aku) dia:

"Amir menangis sebab dapat 4A 1B je..Kesian dia"

Dalam hati aku.Amir ke mak dia yang menangis ni? hehe...

II.Hari ni dalam paper Sinar Harian sisipan Pekan Koboi aku ni terdapat gambar besar seorang pelajar Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A disebuah sekolah. Dia diapit oleh ibubapanya. Ibunya adalah seorang pensyarah. Bapanya pula ialah seorang Timbalan Pegawai Daerah (kalau tak silap aku). Tahniah kepada adik tersebut dan juga kedua ibubapanya.

Maaf kata. Pada pendapat aku, ini bukan lah satu berita menarik. Ibubapanya itu mampu untuk membeli apa sahaja bagi membantu atau memastikan kejayaan anaknya. Nak beli buku?? Nak beli laptop?? Nak beli cd pelajaran? Nak beli kamus digital?? Nak beli PS2?? "You name it, you got it".

Berita akan lebih menarik jika tajuknya begini:

Anak seorang tukang kebun mendapat 5A
Pelajar miskin dapat 5A
Anak yatim piatu dapat 5A
Benludin mendapat 1A 4C walau dah 10 kali ambil UPSR...hehe

Sekadar contoh.Maaf ye wartawan Sinar Harian.Aku dulu pun berminat juga nak jadi wartawan tetapi untuk majalah Mastika. Aku tak dapat sebab aku suka tulis cerita meraban dan merapu. Majalah Mastika kan berdasarkan kisah benar...hehe

III.Semalam aku menghadiri majlis Konvokesyen Tadika anak aku,Aleeya. (Majlis yang meriah sebab ada jamuan makan yang sedap...hehehe). Masa yang paling seronok masa menghadiri majlis tersebut (selain makan) ialah menonton persembahan anak aku dan kawan-kawan dia. Kamera video aku bergegar-gegar sebab menahan gelak apabila menengok gelagat mereka. Semasa persembahan, ada yang topinya jatuh. Ada juga yang sempat mendukung adiknya ketika di pentas. Ada yang menyanyi solo ikut cd,tapi suaranya tenggelam dibuat oleh penyanyi asal. Akhirnya, miming je ler..

Memang comel-comel pelajar tadika ni.Errr..termasuk juga cikgunya...

Semasa aku meneliti senarai nama pelajar tadika tersebut, aku teruja sebab classmate anak aku ni terdiri dari pelbagai latarbelakang. Ada anak Raja. Ada anak Tengku. Dan tak lupa ada juga pelajar yang bernama Osama.

Mungkin 5 tahun akan datang ada pelajar tadika bernama Obama pula...hehe

Nota: Kecil-kecil lagi dah merasa majlis Konvo...Aku berdoa semoga Aleeya berkonvo pula di Univ. kelak..Begitu juga dengan Amir...:)...Jangan ber-KONVOI merempit dah ler!!!!!!

Selasa, 11 November 2008

Iklan Tidak Berbayar part 3

I. Hebat!!

p/s: kena mintak royalti ni..hehe

II.
Hebat!! Handphone tercanggih aku. NOT FOR SALE !

Spesifikasi:
Model: Nokia 1200
Display: monochrome
Kamera: Tiada
GPRS/3G: Tiada
Video:Tiada
USB: Tiada
Bluetooth:Tiada
Vibration: Ada
Messaging: Ada
Ringtone: Sekejap ada-sekejap takde

Nota: Hampir-hampir dicampak ke sungai sebab ringtone dia nyanyuk.Sekejap ada sekejap takde.Nak trade-in pun apek fon tu nak RM10 jeh.Ni hau maaa...wa auu nii..cho mengg ngaaa punya apek...Kerana mengenangkan jasanya (Nota:nya-bukan merujuk kpd apek,tapi kpd h/fon aku) yang banyak dan membolehkan aku bercalling-calling dan bermesej-mesej dgn bini aku..aku guna je ler...hehe

Hakikat sebenar: ongkosnya belum dapat meyakini gue untuk membeli h/fon baru..muahaha

Update 2pm: Kalau bid dlm e-bay atau lelong.com boleh laku ke h/fon aku tu..RM10000?haha

Isnin, 10 November 2008

Cerita 18sx

Maaf.Aku bukan nak cerita pasal gambar atau movie 18sx yang menghairahkan. Kalau nak cerita yang itu,boleh dapatkan didalam www.mangga.com atau www.urtv.com atau www.ahmaddeham.com...Tapi sebelum tengok,masuk website ni dulu www.taubatlahkamu.com atau www.sedarlahdiritusikit.com.my ... hehe

I. Semalam aku berborak-borak dengan kawan aku yang bernama Din Belut(bukan nama sebenar):
Din: Abang..nak tengok dvd seks tak. Cerita Jepun. Lawa-lawa awek dia..
Aku: Ishh..tak mau aku. Buang masa aku jeh!
Din: Rugi bang...cerita best.Clear plak tu..
Aku: Tak yah la...aku dah taubat tak mau tengok.Lagi pun aku dan kahwin dan ada anak-anak.Tak nak moral aku rosak.Nanti berjangkit kat anak aku,baru padan muka aku!
Din: Kita tengok bukan apa bang.Boleh juga belajar teknik dari dvd tu..(setan gondol betul mamat ni)

Nota: Din Belut masih bujang.Muka memang nampak skema jeh!

II. Dalam beberapa hari lagi aku bercadang nak ke KL untuk mencari buku-buku terbaru. Aku ni memang suka beli buku.Tapi belum tentu aku baca...hehe. Plan aku ni diketahui oleh seorang kenalan aku bernama Midun Pagar Sasak (bukan nama sebenar). Pagi ni aku mendapat sms dari beliau supaya aku belikan buku:

"A'kum,jgn lupa bku 'Soal Jwb remeh-temeh ttg seks tpi anda malu brtanya' yg saya nak tu-Midun"

Nota:Midun Pagar Sasak juga masih bujang.Muka pun memang nampak skema!

Kedua-dua kawan aku ni kononnya memang nak belajar mengenai seks. Din terlebih advance. Midun pula memang malu bertanya,tapi suka membaca. Kalau perempuan bujang suka lelaki macamana ye untuk dijadikan suami?Yang no.I atau no.II..hehe..atau no.III (tiada satu pun yang diatas)..

Kalau tak tau,tapi purak-purak tau pun leceh gak kan...haha

Khamis, 6 November 2008

Kisah Buku TDMHE

Hari ni agak serius sket.Cuti sekejap dari cerita rambu-ramba dan raban-meraban (bukan cuti umum spt di Kenya sebab Obama menang election ye.Harap Maklum). Aku nak bercerita pasal buku yang aku sedang baca.

Semalam aku menerima sebuah buku terbaru tulisan Prof.Kamil yang bertajuk Travelog Dakwah:Meniti Hari Esok. Ia merupakan buku kedua tulisan Prof. (Nota:Buku pertama beliau,Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman, merupakan top seller di PTS Publications).

Buku ini mengisahkan pengalaman Prof. pasca haji. Sehingga kini aku dah baca 1/3. InsyaAllah hari ni sambung baca lagi dan pasti habis dibaca. Bila baca buku ni terasa macam baca novel Islamik. Bila dah baca susah nak berhenti,kalau boleh nak habiskan terus sekali gus kerana jalan cerita dan pengalaman Prof. amat menarik. Paling aku suka setakat ni (sebab belum habis baca,bab yang lain pasti lagi menarik) ialah kisah didalam Bab 1:Berdakwah di pg. 1. Bab 1?? Page 1??? Huh!!..nampak sangat baru mula membaca..hehe..Antara petikan:

"Mereka yang pernah mengenali saya pasti ketawa besar.Berdakwah? 30 tahun yang lampau,saya pernah menghalau rakan-rakan junior MRSM yang mengajak saya dan rakan-rakan sebilik menunaikan sembahyang berjemaah.Saya menempelak dan mencabar mereka..."

Memang aku tergelak besar bila membaca cerita Prof. Maaf, bukan aku ketawakan Prof. Tetapi aku ketawakan diri aku sendiri.Pengalaman yang hampir sama dimana aku pernah menyorok diam didalam rumah bila rombongan tabligh Pakistan (yang juga classmate aku) mengetuk pintu rumah aku.Tujuan mereka sama. Untuk mengajak aku bersolat di masjid. Itu zaman dulu. Yang pasti aku bangga dengan perubahan besar Prof. yang aku kenali semasa belajar dulu.

Dulu aku segan kat Prof ni kerana beliau banyak mengajar aku dan kawan aku. Walaupun kami sekelas,tetapi beliau adalah tempat rujukan kami memandangkan kami ni agak bebal dalam subjek Accounting. Sekarang pun aku masih segan kat beliau.Beliau menjadi seorang yang berjaya. Namanya dikenali di seantero Malaya. Baik di TV atau bidang penulisan atau kerjaya. Dulu beliau menjadi "guru" kami dan sekarang menjadi idola pula.

Prof.Kamil sekarang memang serba boleh. Beliau lah Prof,pengarah UITM,penulis, pensyarah, penceramah, pendakwah bebas, pengacara TV jemputan dan banyak lagi. Aku rasa di masa akan datang beliau akan jadi penyanyi nasyid pula?? hehe..Jangan marah ye Prof.

Gambar:

Atas:
Gambar kulit buku TDMHE

Tengah
:
Catatan yang ditulis oleh Prof. untuk aku yang berbunyi: "Ben Harper (nota:nama email aku), jadilah org yg baik-baik. Baik hati dan perasaan". InsyaAllah Prof.

Kiri:
Kelihatan Encik Azz (kiri) mendengar usrah yang disampaikan oleh Prof. Kamil dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Perasaan insaf terbayang diwajahnya. Gambar ketika belajar di Tanah Tinggi..dulu-duluuuuuu...

Nota:
1. Harap maaf. Aku tak berapa pandai mengulas bab buku-buku ni. Lagipun buku ini belum habis dibaca.
2. Kepada kawan-kawan potoi yang bergambar kat entri di bawah tu, beli lah buku Prof.Kamil ni. Ingat..beli dan baca! Bukan beli dan simpan.Nak beli dengan aku pun boleh. Nanti aku dapatkan stok..hehe
3. Petikan dari buku pertama THMSI Bab 33:Khatam al-Quran (Memang terkena kat batang hidung aku..hehehhe) :

Ketika saya di hospital, seorang teman membuat panggilan,
"Mil, baca ayat Kursi satu nafas sebanyak 10 kali"
Saya tersenyum dalam kejahilan.Satu nafas? 10 nafas pun belum tentu berjaya.

4. Memang Prof. boleh dipanggil pendakwah. Berdakwah melalui penulisannya. Aku doakan semoga banyak lagi hasil tulisan dan pengalamannya dapat dikongsi bersama pembaca. Semoga Allah memberkati segala usaha murninya..Amin..
5. Aku antara penerima yang terawal buku TDMHE.Masih ada bau kilang cetak.Delivered personally by Prof n staff.
6. Alamak!! Baru teringat. Buku Prof belum bayar. Kejap lagi aku bank-in tru Maybank2u.com...hehe

Update 9/11/2008: klik sini untuk ke Walk with me:Jom Baca Buku.

Khamis, 30 Oktober 2008

Walk of Mamat Potoi - part 1

Potoi?

Kau orang pernah dengar tak perkataan tu. Perkataan itu bukan carutan.Ia juga tidak ada didalam Kamus Dewan atau wikipedia. Apatah lagi didalam kamus cap ayam!

Cuba search kat Yahoo atau Google. Aku dah cuba dan terjumpa website www.potoi.com. Rupa-rupanya dah ada mamat pi booking website tu. Ia untuk di jual kepada sesiapa yang berminat.Pasti harganya mahal!

Aku buka cerita potoi ni bukan apa.Beberapa hari lepas semasa aku berborak siber dengan kawan aku di Penang, Encik azz ,dia ada menyebut pasal Mamat Potoi ni. Memang dah lama aku tak dengar perkataan tu. Terima kasih Encik azz atas memori silam..hehe

Zaman belajar dulu aku dan 3 orang lagi housemate aku (termasuk encik azz) dipanggil dengan nama Mamat Potoi oleh Mamat-mamat yang tidak potoi. Kami berempat tidak mempunyai awek-awekss. Kami juga lone-ranger. Kami juga ahli kelab Alif-Ba-Ta (ahli bujang terlajak). Kalau bermain bola, ada masa team kami akan berlawan dengan mamat-mamat yang tidak potoi. Dan selalunya team kami menang. Nama je potoi tapi pandai bermain bola beb (kecuali aku yg kaki bangku).

Itu dulu..kini kami tidak lagi tergolong sebagai Mamat Potoi.Kepada kawan-kawan yang masih tergolong didalam kategori Mamat Potoi ni, elok la beli website www.potoi.com tu...sesuai bangatt...haha

Gambar:
Atas:
Nama band muzik 'The Potoi Boys'. Lokasi di depan rumah orang kawasan Tanah Tinggi. Cover album pertama kami yang bertajuk 'cinta kicap dan cilisos'. Jualan album mendapat platinum disc. Membuat persembahan di Royal Albert Hall yang dihadiri oleh mendiang Lady Diana. Beliau menghabiskan 5 kotak tisu kerana mendengar betapa lelehnya lagu kami. Muzik kami genre potoi. Hanya orang potoi shj yang mendalami lirik yang kami tulis. Vokalis kami??? Anda teka la sendiri. Kalau nak kenal mudah je. Beliau lah yang posing paling sakan didalam gambar di atas.Aksinya lain dari yang lain. Sebab dia adalah yang paling potoi antara kami. Haha!

Tengah
:
Ahli band sedang berehat setelah keletihan menjalani sesi latihan di studio.Kombinasi antara mamat potoi dan tidak potoi mabuk kicap.Lokasi ruang tamu rumah orang.

Bawah:
Kelihatan ahli band sedang mentedarah cili sos cap lingam.Lokasi tak ingat. Tak silap aku di Tanah Tinggi Genting.

p/s: blog www.potoi.blogspot telah dilancarkan. Untuk ahli kelab shj.

Isnin, 27 Oktober 2008

Seven Eleven - Pt.2

Petang semalam aku berminum-minuman bersama ubilepih di kedai makan a.k.a 711 di pekan koboi ni. Seperti biasa kalau aku bertandang memang ada cerita yang terpaksa aku dengar. Bak kata aku didalam entri sebelum ni, kalau tak layan 711 ni berborak memang kopi O aku dia caj mengikut harga ketika menaiki kapalterbang MAS!

Masa tengah minum tu aku dan ubilepih menengok wanita-wanita comel yang lalu lalang di hadapan kedai 711 ni. Biasala, dah dia orang lalu depan meja kita orang, takkan nak tengok ke langit lak. Sakit tengkok ke apa mamat dua orang nih!..... Sebenarnya wanita-wanita pekan koboi ni ramai yang seksi-meksi termasuk la anak dara orang, mak orang dan bekas bini orang. Tengah sedap-sedap menghirup kopi O aku, tiba-tiba terdengar suara yang amat familiar ...
"Hah! takde keje lain la kau orang berdua ye.Asyik tengok wayang free je" kata 711
"Camner tak tengok. Dia orang dah pakai seksi.Tengok je la.Kalau taknak bagi kita orang tengok, pakai la pakaian yang menutup aurat.." kata ubilepih kepada 711 yang juga tidak menutup aurat dan seksi..haha
"Ha ah ye.Aku pun ada masa tengok gak kastemer lelaki aku yang tersilap parking" kata 711.....cissssssssss..!

Masa borak-borak tu kita orang ternampak pula seorang budak lelaki berumur lingkungan 3 tahun bermain tepi jalan.Mak kepada budak tu berniaga berhampiran dengan kedai 711 ni.
"Ishh..berani mak dia benarkan anak dia bermain kat luar sorang-sorang ye" kata aku
"Ha ah. Mak dia dah tak kisah.Tak larat nak tegur anak dia la tu..." 711 menambah.
"Bahaya la.Buatnya kena culik ke.Kena langgar motor ke.Sapa yang susah?"ubilepih berkata-kata...
"Tu la..dah ramai orang kata gitu. Rasa-rasa masin mulut kita ye. Bila 40 orang dah doa macam tu,silap-silap terjadi betul. Baru padan muka mak dia!" kata 711.
"Doa orang-orang yang suka mengumpat ni diterima oleh Allah ke?" bentak ubilepih.
"er.....hehehe" perbualan berjaya dimatikan. Kami sambung pekena kopi O yang dari tadi tak luak-luak..

Nota:
1. Kami hanya menengok wanita-wanita yang lalu-lalang.Tiada maksud yang tersirat. No hidden agenda at all.Harap maklum.

"nakal sungguh hang ni benludin..." kata dari Encik Kamarul...(dia sempat juga mencelah ketika aku menulis blog ni)

2. Kemaskini: Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila salah seorang dari kamu melihat seorg wanita, lalu dia tertarik kpd wanita itu, maka dia harus kembali kpd isterinya, kerana hal ini dapat menepis apa yg ada dlm jiwanya." (H.R Muslim)

Sabtu, 25 Oktober 2008

Cerpen:Ekonomi Meraban untuk ABC Kids- Pt 2

Pemberita-pemberita Utusan M'sia dan NST ada yang membaca blog aku semalam kot. Itu pasal ler berita mukadepan suratkhabar hari ini (25 Okt.2008) ala-ala entry yang aku post semalam....(macam bagus..haha!!)

A.Tajuk NST: Spectre of recession:Rings alarm bells around the world (except Bolehland!)
B.Tajuk Utusan:Harga Minyak Merudum (kecuali Bolehland!) C. Boss aku masih tidur...zZZzzZzzzzz.krohh...krohhh (kecuali Boss selain Bolehland!) gambar hiasan
Nota
:
1.Tajuk NST tu ada tulis bells, maka eloklah kita nyanyikan lagu Are You Sleeping bersama dengan ABC Kids sekali lagi....hehe
2. Boss kata "benludin..kamu cuma penoreh getah a.k.a pencari rezeki bertaraf ikan bilis di sebuah pekan koboi. Apa kamu tau pasal ekonomi? Hah??"
3. Gambar hiasan adalah sumbangan Encik Kamarul (bukan nama sebenar) a.k.a Tuan Director filim Serpico lakonan ubilepih. Anda boleh baca sinopsis filim ini di blog tuan ubi.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Cerpen:Ekonomi Meraban untuk ABC Kids-Part 1

Cerita Pendek:
Maaf. Hari ni aku, sang penoreh getah a.k.a pencari rezeki bertaraf ikan bilis di sebuah pekan koboi, ingin berkongsi cerita pasal ekonomi negara..( huh! subjek yg aku cukup lemah masa belajar dulu..hehe).

A.
US: Semuanya bermula disini...
WASHINGTON: The Bush administration plans to spend as much as $250 billion of the $700 billion bailout buying stock in private banks, greatly expanding protections for the U.S. financial system out of deep unease over the faltering economy, industry and government officials said Monday night. The Star 14 Okt.2008

UK: Berjangkit ke sini. Banyak bank telah di bail-out oleh gomen UK.
AFTER days of leaks and rumours that destabilised stockmarkets, Gordon Brown’s Labour government unveiled a comprehensive rescue package for Britain’s ailing banks before markets opened on Wednesday October 8th. Economist.com

Malaysia: Tak kena jangkitan sbb telan panadol banyak. Cool je...macam ribut atau tempias tak akan sampai ke sini.
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya ekonomi negara ini tidak akan mengalami kemelesetan kerana Malaysia mempunyai ramuan yang tepat untuk menghadapi kesan ekonomi global yang kini mengalami penurunan. UMalaysia 14 Okt. 2008

Malaysia Boleh ! Malaysia Boleh!!
huh??!!!



B
.
klik pada gambar utk ke harga terbaru
Dua/Tiga bulan lepas
: Harga petrol setong USD138.00

Hari ini: Harga petrol USD68.62 setong...

Maaf sekali lagi. Aku bukan ahli atau pakar ekonomi. Cuma sang penoreh getah a.k.a pencari rezeki bertaraf ikan bilis di sebuah pekan koboi..!

C.
"Boss..betul ke Malaysia boleh bertahan dari ribut ni.Ramuan apa boss guna??"
"err..."
"Boss...bila minyak nak turun ni?"
"err..."
"Boss...awat senyap jeh??"
"sat...ZzzzzzZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...er..boleh..bolehh..!!"
"Apa yang boleh boss?"
" Malaysia Boleh ler..........zzzzZzzzzzzzzzzzzzzzZZZ..kroh..kroh..ZzzzZ.."
"Ishh...tidoq lak Boss aku ni..Takpa la, aku nyanyi je la untuk boss.Biaq dia tidoq best sket""

Are you sleeping? 2x
Brother Dol
Morning bells are ringing
Ding! Dong! Ding!

Nota:
1. Boleh blahhhh!
2.Semoga negara kita dilindungi-Nya ...

Rabu, 22 Oktober 2008

WANTED !!!

BENLUDIN a.k.a DATO` BENHARPER
pjk,jkr,jkkk,ajk,lu pk sendiri
( A MAN WITH MANY FACES )
WANTED FAINTED OR ALIVE!
1001 JUTA RUPIAH

Sabtu, 18 Oktober 2008

Seven Eleven

Di pekan koboi tempat aku mencari rezeki ni terdapat sebuah kedai makan a.k.a Information Center a.k.a Kaunter Pertanyaan. Boleh dikatakan segala maklumat orang di tempat aku ni ada di tangan si tokey a.k.a informer a.k.a 711. Bila dapat peluang bercakap memang susah nak berhenti. Masa kat sekolah dulu tak belajar apa itu full-stop kot.Silap-silap maklumat peribadi aku pun dia simpan. Yang pasti kapasiti storage si tokey ni amat tinggi, melebih 1001Gigabites yang boleh menyimpan maklumat peribadi penghuni pekan koboi ni dari A-Z ! (huh! macam buku London A-Z la plak)

Kalau aku takde gang atau partner untuk pergi lunch, kedai dia tu memang jadi tempat aku melepak sambil melakukan ibadah perut. Sekurang-kurangnya aku ada teman berborak (dengan tokey atau pembantunya). Mana class si macho makan sorang-sorang..hehe. Tetapi untuk melakukan ibadah telinga, memang amat tidak sesuai. Ada masa kalau dia bercerita, memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku. Aku tak ambil port sangat atas cerita dia yang lebih kepada sikap propaganda ala-ala setan ("Bukan setan la syaitannn...!!" kata Tuan Direktor Ahmad Nisfu) ...

Masa lunch tadi sekali lagi propaganda ala-ala setannya dipaculkan terhadap aku. Aku buat-buat selamba je layan. Kalau tak layan nanti takut gak lunch aku dia caj double price!

" Weh Benludin..kau kenal tak budak perempuan yang baru lalu tadi?" sambil dia menuding dengan mulutnya ke arah awek seksi cun melecun berbaju hijau yang baru melepasi depan kedainya.
" Err..rasa kenal. Tak silap dia tu kerja di kedai butik."
" Awak nak tau tak. Dia tu siang kerja butik. Malam jual barang pulak.." gear satu si tokey dah mula
"Jual barang??" aku melayan
"Takkan tak tau. Dia tu hidup mewah. Ada jantan yang bela dia..." gear dua pulakkk
"Biar la dia. Boyfriend dia kot" balas aku nak mematikan perbualan.
"Ishh..takde la. Semua jantan dia layan. Orang Indon layan. Bangla pun layan" nak masuk gear tiga dah ni..
"Bagus tu. Pasaran lebih luas, perniagaan antarabangsa" aku saja nak buat-buat tak serius
"Tu la..masa muda-muda ni laku la. Ramai orang terliur. Esok dah tua takde orang nak dah. Tak laku!"
"Ha ah. Pasaran saham merudum" jawab aku
"Ler... awak ni Benludin. Meraban jeh..."
"Errr...teh tarik satuuuu...." aku bagi gear reverse.Aku nak tercekik. Nasi dah makan. Air tak sampai lagi!

Selamatttttt.....akhirnya provokasi ala-ala setannya berjaya aku tewaskan dengan penuh bergaya dengan gear reverse aku.

Selepas habis aku menaip blog ni aku terfikir sejenak.... Si tokey a.k.a 711 tu ke yang mengumpat. Atau aku yang mengumpat dalam blog aku ni???

Nota: Teringat pada satu cerita dari buku yang aku baca hasil tulisan TGNA berkenaan dengan seorang yang alim. Beliau didatangi seseorang (syaitan) dan menghasutnya supaya meminum arak. Selepas orang alim itu berjaya dihasut, beliau telah meminum arak, berzina dan membunuh. Hatrik tu... Begitu juga dengan cerita seorang pelacur tegar yang akhirnya bertaubat dan menjadi seorang yang amat disayangi Allah swt. Maka..tak semestinya orang baik tu baik, orang jahat tu jahat...err...peninggg?...padan muka..hehe