Alhamdulillah. Aku sempat juga meraikan Ramadhan dan Syawal tahun ni. Aku berdoa semoga segala ibadat aku termasuk solat terawih dan witir diterima Allah s.w.t. (walaupun semasa solat tu ada
hantu-hantu yang kacau). Aku juga bersyukur kerana
journey aku pergi-balik Kedah dalam keadaan selamat.
Smooth journey.
Aku dan keluarga beraya di Bukit Raya,Pendang. Alhamdulillah seronok, selagi kita menganggap Hari Raya tu sebagai ibadat dan bukannya adat.
Macam-macam perkara yang berlaku ketika menyambut hari lebaran. Antaranya ada beberapa perbualan atau peristiwa Hari Raya yang sempat aku rakamkan di dalam kepala
hotak aku.
I. Walk-walk Bukit Raya di Hari Raya. Aku bersama keluarga menziarahi saudara-mara di kampung. Ada la kat 10 biji rumah kot. Tapi semuanya dekat-dekat. Tanpa menggunakan tenaga petrol. Hanya menggunakan 'semangat menapak' untuk
beribadah di Hari Raya dengan menziarahi saudara-mara sambil mengeratkan lagi silaturahim.
Antara rumah yang aku pergi tu adalah rumah pakcik aku. Anak aku, Irfan, yg berusia 2 tahun tu memang
happy sangat. Ada masa gelagatnya mencuri perhatian tuan rumah terutama ketika dia meng-
explore kuih-kuih raya.
Tuan rumah menghulurkan ketupat (pulut daun palas) kat Irfan.
"Wowww!" kata Irfan sambil mengambil ketupat. Habis dua bijik dia belasah.
Tuan rumah yang juga peminat filem
Tiga Abdul P.Ramlee teruja. Dan sebelum balik sempat dia bagi RM20 kat Irfan.
"Wowww!" aku lak berkata-kata dalam hati.. hehe
II. Selalunya setiap hari raya, ada imam jemputan untuk memberi khutbah raya. Tapi tahun ni takde la pulak imam tu. Aku agak kecewa. Sebab khutbahnya memang menarik tertarik kau memang
da bomb. Khutbah yang beliau karang sendiri. Bukannya
standard khutbah yang hanya dibaca mengikut teks Jabatan Agama Islam.
Kekecewaan aku terubat bila time solat Jumaat, beliau muncul untuk membaca khutbah. Khutbahnya lah yang membuatkan aku 'terjaga' sepanjang masa. Tak seperti khutbah-khutbah Jumaat lain yang menidurkan aku.
"lebih baik hang tidoq semasa saya membaca khutbah dari hang berkata-kata. Kalau hang berkata-kata, bermakna pahala solat Jumaat dah takde" kata Imam dalam khutbahnya. Bacaan khutbah terpanjang dalam sejarah khutbah yang aku dengar. Tapi bacaannya yang memakan masa sejam tu aku rasa tak puas. Banyak ilmu yang aku dapat.Aku yang duduk di saf yang ketiga dan bersententang mata lak dengan imam, tersenyum puas. Walaupun aku tau senyuman aku kat imam tu tak berbalas, takut nanti makmum lain jeles...haha
Bila balik rumah aku cuba tanya kat pak mertua aku latarbelakang imam tu.
"Best la imam tu baca khutbah. Dia orang mana ye abah?"
"Dia orang sini. Kalau dia cuti, memang selalu dijemput baca khutbah" kata pak mertua aku.
"Oooooo...dia kerja mana?"
"Dia jadi imam kat Masjid Megat Terawih di Ipoh"
"Oooo...ok..tau..tau"
"Ye ke hang tau kat mana masjid tu?" tanya pak mertua aku.
Aku senyap.Aku tengok wife aku. Dia gelak. Dia tau yang aku ni memang buat-buat tau..hehe
III. Petang hari raya pertama aku dah boring. Takde agenda
walk-walk beraya. Aku dan wife aku pun ajak adik ipar pi
walk-walk Aloq Staq. Aku nak cari buku
Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh kawan aku (yang cuma sempat berkenalan setahun semasa mencari ilmu di rantau orang). Dalam kereta sempat aku bertanya kat adik ipar aku pasal raya tahun ni.
"Amacam raya tahun ni Ikram?"
"Tak best la. Tak macam dulu-dulu"
"Awat lak hang kata gitu?"
"Ye la. Pagi tadi pi jalan jauh-jauh dapat
lima kupang jeh"
"Ishhh..hang ni nak beraya ke nak kutip cukai?"
IV. Pada pagi raya (tak ingat raya keberapa) adik ipar aku (bekas
santri di sebuah
pensantren,tapi akhirnya kerja kilang beras Jati di Pendang) tengah bersiap-siap nak keluar beraya. Pakaian
smart dan bau
perfume yang menusuk hidung. Si Ikram terus minat nak tau abang dia nak kemana.
"Abang, hang nak piiii mana?" tanya Ikram
" Aku nak piiiiii- witttt..." minat Amy Search juga bekas 'ustaz' ni.
"Ciss....piiiiiii-raahhhhhhhhh" balas Ikram
V. Adakah Nur aidilfitri terserlah diwajahku setelah selesai menunaikan solat aidilfitri? Atau aku menjadi halimunan-
the invisible man kerana melarikan diri dari pengutip cukai hari raya yang tergolong dalam spesis yang sama dengan adik ipar aku, Ikram..
Nota:
1.perkataan
santri dan pesantren ni aku cedok dari novel Indonesia "
Dalam Mihrab Cinta" yg ditulis oleh Habiburrahman al Shirazy. Novel yang sempat aku
perabih baca masa cuti-cuti Raya. :). Dah lama tak baca novel. Novel terakhir aku baca ialah
Private Parts by Howard Stern. Kontra gak tu.
May be from now on nak
start baca novel islamik plak.
2. sorry la. Entry kali ni agak panjang. Dah lama tak berkumandang diudara. Gua lepas gian..
3.
Update:Nama imam untuk cerita no.II ialah
Ustaz Kazim bin Elias. Beliau juga merupakan seorang pendakwah bebas. Klik
sini untuk mendengar siri kuliahnya.