Khamis, 4 September 2008

Iklan Tidak Berbayar Part 1

iKLaN FoR ThOsE WhO HaVe GOUT !

HEMPEDU BUMI
Nama Botani :Andrographis paniculata

Nama Lain :Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)

Famili : Acanthaceae

Pengenalan : Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat dan Kegunaan : Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.

sumber: ms/mr.anonymous, Mardi

p/s: walau dimana lu berada akan tetap gua cari..(tp jgn la jauh sgt..)

5 ulasan:

azz berkata...

hempedu bumi ni memang bagus...kami panggil dia akar cerita.
dulu masa kecik2 arwah baba aku sentiasa amalkan minuman dia utk penyakit kencing manis nya. aku lupa pulak dossage nya...mungkin waktu pagi dan petang kut...ni kena tanya orang yg berpengetahuan takut nanti jadi bahaya.
anyway memang berkesan penyakit kencing manis berjaya dikawal.
pantang makan pun kena amalkan lah.
puasa tu ubat segala penyakit.

benludin berkata...

azz:
mmg aku tgh cari hempedu bumi ni. La ni tgh amal herba misai kucing+teh 0. Tapi on/off...Aku ada tanam kat dlm pasu rmh aku

Tanpa Nama berkata...

Cari minumannyer:

1) Petik 3 atau 4 helai daun.
2) Masukkan dlm cwn.
3) Pour hot water...

Let it cool... baru ler minum. Kalau tak...takleh mkn 2 hari le gamaknyer, tak rasa lidah nanti!

Pahiiiittt... so, bole le bilas dgn madu sesudu. Kalau pg minum, ptg nak minum jg, boleh le di recycle-kan daun tadi.

My mom minum air ni 3 atau 4 kali seminggu...

Selamat mencuba.

benludin berkata...

anon:
tq veli much...really appreciate it

semlm tanya wife.."hempedu bumi ni pahit tak?"

my wife kata "dah nama pun hempedu..sah la pahit"

adehhhh...

ubilepih berkata...

henpun memang pahit...cuma MADU ada yang manis dan ada yg Pahit :0