Rabu, 29 Julai 2009

aku yang kurang arif...

gambar dari utusan online

1Malaysia tahu kalau sesiapa yang ingin menggunakan telefon bimbit, simkad nya perlu didaftarkan dahulu.

Kalau dah daftar bermakna syarikat telekomunikasi memiliki data peribadi kita.

Pihak berwajib termasuk polis juga ada hak untuk mengakses data kita melalui syarikat telekomunikasi.

Yang peliknya kenapa kes ahlong yang terang-terangan mempamerkan nombor telefon bimbit mereka amat sukar untuk dikesan?

Yang peliknya kenapa polis sibuk mengoyakkan poster iklan ahlong tetapi tidak memblokkan sahaja nombor yang tertera pada poster tersebut? Sekurang-kurangnya bakal pelanggan ahlong tidak boleh menghubungi mereka.

Mungkin syarikat telekomunikasi tak KASI polis mengakses nombor telefon suspek?

Maaflah...aku tak berapa cerdik bab ni. Mungkin ada sesiapa diantara kamu yang cerdik boleh menyelesaikan masalah aku...

Nota:

Tak silap aku encik polis dalam gambar diatas adalah bekas ketua balai polis lipis.Tahniah atas kerajinan beliau.

12 ulasan:

jawa peranakan berkata...

100% setuju bang..
1 Malaya Kena Tipu..

Eyna's berkata...

betul apa pandangan benludin ni...
amat bernas...
x pnah sy terpikir slama ni...

aku berkata...

iye tok ye juge ah..
ade yang mashuuuk ke?

benludin berkata...

gang:
-mungkin ada sebab-musabab yg kita tidak tahu
-cuba kamu sms fitnah kat penyanyi/pemimpin politik numero uno malaya...aku rasa dlm masa 24jam je kamu kena tangkap..hehe

INTAN berkata...

dwang koyak2kan poster sbb menyemakkan mata...baru bersih skit persekitaran...


aku teka jelah

Tanpa Nama berkata...

pandangan yang sungguh kritis,mantap,jitu,padu dan menyengat....120 markah ;)

intan, aok dah letak remote gate kat blog aok yer ;)

natural observer berkata...

kes ini
adalah kira
salah satu musim juga
sama taraf dgn musim durian juga

Razak Bin Ramli berkata...

Untuk tunjuk pada orang ramai...mereka buat kerja.
visual polis atau bandaraya koyak
poster along .Selepas itu memang kita tak tahu apa yang mereka buat.Rahsia.
Mungkin along yang ada nombor telefon tu dah teruk kena balun.Mudah aje menyamar nak pinjam duit dan polis pun pasang perangkap.Tapi perkara itu tak perlu heboh le...

azz berkata...

nampak macam ketua polis tu dok call mr ah long kut....

benludin berkata...

tk pun call wife dia..."yang..i tak balik lunch ni. I makan dengan ahlong je"

ummzaid berkata...

ada le persen dorg dpt, tuh la psl ...

Unknown berkata...

Salam,

Pelbagai andaian yang dibuat oleh orang malaysia.. apalah salahnya pihak berwajib mencedok sedikit idea dari anak malaysia tuu. Bunyi macam membangkang, tapi kalo pihak berwajib ambil idea tersebut, sekurang-kurangnya adalah usaha utk memperbaiki keadaan semasa.Canang satu malaysia, takut sikit Ahlong nak buat kija tuu.. barulah dinamakan BEKERJA UTK RAKYAT..

Banyak benda yang ntah aper2 berlaku kat Malaysia ni. Kesian pada yang teraniaya.

Jazakalahu khairan..