Khamis, 10 September 2009

20ramadhan

SPECIAL OFFER !!
ganjaran ini datang setahun sekali....
tawaran ini tidak boleh diperolehi di gedung-gedung membeli belah atau pasar ramadhan...
hanya satu malam yang terpilih di akhir ramadhan ini...
malam ini adalah yang terbaik dari seribu bulan untuk beribadat...
diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah...
rebutlah peluang keemasan ini!!
terimakasih Ya Allah... Allahuakbar!

سُوۡرَةُ القَدر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤) سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ (٥)

Al-Qadr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)

*elok juga kita baca artikel yang ditulis oleh ustaz zaharudin bertajuk 'beberapa info berguna berkenaan malam al-qadar' di sini...

9 ulasan:

INTAN berkata...

dh 20 ramadhan dh kan....sedar x sedar

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

semoga dapat betemu malam yang berkah ini~

Snakebite berkata...

ben,

ada pernah nampak pokok kelapa sujud?

benludin berkata...

intan,
tu la..cepat benar masa berlalu...

zara,
semoga mendapat ganjaran istimewa dari Allah swt

snake,
belum penah weh....ada gambo fwd kat keh

ubilepih berkata...

Jgn di tunggu mlm ini semata-mata.

benludin berkata...

ubi,
setuju bangat tu...jgn ditunggu..tapi kita kena kejar/rebut peluang yg ada....grrraaabbb..

aku berkata...

camane ye gamoknye malam lailatulqadr..
moga bejumpa le hendoknye..

benludin berkata...

"Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya."
dari zaharuddin.net

binjidan berkata...

keh hari2 dpt lailatulqadar..best gila :D