*sebelum aku mulakan cerita aku untuk entri kali ini, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan. terimakasih atas kunjungan dan sokongan kamu semua. aku juga ingin memohon maaf kalau ada kata-kata atau tulisan yang menyinggung perasaan kamu semua samada secara sengaja atau tidak sengaja. maaf zahir dan batin.*
ok...teruskan dengan cerita hari ini. aku nak cerita sikit lah pasal idola aku. kalau nak tau idola hero tamil aku bernama vadivellu. dekat nak sama dengan idola hero tamil aku di malaya iaitu samy vellu. vadivellu ni adalah pak lawak dalam filem tamil. kalau dia muncul je pasti aku gelak. gaya wajah dia ni memang nampak ganas tapi kelam kabut. kalau pilem orang putih tu macam ben stiller la. muka sombong macam bagus, tapi lawak. contoh pelakon melayu? errmm..belum ada dalam list aku lagi. maaf..
begitu juga dengan samy vellu. muka ala-ala brutal ayu. tapi bila dia bercakap dengan pemberita pasti ada sahaja ayat-ayat yang menggelikan hati aku. aku tak berapa ingat sangat apa jasa samy vellu ni semasa memegang jawatan dalam kabinet. tetapi apa yang diucapkan aku pasti ingat hingga ke hari ni. ada banyak quotation dulu-dulu yang menjadi bahan lawak rakan-rakan aku. silap-silap 1malaya pun tau atau pernah dengar quotation lawaknya. cuma kesahihannya tidaklah diketahui. samada ia benar-benar perkataan yang keluar dari mulut samy vellu atau rekaan semata-mata.
aku rasa entri ni agak panjang sebab nak menceritakan perihal quotation samy vellu ni. paham-paham je la pilem tamil tiga jam kamu boleh layan. takkan entri aku yang ini kamu tak boleh layan. haha!
takper. aku pendekkan cerita. antara quotation terbaru yang aku jumpa ialah ketika persidangan mic baru-baru nih. semuanya aku jumpa ketika membaca akhbar. kalau aku kata aku dengar masa persidangan mic nampak sangatlah aku ni kelentong. aku mana paham cakap tamil!
sebelum tu. ini kata najib semasa ucapan perasmian persidangan mic yang disiarkan secara langsung di astro awani:
"..dengan rasa sukacitanya saya merasmikan persidangan mic kali ke-... ini...assalamualaikummmmmm.." dengan bangganya najib bagi salam kat orang-orang mic.
ok.tinggalkan najib. aku nak senaraikan quotation/petikan akhbar yang kena mengena dengan samy vellu. kena baca dengan lenggok bahasa tami. nak lagi berkesan makan sirih ketika bercakap. pasti menjadi lenggok dia:
i. seorang perwakilan marah kat samy vellu kerana telah menghantar kad hari lahir kepada seorang pemimpin cawangan yang telahpun meninggal dunia empat tahun lalu.
ii. " ketika masa saya (ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi bn. mereka bukan menyampah dengan saya. mereka menyampah dengan bn" katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen sungai siput dalam pilihanraya tahun lalu.
iii. samy vellu kecewa kerana ada ahlinya menyarankan supaya mic mengalungkan selipar pada potret tun mahathir.
iv. "saya tidak mahu samseng menerajui mic. itu pasal lah saya masih mahu memegang jawatan tertinggi dalam ini parti." alasan samy vellu ketika tidak maha melepaskan jawatan tertinggi dalam mic.
haha...macam-macam samy vellu dan mic. kat bawah ini pula ialah quotation dulu-dulu yang aku tidak berapa pasti kesahihannya:
b. ketika ditemuramah oleh stesen tivi atas kesilapannya, dia berkata "kemaluan saya besar.."
c. samy vellu berkata dalam satu ceramah “kita akan bina satujambatan untuk orang-orang kampong disini”, kemudian seorang pakcik bertanya, “datuk, sini takde sungai, buat apa bina
jambatan?” dan kemudian dengan bangganya samy vellu balas,"kalau takdesungai, kita bina sungai!”
d. semasa krisis bekalan air “semua orangdiminta jangan membuang aiyerr..!”
e. ketika ucapan permulaan di satu upacara rasmi kerajaan “…selamat datang saudara-mara semua..” (sepatut nya saudara-saudari)
f. ketika opening ceremony “mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas utk membuka kain”...
g. ketika kes al-arqam hangat di malaya "saya gembira bahawa didapati tiada pemuda mic terlibat dalam kes arqam.." kata samy vellu sambil membelakan ramosnya...
h. "saya berasa bangga dapat melihat pusat-pusat jururawat yang cantik-cantik." ketika merasmikan pusat latihan jururawat...
i. "saya tidak setuju dan menentang sekeras2nya tuduhan pas yang memanggil kami kapir ..."
அருள் மழை பொழி...வாய்... ரஹ்மானே!!
subtitle: hey... hey.. heyy.. misterrrr...berhati-hati dijalanraya!!
vanakammmm!!
*seperti hari raya yang lepas-lepas, pilem tamil akan ditayangkan di kaca tivi rumah anda. sebelum pilem tamil ini ditayangkan ditivi elok kamu saksikan trailernya di paradise theater.
*ini bukan promosi "pilem tamil dipersada dunia". harap maklum
*entri panjang untuk cover cuti raya...haha
9 ulasan:
waakwahakjwgjak
aku terhibur sungguh N3 kali ni....hampir t'kuwar anak tekak aku sbb gelak keterlaluan....
Selamat ari raya bro...balik mana taun ni?..kedah kah?
suker subtitle tewww.. salam aidilfitri maaf zahir bathin abang benludin ittewww
ada lg bro quotation dia yg tertinggal..
"ramai muda-mudi isap dada, sgt bahaya!"
slmt hari raya, bro :)
nih aku dengar sendiri kat tv.
ketika kejadian tanah runtuh di genting, samy vellu sebagai menteri kerja raya kena beri penjelasan.
"hasil dari kajian yang dijalankan adalah di dapati bahwa air telah jatuh dari atas ke bawah"
tak tahu pulak saya air boleh jatuh ke tepi atau ke atas.
ahahahaha entri yang panjang!
selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin segala tutur kata dan tingkah laku kawe,bro.
hahaha. ada lagi.
marila menderma dara.
kekeke
salam raya bro.
hahaha
lu memang penamil sejati ben..
selamat hari raya.maaf zahir batin
ceh, orang kalut nak raya, lu kalut menamil, ceh!
Samy Vellu once said,
Malaysia tanah tumpa dara ku
Catat Ulasan