Rabu, 10 September 2008

Sengeh-sengeh di Bulan Posa Part 2

(Harap Maaf:Jangan betulkan speaker anda! Se-menjak dua-menjak ni My Musical Mood tu byk sgt lagu era-flinstone..saja je aku letak lagu yg tak sedap..ko org layan je la..)
best juga kalau dpt main ski time posa ni..haha

Sengehan I.
Anak sedara aku, Amier Yusuf, baru abih UPSR... Malam tadi aku pun rajinkan diri sms kat dia bertanyakan pasal examnya:

Sms aku : amier..camner exam pagi tadi?

Sms amier: ala...semua soalan dia senang je...cuma jawapan je yg susah...

tersengeh je la aku baca sms tu..ada tokoh jadi lawyer si Amier ni...

Sengehan II .

Pic: Berita Harian 11 Sept.2008
Paling kanan dlm gambar tu adalah Ustazah aku masa aku sekolah rendah dulu i.e SK Budu. Yg lain dlm gambar tu bukan Ustazah, jgn konpius kan diri anda. Masa sekolah rendah di era Uji Rashid dan Hail Amir dulu selalu kena rotan dengan dia sbb aku tak hafal surah. Aku selalu berdoa supaya dia tak masuk kelas, tapi dia masuk juga. Bagus juga doa aku tak makbul masa tu....

Sekarang ustazah aku ni adalah seorg usahawan dodol yang berjaya. Dodolnya popular seantero Malaya. Pasaran obersea dlm proses tu. May be org Denmark suka dodol dia. Who knows...

Kepada sesapa nak beli dodol tu pi la ke Kg.Lubuk Hik di Budu.Keenakannya dijamin! Kepada sesiapa yg pakai gigi pelesu tu, jgn la nakal-nakalkan diri nak makan. Tengah2 makan dodol tak sedar je gigi pelesu tu ilang.

Terimakasih Ustazah kerana melibas aku dgn rotan dulu. Kalau tak, mmg aku tak pandai mengaji dan baca jawi..(wa terer baca jawi cakap lu...hehe)

Kg.Lubuk Hik!!...tersengeh lagi aku dgr nama kampung ni. Sungguh unik. Awas kpd sesapa yg makan dodol berlebihan jaga2 sebab anda dikhuatiri (betul ke spelling aku ni) akan bertukar jadi Hik Hogan...hehe

Sengehan III.
Petang semalam sebelum waktu berbuka, aku dan wife aku merajinkan diri pergi ke sebuah gerai berhampiran rumah aku. Yg berniaga kat situ hanya seorg peniaga shj.Dia plak berjiran dgn aku. Saja2 la nak tgk dia jual apa.Kalau menarik kuih2 nya aku nak beli.

Aku ternampak ada sorang Kakak Kaki Kepoh (KKK) ni tgh lepak kat belakang gerai kwn aku ni. KKK tu dah siap masak kot, tu pasal melepak je kejenya.Masa nak sampai tu aku terdengar dia bertanya kat budak2 yg tgh membeli ayam goreng..

KKK : heeeii..bebudak...mak ko org tak goreng ayam ke kat rumah???

Budak: (dgn skimanye menjawab)...mak saya tak goreng ayam hari ni makcik...

Aku perati kakak gerai tu berubah muka...sure dlm hati dia kata ."KKK ni nak halau pelanggan aku ke?"..

Lepas budak2 tu blah, turn aku dan wife aku lak memilih kuih. KKK bersuara lagi..:

KKK : heeeii...Mrs.Dot Dot Dot....malas masak ke hari ni?

Wife Aku : huh..?

Kakak Gerai: lerr..biarla dia nak beli..dia nak tolong saya berniaga. Kalau takde org beli tak laku la kuih2 saya KKK oii..Lagi pun, kalau setakat nak makan karipap 2 bijik, takkan nak buat sendiri !

Lega... ada org tolong jawabkan on my behalf ...aku sengeh kat KKK

KKK balas sengehan aku, tapi sengehannya ala-ala jongos...

***Pesanan aku walaupun tidak relevan dgn topik : Sengeh-sengeh juga...time posa ni elakkan diri dari mengumpat, dan teruskan sampai bila2. Jgn sekadar dipinggiran je..! Kena umpat tak per, dpt pahala...hehe***

10 ulasan:

jawa peranakan berkata...

bulan ramadhan ramai jadi MUJAHID.. tapi bila habis ramadhan ramai jadi MUJAHAT..

bulan ramadhan bulan beribadah..
bulan lain bulan berharamjadah..

kalau begitu la prinsip kita maka tak ke mana2 la kita..

ubilepih berkata...

Petua kpd yg bergigi plsu klu nk mkan dodol sila basahkan lelangit mulut anda dengan air liur dulu..agar tak belaku insiden ttelan gigi palsu.

KKK tu bagi di layan lagu kelasik tamil jerrr...

Pyanhabib berkata...

lubuk hik dekat budu?
maaf ye, gua lemah topografi.
(:

jawa peranakan berkata...

HOH!! NGAM BETUL LA LU PUNYA RUNUT BUNYI YANG MELATARI BLOG LU KALI NI.. BEST!!

Inilah yang dikatakan perpaduan kaum dan etnik di Malaysia..Sesuai dengan tema Hari Merdeka tahun ni iaitu PERPADUAN TERAS KEJAYAAN..

PS-Bila nak main lagu jawa pulak?

jawa peranakan berkata...

WAH!! Tak lama lagi harga barang makanan berasaskan pertanian dijangka akan turun mendadak & masalah kekurangan bekalan komoditi tersebut di dalam pasaran pasti tidak akan berulang lagi apabila rombongan Ahli Parlimen kita yang jumlahnya berpuluh-puluh itu akan pulang dari Taiwan bersama-sama ilmu pertanian yang hebat dan canggih untuk diajarkan kepada petani2 di kawasan masing-masing dan juga kepada pegawai2 di Jabatan Pertanian..

Situasi ini juga dilihat mampu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan petani..
TERIMA KASIH YANG BERHORMAT!!!

PS-Sambil2 belajar bercucuk tanam tu,cuba Yang Berhormat sekalian perhatikan bagaimana Taiwan menguruskan ladang ternakan babi mereka..

APA?! TAKDE SATU PUN LADANG TERNAKAN BABI DI TAIWAN?!

Memang la..Kerajaan Taiwan,Hong Kong dan Singapura tidak membenarkan penternakan babi di negara masing2 sebab kotor dan boleh mengundang penyakit..

Tapi org Cina Taiwan,Hong Kong dan Singapura makan babi..Jadi dari mana diaorang dapat bekalan?

DARI MANA LAGI?! DARI MALAYSIA YANG ISLAM HADHARI DAN NAK JADI HALAL HUB DUNIA NI LA... HA!! HA!! HA!!

benludin berkata...

jawa,
mcm tuju kat aku jeh..aku time posa ni bleh lak berenti merokok. Abih posa mcm naga la balik..

rajin beno hang ni menaip...kalau 16sept jadi kenyataan.pastikan Harakah terbit hari2...Utusan 2 kali seminggu!..

kalau tak jadi? sumbatkan telinga dgn kapas..sbb buletin utama tv3 akan ke udara 24 jam utk membantai Anwar..haha

nanti wa cari lagu jawa..herman tino ok kot..hehe

ubilepih,
ntah2 KKK mmg suka lagu tamil...:)

pyanhabib,
Lubuk Hik tu kat Budu,K.Lipis...mau try dodol dia mai ler ke Budu..:)

jawa peranakan berkata...

ben..

kalau jadi jangan kata hari2.. 3 kali sehari pun boleh..edisi pagi 1, edisi petang 1 dan edisi malam 1..

UTUSAN? dua kali sebulan dah la.. macam majalah UJANG atau APO tu..

kalau lu nak offer lagu herman tino,gua cadangkan ambik lagu OJO KE SANDUNG..WOO..leleh lagu tu beb..

benludin berkata...

jawa,
nanti wa usahakan...for next N3...rasa2 bila dgr lagu jawa ni serupa dgr lagu tamil ni ler...muzik dia wa layan...bahsa x paham...haha

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku tersengih2 baca cerita2 kau ni bro'...

amey berkata...

Ameir tu sebijik bagi jawapan macam aku masa lepas amik exam dulu2.. Bezanya, aku dah tua.. Selamat berjaya adik Ameir..