dalam entri sebelum ini ( yang bertajuk
forest gump) aku ada menggunakan perkataan
jongos kat salah seorang pembantu aku di tempat kerja. perkataan ini aku gunakan kerana sudah terbiasa menggunakannya semenjak dulu-dulu lagi tanpa menyelidik apakah maknanya yang sebenar.
oleh kerana perkataan ini telah diguna pakai di dalam penulisan aku maka beberapa hari yang lalu kajian (perghh!) telah aku lakukan. ini bagi memastikan supaya perkataan ini tidak ada unsur penghinaan atau pencarutan terhadap rakan-rakan pembaca blog ini. maklum lah, sebelum ini perkataan ini hanya sesuai dijadikan sebagai gurauan sesama rakan di luar alam maya (yang sudah maklum ianya adalah gurauan semata-mata). apabila perkataan ini digunakan dalam blog aku takut ia akan bermaksud lain dari apa yang aku ingin sampaikan. tak semua orang boleh menerima cara kita bergurau.
kalau kita suka mencarut sesama rakan kita ketika bercakap atau bergurau atau menulis didalam blog sendiri seperti menggunakan perkataan celaka, but*h, fu*k, bab* dan sebagainya, ia tidak bermakna orang-orang lain juga boleh menerima cara kita. dan jangan anggap orang yang tidak boleh menerima cara kita itu tidak
in-trend atau
indie. sekadar contoh.
sebenarnya perkataan
jongos ini telah digunakan oleh buya hamka didalam novelnya yang bertajuk 'di bawah lindungan kaabah'. ia membawa makna seorang tukang kebun. ayatnya: rumah itu sudah lama tinggal kosong, kerana yang empunya seorang belanda, telah pulang ke eropah; yang menjaga selama ini adalah seorang jongos tua.
jongos juga wujud didalam bahasa inggeris. kalau merujuk kepada
urbandictionary, ia mempunyai dua makna yang berbeza bergantung kepada penggunaan ayat:
i-
breasts, particularly those of considerable masscontoh ayat:
wow, check out the jongos on rosmoh!ii-
the opposite of anything goodcontoh ayat :
najib is such a jongos character that i spurt blood everytime i see him on tv.
aku tak dapat nak semak
jongos di dalam kamus dewan sebab kat rumah aku takde kamus. nak rujuk kamus dewan ni dalam internet lagi la takde. kedekut (malas) punya dbp!!
dengan kajian aku di atas, aku berasa lega kerana
jongos bukanlah bermakna penghinaan atau pencarutan!
oh ya. ada satu perkataan yang selalu juga kita gunakan tetapi maksud sebenarnya kurang jelas. perkataan tersebut ialah
samdol. aku juga tak pasti samada
samdol ada di dalam kamus dewan atau tidak. kalau kamu rajin cuba lah semak. entah-entah ia bermakna
brilliant,
genius, superb atau
marvellous!
mungkin contoh ayat yang sesuai adalah:
-tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah satu tindakan yang
samdol dan patut dipuji oleh rakyat marhaen.