Gambar hiasan .Tidak kena mengena dengan topik.Gambar ini diambil oleh anak aku. Aku pun tak perasan masa bila anak aku snap guna h/fon aku.Kenal siapa yang tengah smoke tu??
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupia
(lagu:Duit-Kembara)
"Show me the moneyyyy..!!!"
(filem: Jerry McGuire)
"Hulurkan pitih dulu baru aku pangkoh mu.!"
(politik:Politik wang di K.Terengganu? hehe..jgn marehh)
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupia
(lagu:Duit-Kembara)
"Show me the moneyyyy..!!!"
(filem: Jerry McGuire)
"Hulurkan pitih dulu baru aku pangkoh mu.!"
(politik:Politik wang di K.Terengganu? hehe..jgn marehh)
Zaman ini zaman duit. Semua perkara yang nak dibuat kena pakai duit. Silap-silap masa tidur pun ada yang tidur macam ultraman. Tangan bersilang kat kepala. Fikir duit punya pasal. Bangun dari tidur pun dah dimulai dengan duit. Ye la, nak mandi kan guna air.Tak tau la kalau ada kawan-kawan yang mandi sungai. Tak payah la bayar bil bulan-bulan ke JBA. Sambil mandi sungai boleh juga tangkap ikan. Kalau tak dapat ikan, lepas mandi tu pandai-pandai la start enjin kereta dan pi pasar ikan. [ Selingan:kalau anda datang ke pekan koboi aku ni, jangan keliru dengan sebuah pasar yang digelar Pasar Bunga Cengkih. Tiada bunga cengkih dijual disitu].
Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal cara nak cari duit yang mudah atau MLM yang bermodalkan RM1-50. Semua dah al-maklum bab-bab cari duit ni. Pandai-pandai la cari duit sendiri kan. Nak makan kalu... usaha la sendiri. Kalu tak malu kalu... pau la duit mak ayah ( itupun dikira usaha gak kan).
Hari ni aku nak bercerita pasal satu program di TV9 yang aku tonton pagi tadi. Tajuk program itu ialah "Tanyalah Ustaz" yang dihoskan oleh Dato` Hassan Din [maaf, aku tak sure sangat.Tapi dia memang adik/abang Dato` Haron Din]. Kisah pagi tadi berkisar pasal solat. Penonton boleh menelefon dan bertanya kepada host mengenai kemusykilan solat. Aku nak cerita pasal seorang caller perempuan yang membuat panggilan dari Selangor. Soalan dia agak pelik sikit (banyak!?) :
"Ustaz..saya nak tanya sikit bab solat ni. Saya ada mendengar satu ceramah agama. Penceramah tu mengatakan kalau kita tertinggal solat secara sengaja kita tak perlu qadar solat tu. Cukup sekadar membayar sebanyak RM1-50. Betul ke ustaz.Saya keliru ni?"
waduhhh...waduhhh...betul ke apa yang aku dengar tadi? Tinggal solat pun kena bayar dengan duit. Senangnya penalti untuk orang yang tinggal solat. Janji ada duit. Tu pun tak banyak, cuma RM1-50 je. Nak bayar kat sapa duit tu??? Murahnya nilai solat! Na'uzubillah..
Aku puji host kerana menjawab dengan professional. Tidak terus menuduh caller atau penceramah tersebut sesat! Jawapannya,cool je:
"Maaf ye puan. Setakat ini saya tidak lagi berjumpa buku-buku fiqh yang mengatakan kalau kita tertinggal solat kena bayar RM1-50. Menurut mazhab kita, kepada sesiapa yang meninggalkan solat secara sengaja atau tidak sengaja wajib la kita menqadar solat tersebut..."
Nota:
1. Pesanan untuk aku, belajar la agama dengan guru yang bertauliah. Kalau nak baca buku agama pun, tengok-tengok la latarbelakang penulis buku tersebut. Jangan main belasah je....errr...satu lagi..jangan tinggal solat.. :)
2. Berkenaan dengan gambar hiasan diatas aku harap anak kepada smoker tu tidak menuntut royalti atau menyaman aku.
3. Update: setuju dengan kata trad kat ruang sembang "emang jaman duit, tapi harus punya iman " ..kamu dari seberang ya buk?
16 ulasan:
lahhh.....mmmm...RM1.50?.....mmmm
huhu..ade pelawat dari seberang ye...ini sudah bagus, ini sudah kire internasinal...huhu..
adela tu yg gtau caller tu pasal kene byr singget stgh tu, maybe same dgn nilai satu cupak beras kut..entah!
Betul lah tu..
Ustaz Hassan Din ..
anak dia ada setempat belajo dgn kome dulu..
rm1.50?
raban dah...
yer ustaz hasan din al-hafiz adik kpd ustaz harun din.mak aku mmg minat betul dgr ceramah dia kat tv le dr dulu2 lagi.moral of the story masih ramai lagi yg tidak betul2 paham basic teaching of Islam as a way of life(termasuklah aku bnyk lagi kena bljr).apepun bagus sbb org tu masih nak bertanya tanpa rasa segan.bnyk kes berlaku bila dah mula ada kesedaran nak belajar ilmu agama maka dgn mudah ikut je kwn2 koin mana2 kumpulan yg malangnya terjebak dgn ajaran tidak betul.nauzubillahi min zalik.
kita pau org yg smoked dlm gambar hiasan lu tu..menantu dia datuk sivaji Boss, anak dia duit belambak...
"DUit buat beli syurga...ha..ha..ha(syurga Dunia).
BuDu ada lah syurga dunia yg selalu bikin rosak anak manusia..apa itu BuDu..ha..ha.luuu org pikir la sndiri..
"money is not everything.. but everything needs money" .. kannns
tinggal solat RM1.50?
kalau tinggal puasa berapa RM?
nauzubillah..
zaman sekarang ni pergi maner-maner pun duit, duit, duit
intan,
sama harga dgn utusan/berita
hehe
CBH,
pelawat tersesat..takper..all r welcome here..
aku pun tak tau...hehe
ummzaid,
kome ingat harun din je...
PC,
tul..malu bertanya sesat jalan.bila dah tau tu kena la tobat je kan..:)
ubi,
BuDu..kalau plural jadi la BuDus..hehe
en_me,
mcm lagu dire straits lak..money for nothing..
jp,
tinggal posa rm1.25 kot..ada less
crazy beauty,
betul..bkn senang nak jadi senang
err..ubi...
duit gambo hiasan (terutama anak dia)7 keturunan pun blom tentu abih!
menantu dia kalau takde misai ada mcm mal gibson si hero dewa air? haha
hmmm
setiap hari jumaat, mak saya pasang soal jawab agama di radio pukul 8pagi...
byk sangat soalan... dan banyak yang memang BANYAK tak tau dari tau..
kdg2, malu sebab kenapa ada yang begitu, termasuk saya?
one love,
janji kita tau yg kita ni pemalu..hehe
malu itu pakaian iman..
kalau tak tau malu,kena denda RM2.50.. kalau bayar masa ada promosi,mungkin boleh less 25%..
jp,
mcm sales thn baru cina je bunyi nye...
ben..
raya cina tahun ni temanya tahun lembu..
so promosi dan sales tu amat sesuai untuk org yang tak tau malu macam lembu..
haha...sian kat lembu2 ye
Catat Ulasan