"Semua wang ringgit yang dibelanjakan boleh menjadi fisabilillah kecuali duit yang dibelanjakan untuk membina rumah." (H.R at-tarmizi)
Rumah yang dimaksudkan disini ialah rumah mewah yang mendatangkan rasa kagum orang yang melihatnya sehingga menyebabkan pemiliknya berasa bangga(riak) dengan apa yang dimilikinya.
Tidak salah mencari harta atau kekayaan tetapi pastikan ianya boleh memberikan manfaat untuk dunia dan akhirat. Apa sahaja yang kita ada,seandainya ia boleh memberikan manfaat kepada orang disekeliling kita, ia adalah fisabilillah, suatu medium yang mendekatkan kita dengan Allah s.w.t. Kenderaan yang kita miliki misalnya, jika digunakan untuk membawa kita dan orang lain ke tempat-tempat yang baik, ia juga adalah fisabilillah. Tetapi jika kenderaan itu digunakan untuk membawa kita ke tempat-tempat maksiat, ia akan dan boleh menjauhkan kita daripada Allah.
-dipetik dari buku seorang pakcik yang mempelawa si-bibir mungil berdebat tempohari.
15 ulasan:
kenapa dia terjemah jadi wang ringgit tidak wang dirham atau wang dinar?
tok,
kalau di UK, ia akan diterjemahkan kpd pounds sterling?
salam abang ludin itteww..
wang ringgit, kasut boot, baju coat, cuba try.
memang tak boleh lari dari jadi melayu, hatta dalam berugama pun.
ugama= sanskrit. (ad-deen)
syurga= sanskrit (jannah)
neraka=sanskrit (an-nar)
sembahyang/sembah sang yang tunggal=jawa (solat)
t nana sewa rumah kecik2 aje,pastu keje bawak van n bwk budak2 g skolah..fisabilillah.. :D
aku kenal si pakcik dan si bibir munggil itu..
kalau bina masjid pula bagaimana?
cth. masjid crystal?
ku nak baut rumah kecil..
bak kata sudin, rumahnya 7 kaki panjang, 7 kaki dalam, 3 kaki lebar..
hehe~
ok juga depa tu dibanding dgn kita
kita dahlah atas dunia rumah bocor sana sini
akhirat nanti entah dpt rumah dari apa ke dari bayu
hehehe, tok senek...klu mcm tu kena terjemah jugak as bhat or rupiah.
bro Ben, bukan wang sahaja tp bantuan bentuk tenaga dan nasihat juga jadi amal jariah yg kdg2 susah dah nak dpt skrg ni.
en_me,
salam kembali...
tok senek,
aku paham maksud deme tu..dlm BI nya dipanggil 'redundancy'...mende yg berulang2...masalahnya aku tak dpt jawab soalan deme...ilmu keh kurang banyak lagi weh..haha
D,
kalau rumah kecil tapi riak tu ada, pun tak elok juga wehh
jp,
semoga pakcik itu sihat walafiat
anon,
kurang arif...kena tanya MB Trg kot..:)
zara,
awal nak buat...nak join mikael ke
ab,
betul...buat la rumah besar mana pun,janji jgn ada perasaan riak..
purple,
betul.betul..apa yg kita sampaikan ni pun boleh jadi amal ...insyaallah..
bro, slmt kembali menunaikan umrah, lmbt sket aku wish. Seronoknya dpt gi sana. Alhmdlh.
purple,
t/kasih..biar lambat asal selamat..hehe
rumah besar yang tidak ada unsur2 haram tak pe,tapi se eloknya bagi orang mukmin biar lah besederhana.Sejuk hati tengok rumah TGNA ;)
Ubi, aku suka nengok umah arwah tok aku guna kayu, buatan sederhana tp ada keunikannya asalkan sejuk mata memandang dan tinggal dl rumah itu agar menjadi rumahku `syurga duniaku'. :)
Catat Ulasan