Jumaat, 26 September 2008

Prelude To 1 Syawal 1429H

I. My weight:
i. before fasting month = 72 kg
ii. during fasting month = 70kg
iii. shortly after fasting month (1st raya) = 75-80kg?? haha

II.Budget & Actual Expenditure:
Budget peribadi untuk melaram di hari raya:
i. Baju Melayu Sepasang dan Sedondon= RM150
ii. Jeans : Dockers RM120
iii. T-shirt = RM100
iv. Perfume: POLO RM120
v. Spender: Cap Crocodile RM60

Actual Expenditure:
i. Baju Melayu dan Kain Pelikat : RM0.00- pakai baju kahwin 7 tahun lepas. Still boleh guna dan muat lagi.
ii. Jeans: Dockers Bundle RM30.00
iii. T-shirt = RM0.00 -pakai yang lama
iv.Perfume: Minyak atar RM5
v. Spender: Cap Ayam je RM10... hahaha

Adakah aku kedekut?
Adakah aku berjimat?
Adakah aku tak mampu??

Entah ler..mmg stail hidup aku mcm ni dari kecik kot...masa kecik dulu pernah 'bergaduh' dgn arwah mak aku sebab aku taknak tempah baju melayu dan sampin. Kalu bleh nak pi solat raya pakai kemeja and kain pelikat jeh....sempoi!! (itu pasal le sampai sekarang aku tak pandai pakai sampin kot). Dulu aku taknak menyusahkan orang tua aku berbelanja banyak untuk persiapan raya. Sekarang aku taknak menyusahkan diri aku sendiri lak kot...hehehe

III. Tahun ni aku beraya ke Pendang (lagi?)..Ada la sebab-sebab tertentu sebab asyik beraya ke sana. Aku teringin nak beraya dengan adik-beradik di kampung. Dengar citer semua nak balik raya ni. Sure depa raya sakan.Lepas beraya pi tangkap ikan kat kolam.Aku selalunya bukan menangkap ikan sangat, tu keje sepupu aku.Dia cekap... Aku lebih suka menyelam dan menyakat anak-anak buah aku..biasala, tu la swimming pool aku.. Perghh...seronok!

Depa nanti sure bakar lemang sendiri. Orang tua semua dah takde. So atas kreativiti sendiri la nak buat lemang. Ikut resepi logik akal..hehehe.Jadi ke tak sure belasah jugak. Yang pastinya lemang sini tak sama dengan lemang di Pendang. Org Kedah tak buat lemang. Depa makan ketupat.Kalau ada pun yg jual tepi jalan. Tak berapa sedap! Tak ori!

Kepada semua famili,kawan-kawan dan silent readers blog ni aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir dan batin...Maafkan aku kalau ada yg tersinggung atas apa yg aku cakap (taip) di dalam blog ni.

Jumpa lagi di dalam cerita aku beraya di Bukit Raya, Pendang..(kalau ada cerita le)

Today..at 12 pm aku akan bertolak dari K.Lipis-Gua Musang-Cameron Highland-Simpang Pulai-Pendang!!! Insyaallah dalam pukul 8pm sampai. Or maybe lambat sket. Sebabnya jalan K.Lipis-Gua Musang sudah mula dipenuhi konvoi kereta untuk ke Denmark..:)

Pendang !!! Here I Comeeeeeeeeeeeeeee!!!!

gua 'curi' kad raya ni dari blog roslan sms..:)

15 ulasan:

ummzaid berkata...

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin jugalah...
pandu keta molek2, hati2..
moga selamat pegi dan balik..
salam hari raya koi ke mrs dot dot.. :)

azz berkata...

selamat hari raya dan maaf zahir batin. semoga selamat dalam perjalanan.

nina berkata...

tak apa, nnt zara ambik gambar byk2 pastu tepek kat blog yer.. baru la lagi membara kejelesan tew! n, acik sani dah belikan bunga api utk zara!

azz berkata...

selamat hari raya dan maaf zahir batin.
have a safe journey pergi dan balik

ubilepih berkata...

Gua raya dengan sendal rabak-rabak,bju raya 4 thun lepas jer...but gua appy gua dapat pose lagi...harap-harap tahun depan masih boleh bertemu ramdhan lagi..he..hee.
Bukan kedekut Qnaah kut..ha..ha..

Pyanhabib berkata...

selamat hari raya aidilfitri
memohon dan memberi kemaafaan.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.
Raya nanti jaga makan, kalau tak.. ada jugak yang bengkak sana bengkak sini... Hope u have/had fun Syawal this year.

INTAN RH berkata...

Ben, bw kete tu laju sket, bio cpt smp...hehe.

selamat ari raya, sonok ek blk kg...koi ari2 blk kg.

Photographer RAZAK RAMLI berkata...

Baru ke tahu kau sapa...
Anak arwah cikgu Alias.

Pyanhabib berkata...

sekali tala ke kedah lu kena isi petrol full tank rm90, tala balik semula ke pahang lu isi air ke tangki kereta tuh? kah kah kah! (selamat hari raya aidilfitri, gua kat taiping, masa nak balik tu kalau rajin, meh: 013-3635725)

Photographer RAZAK RAMLI berkata...

Cha...update gambar raya.

benludin berkata...

ummzaid...
terima kasih...same goes to u

azz..
sama2...hang raya ke Perak elok2 gak drive..

nina..
raya sakan la ye dengan bunga api...polis tu mmg toke mercun ..hehe

ubi..
janji kita raya ni beribadat..bukan beradat..:)

pyanhabib,
tq...terlewat buka blog...gua dah balik pahang baru baca komen lu...tq atas jemputan..insyaAllah next program aku balik Kdh, aku singgah Taiping..:)

intan..
mmg laju, buka posa pun sambil drive kete...hehe

razak ramli,
ada betut...nanti kome update dgn pic raya sakan di Kdh..haha

benludin berkata...

cik anon,
selalu kalau balik dr Kdh sure aku kena gout. Tapi this time takde plak..lega..alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

Hehe... bagus la tu. Kdg2 dah meningkat usia ni kita kene mula berjaga2 kan...? Darpd sakit, baiklah kita beringat. Am glad u had fun in ur kampong! Ada buat open house ke?

benludin berkata...

anon..
tq...di Kdh mcm biasa..sepanjang masa open house..:)