Selasa, 7 Oktober 2008

From Pendang With Love

Alhamdulillah. Aku sempat juga meraikan Ramadhan dan Syawal tahun ni. Aku berdoa semoga segala ibadat aku termasuk solat terawih dan witir diterima Allah s.w.t. (walaupun semasa solat tu ada hantu-hantu yang kacau). Aku juga bersyukur kerana journey aku pergi-balik Kedah dalam keadaan selamat. Smooth journey.

Aku dan keluarga beraya di Bukit Raya,Pendang. Alhamdulillah seronok, selagi kita menganggap Hari Raya tu sebagai ibadat dan bukannya adat.

Macam-macam perkara yang berlaku ketika menyambut hari lebaran. Antaranya ada beberapa perbualan atau peristiwa Hari Raya yang sempat aku rakamkan di dalam kepala hotak aku.

I. Walk-walk Bukit Raya di Hari Raya. Aku bersama keluarga menziarahi saudara-mara di kampung. Ada la kat 10 biji rumah kot. Tapi semuanya dekat-dekat. Tanpa menggunakan tenaga petrol. Hanya menggunakan 'semangat menapak' untuk beribadah di Hari Raya dengan menziarahi saudara-mara sambil mengeratkan lagi silaturahim.

Antara rumah yang aku pergi tu adalah rumah pakcik aku. Anak aku, Irfan, yg berusia 2 tahun tu memang happy sangat. Ada masa gelagatnya mencuri perhatian tuan rumah terutama ketika dia meng-explore kuih-kuih raya.

Tuan rumah menghulurkan ketupat (pulut daun palas) kat Irfan.

"Wowww!" kata Irfan sambil mengambil ketupat. Habis dua bijik dia belasah.

Tuan rumah yang juga peminat filem Tiga Abdul P.Ramlee teruja. Dan sebelum balik sempat dia bagi RM20 kat Irfan.

"Wowww!" aku lak berkata-kata dalam hati.. hehe

II. Selalunya setiap hari raya, ada imam jemputan untuk memberi khutbah raya. Tapi tahun ni takde la pulak imam tu. Aku agak kecewa. Sebab khutbahnya memang menarik tertarik kau memang da bomb. Khutbah yang beliau karang sendiri. Bukannya standard khutbah yang hanya dibaca mengikut teks Jabatan Agama Islam.

Kekecewaan aku terubat bila time solat Jumaat, beliau muncul untuk membaca khutbah. Khutbahnya lah yang membuatkan aku 'terjaga' sepanjang masa. Tak seperti khutbah-khutbah Jumaat lain yang menidurkan aku.

"lebih baik hang tidoq semasa saya membaca khutbah dari hang berkata-kata. Kalau hang berkata-kata, bermakna pahala solat Jumaat dah takde" kata Imam dalam khutbahnya. Bacaan khutbah terpanjang dalam sejarah khutbah yang aku dengar. Tapi bacaannya yang memakan masa sejam tu aku rasa tak puas. Banyak ilmu yang aku dapat.Aku yang duduk di saf yang ketiga dan bersententang mata lak dengan imam, tersenyum puas. Walaupun aku tau senyuman aku kat imam tu tak berbalas, takut nanti makmum lain jeles...haha

Bila balik rumah aku cuba tanya kat pak mertua aku latarbelakang imam tu.

"Best la imam tu baca khutbah. Dia orang mana ye abah?"
"Dia orang sini. Kalau dia cuti, memang selalu dijemput baca khutbah" kata pak mertua aku.
"Oooooo...dia kerja mana?"
"Dia jadi imam kat Masjid Megat Terawih di Ipoh"
"Oooo...ok..tau..tau"
"Ye ke hang tau kat mana masjid tu?" tanya pak mertua aku.

Aku senyap.Aku tengok wife aku. Dia gelak. Dia tau yang aku ni memang buat-buat tau..hehe

III. Petang hari raya pertama aku dah boring. Takde agenda walk-walk beraya. Aku dan wife aku pun ajak adik ipar pi walk-walk Aloq Staq. Aku nak cari buku Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh kawan aku (yang cuma sempat berkenalan setahun semasa mencari ilmu di rantau orang). Dalam kereta sempat aku bertanya kat adik ipar aku pasal raya tahun ni.

"Amacam raya tahun ni Ikram?"
"Tak best la. Tak macam dulu-dulu"
"Awat lak hang kata gitu?"
"Ye la. Pagi tadi pi jalan jauh-jauh dapat lima kupang jeh"
"Ishhh..hang ni nak beraya ke nak kutip cukai?"

IV. Pada pagi raya (tak ingat raya keberapa) adik ipar aku (bekas santri di sebuah pensantren,tapi akhirnya kerja kilang beras Jati di Pendang) tengah bersiap-siap nak keluar beraya. Pakaian smart dan bau perfume yang menusuk hidung. Si Ikram terus minat nak tau abang dia nak kemana.

"Abang, hang nak piiii mana?" tanya Ikram
" Aku nak piiiiii- witttt..." minat Amy Search juga bekas 'ustaz' ni.
"Ciss....piiiiiii-raahhhhhhhhh" balas Ikram

V.
Adakah Nur aidilfitri terserlah diwajahku setelah selesai menunaikan solat aidilfitri? Atau aku menjadi halimunan-the invisible man kerana melarikan diri dari pengutip cukai hari raya yang tergolong dalam spesis yang sama dengan adik ipar aku, Ikram..

Nota: 1.perkataan santri dan pesantren ni aku cedok dari novel Indonesia "Dalam Mihrab Cinta" yg ditulis oleh Habiburrahman al Shirazy. Novel yang sempat aku perabih baca masa cuti-cuti Raya. :). Dah lama tak baca novel. Novel terakhir aku baca ialah Private Parts by Howard Stern. Kontra gak tu. May be from now on nak start baca novel islamik plak.

2. sorry la. Entry kali ni agak panjang. Dah lama tak berkumandang diudara. Gua lepas gian..

3. Update:Nama imam untuk cerita no.II ialah Ustaz Kazim bin Elias. Beliau juga merupakan seorang pendakwah bebas. Klik sini untuk mendengar siri kuliahnya.

19 ulasan:

amey ahmad berkata...

Bro..
Best arr.. Tergelak gak la aku tapi tak leh lawan gelak masa tengok 'Tiga Abdul' la..
Nanti saya link blog KMD to your ok ka? Saya berhajat nak link to all ex-Dundonian..
And kalau tak jadi masalah, boleh tau nama bro tak? (nama pendek, tak penuh pun takpa..)
~peace~

benludin berkata...

haha..tq bro..
link?? no problem.APPROVED..:)

sorang lagi pengunjung blog aku ni ex-Dundonian...badge aku guna nickname azz

ubilepih berkata...

Itu ustaz santri Pensentren rok ooo!!! wa ingat lagi dia beraksi dengan jacket kulit layan lagu diambang watie,awie...rok jiwa halus ustaz ni..he..heee

benludin berkata...

kita rock kapak...:)

IKRAB family berkata...

bro,kg org umah hang kat pendang upenye.la ni senang dah ada highway ke kedah tus gi sana.cuma hari tu aku pi lwt kawan sambil cari umah kawan parents aku tp kami dak jumpe jln dah baru dan berubah.

Tanpa Nama berkata...

pandai deme buat kelako ben.. :D
anok kome yg di mombasa tu pun suka sgt dpt byk duit raye..adik dia jeles je dengornya..

ari tu gambor kaki je, ni badan, sikit lg ada la nampok muka dia tu....silo mata kome weh.. :D

benludin berkata...

purple,
tol Pendang dah 2 thn leh guna...kuar tol tu dlm 5 minit sampai la Bukit Raya. Sebelum ni masuk ikut tol Gurun. Kat 40 minit drive.Yg uniknya Kdh ni,pengguna motorsikal mmg banyak.Masa drive mmg kena selalu alert..

ummzaid,
tq..kat luar kome serius...dlm blog ni je lepas geram..haha
anak yg duk mombasa tu beraya di Kanada ye..baguih ler..
pic muka kena tunjuk yg 10thn lepas...nanti takut lagi silau..hehe

INTAN RH berkata...

Ben, koi nok duit raya!

benludin berkata...

intan,
duit syiling 1 sen leh ke?
banyak ni..haha

ubilepih berkata...

Ben tu org sufi...itu baru kilauan dahi je tu...sudah begitu silau...kalau lu orang tgk wajah dia lu orang terus buta wa cakap lu...ha..ha

INTAN RH berkata...

satu sen dah tak laku, nti koi smp lepih, nak amik duit raya!

tggu yak! :)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Selamat Hari Raya bro'

Tahniah. Cuti2 beraya pun sempat membaca. :D

benludin berkata...

jowo,
gua hari2 baca buku termasuk buku 555..hehe

Tanpa Nama berkata...

BUKU 555 tu jangan diamalkan selalu.. jangan kumpul banyak2 sampai 4-5 jilid..takut dapat BUKU LIMA..

Tanpa Nama berkata...

tumpang tanya..

ada tak kawan2 yang tau kat mana ada sekolah pondok kat area KL?

akuatik berkata...

Salam untuk org kampung seberang,
Kg belah ayah kat bukit seni.. dah lama tak jenguk sana..tapi kampung sendiri masih di pendang :)

Tanpa Nama berkata...

teka-teki..

RAHMAN = BAPA KEMERDEKAAN
RAZAK = BAPA PEMBANGUNAN
HUSSEIN = BAPA PERPADUAN
MAHATHIR = BAPA PEMODENAN
ABDULLAH = BAPA MERTUA KHAIRY
NAJIB = BAPA APA?

IKRAB family berkata...

bro,betul tu dulu2 nak gi pendang kena kuq ikut gurun.tp kan bila dha jln baru ni tak reti nak cari umah kwn hehehe.agaknye kan klu ikut tol pendang tu masuk kat bukit raya tu terus jumpa alor parit ye?takpe nanti cuba cari lagik :)

benludin berkata...

roti john,
setau aku kat KL tu pondok jaga,pondok polis banyak ler..kalau pondok blajar agama ni kat area sg.buluh ada..

akuatik,
tau sesangat la bukit seni tu..ramai org seni kat sana...haha

jawa,
bapa borek bini rintik kot..

purple,
tak tau sgt..wa tak brp ckp lagi area pendang/gurun ni...