Isnin, 22 September 2008

Hantu part 1

Hari ni aku teringin nak bercerita pasal hantu.Tapi boleh seram ke? Sebab bulan posa ni mana ada hantu. Hantu kena ikat kesemuanya. Tapi berdasarkan pengalaman aku, hantu masih ada atau terlepas walaupun di bulan posa ni.Ikuti kes-kes aku berjumpa atau berdialog dengan hantu:

I.
Hantu ni wujud ketika aku solat terawih. Selalunya dia duk bersebelahan dengan aku. Aku terasa wujudnya hantu disebelah aku bila dia meng-amin-kan surah al-fatihah yang dibaca oleh imam. Ada masa 'amin' dia memang nyaring dan berangin,sehingga membawa kesan sampingan yang menusuk hidung.Walaupun aku lari bertukar tempat, tapi ada masanya baunya masih sampai kepada aku. Bau hantu ni memang tak menyenangkan aku dan makmum-makmum lain. Bau yg amat busuk,tengit! Ada masa macam bau bangkai. Terawih punya pasal, aku teruskan juga walaupun risiko di kacau oleh hantu jenis ni. Aku tak takut sgt hantu ni, tapi bau dia amat merunsingkan aku.

II.
Hantu jenis ni lak wujud time berbuka jeh. Pelahap yg amat. Tak peduli dah org lain duk semeja dapat makan ke tak. Hantu ni memang jenis pentingkan diri sendiri. Time aku dah kawin ni dah takde hantu ni. Tapi masa zaman bujang memang banyak berkeliaran. Pantang azan maghrib je,hantu ni terus menerkam dengan lahapnya..

III.
Hantu jenis ketiga ni plak suka menganggu ketika org solat isya atau terawih. Time imam baca surah,hantu ni pun baca juga. Kuat lak tu,ngalahkan imam. Ada masa dia baca surah lebih advance dari imam. Imam baru baca ayat 1, hantu ni dah baca ayat ke 2. Tak menganggu solat ke tu?? Kalau boleh aku nak cekik je hantu jenis ni. Tapi lepas solat pandai lak dia diam..lahabau..

Aku rasa tempat kau org pun wujud juga hantu-hantu kat atas tu.Nama-nama hantu di atas dan sesi dialog aku dgn hantu:

i. Hantu Petai-.."esok tolong berus gigi leh tak?"

ii. Hantu Makan.."ingat kau sorang je ke yg posa??"

iii. Hantu Punya Budak!!!.."weehh..boleh tolong diam tak?"

Maaf ye hantu-hantu.Jangan cekik gua..!

3 ulasan:

ubilepih berkata...

1 lagi hantu...hantu zzzzzzz.tgh sholat pun zzzzz gak

Purple Crayon berkata...

tuan ben,cd lum dpt.berapa cd dihantar?brape RM?nak bank in.Tq.

intan berkata...

hantu angin takde ke? dlm erti kata lain, hantu kentut :D