Jumaat, 23 Januari 2009

injit-injit semut

I. Aleeya kalau bab makan, memang susah sikit nak makan. Dia selalunya minum susu je. Umur dah 6 tahun tapi masih minum susu botol. Kalau makan pun makan kunyah chewing gum atau gula-gula. Kalau nak tengok dia ni makan nasi rasanya ada la 12 kali setahun. Maknanya dia makan nasi sebulan sekali. Nak suruh dia makan kuih karipap ke, pisang goreng ke atau apa-apa kuih je la, memang susah. Macam-macam alasan dia bagi. Pedas la. Masin la. Tawar la. Ishhh..memang cerewet anak dara aku sorang ni. (Cuma setakat ni dia belum pernah lagi tanya kuih tu aku beli kat mana. Sebenarnya aku beli kat kedai uncle don. Tapi aku ambil sendiri kuih tu. Jangan sekali-kali suruh uncle don ambilkan!-tapi takde bezanya kalau dia tau pun, dia bukan makan pun).

Kalau aku bawa balik makanan memang dia tak jamah. Kalau yang masak dirumah pun sama.Yang kasi perabih?.... aku la jugak. Yang gemuk?.....Aku la jugak. Aleeya? ermm...susu botol dia je la. Sehari dekat 6 botol susu dia minum. Kenyang minum susu je dia ni.

Pagi baru-baru ni sebelum dia ke sekolah, aku terkejut. Bukan terkejut apa. Tiba-tiba Aleeya suruh aku buat air milo sebab nak cicah dengan biskut. Aku siapkan milo dan biskut. Lepas dia makan aku pun tanya, sedap ke Aleeya?? Dia kata sedap. huh! Baru tau sedap rupanya.

Aku tanya camner tiba-tiba nak minum milo dengan biskut plak? Dia kata cikgu suruh minum pagi dulu sebelum ke sekolah.

Oooh...abah suruh makan tak mau. Macam-macam alasan dia bagi. Bila cikgu suruh, cepat je yer...ilmu apa la cikgu ni guna agaknya.


II.~~bersambung di entri akan datang~~

21 ulasan:

INTAN berkata...

mmg ye..sama je mcm anak aku....aku ajar short cut nk wat math..dia xleh terima..dia kata aku salah...teacher dia x ajar mcm tu..nk guna gak cara panjang..kecit ati aku tau...

Tanpa Nama berkata...

takpe bro..

aku menyusu botol sampai umur 9 tahun..

bila dah besar macam ni,amat luar biasa kecerdikan aku..

Tanpa Nama berkata...

9 tahun menyusu botol..

oh aloh anok omak...hehe..

maaf lah bro jp..

anak2 saya masuk 2 tahun dah mula nak berhenti minum susu botol..

cikgu tu guna ilmu sains la abah aleeya...deme guna dak ilmu sains ni? :D

kena benti susu botol tu, kalau nak aleeye makan..

ceri masam berkata...

dari zaman dulu sampai zaman la ni, bebudak percaya cakap cikgu daripada anak murid!

haih...

macam mana kalau mak dan abah dia cikgu? sama tak jadinya?
hehehe

benludin berkata...

INTAN,
ntah2 masa kecik dulu kita ni sama cam anak kita sekarang.kata mak ayah x nak dgr.nasihat cikgu ikut plak..

jp,
hah?? 9tahun..bawak botol susu ke sekolah ke? kahkahkah

ummzaid,
kome guna ilmu sains surat jeh..hehe
may be nak suruh cikgu nasihat dia kot suh berenti minum botol..tapi takut gak nanti dia malu kat cikgu..sbb kantoi..hehe

one love,
wife aku cikgu...hehe

IKRAB family berkata...

hehehe, the power of teacher's voice.budak2 kecik ni mmg terlalu `taksub' percayakan guru2 depa lagi2 yg pandai amik ati budak2 ni.tp bila dah besar, pljr2 ni ramai plak yg question kata2 guru hehehe.

bagus alya, minum susu jadi sihat dan kuat.mcm vegeterian pulak yer :)

IKRAB family berkata...

hehehe, the power of teacher's voice.budak2 kecik ni mmg terlalu `taksub' percayakan guru2 depa lagi2 yg pandai amik ati budak2 ni.tp bila dah besar, pljr2 ni ramai plak yg question kata2 guru hehehe.

bagus alya, minum susu jadi sihat dan kuat.mcm vegeterian pulak yer :)

benludin berkata...

pc,
the power of love...cikgu cun melecun kot..hehe

betul..yang penting anak aku sihat walaupun kurang(sangat) makan nasi.takut gak nanti 'termakan' banyak jadi obesiti la plak (nak sedapkan hati abah dia) hehe

Tanpa Nama berkata...

ben, ummzaid..

CIS!!!

tang menyusu sampai 9 tahun tu korang komen..

tapi tang kecerdikan luar biasa akibat menyusu sehingga 9 tahun tu,korang tak nak komen..

CIS!! CIS!! CIS!!!

benludin berkata...

jp,
kahkahkahhhh...

err...cerdik kat mana tu??? buleh ngajor cikgu ke...kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

boleh ngajor cikgu tapi tak mau la..nanti dituduh derhaka kepada guru pulak..

cerdik aku ialah boleh menyusu sampai umur 9 tahun tetapi berjaya menyembunyikan perbuatan tersebut dari kawan2 sekolah..tidak ada seorang pun kawan2 sekolah aku yang tahu akan aktiviti aku itu..

Tanpa Nama berkata...

tapi ben..
kawan aku lebih hebat..kalau aku menyusu botol hingga 9 tahun,dia menyusu badan hingga 6 tahun..

kalau aku dikategorikan cerdik maka dia boleh la dikategorikan sebagai GENIUS..

PS-aku stop menyusu badan masa umur 1 bulan..

kemudian sambung semula lepas kahwin..kui..kui..kui..

benludin berkata...

jp,
hahahaha

lepas kwin sambung ka?
jangan berebut dgn anak hang dah la jp..hahaha

INTAN berkata...

org tua2 kata...klu isap puting (susu botoi) lama2..nanti gigi jongang?...betoi ke?..hukhuk

benludin berkata...

INTAN,
betul tu.tapi gigi anak aku tak sempat nak jongang.awal2 lagi dah rongak...hehe

chekgu Bani Hassim berkata...

Hebat kan power cikgu nih..
budak2 lagi ikut cakap cikgu berbanding mak ayah sendiri...

pasni ko leh la risik2 kat cikgu sekolah aleeya suh nasihat kat aleeya suh makan nasik..
musti dier akan makan punye...

cikgu kan superb,lagi2 kalau cikgu tu cikgu feveret dier...

a.b geldofg berkata...

aku tggu smbungan dulu..

Tanpa Nama berkata...

intan..
gigi saya ok je..tak jongang pun..cuma kadang2 ada kuning sikit..

Snakebite berkata...

hal yang sama dengan anak anak aku, akhirnya aku buat kesimpulan, anak anak ni respek cikgu lebih dari mak bapak seniri...sbb tu dia ikut cakap cikgu tapi tidak cakap kita.

benludin berkata...

jp,
tak rongak ke?

snakebite,
bab duit je tak mintak dgn cikgu

Tanpa Nama berkata...

ben..
gigi gua ok..tak rongak..

tapi poket selalu rongak..