Isnin, 24 Januari 2011

don songkok berfesbuk

tadi terjumpa don songkok di kedai cendol haji. beliau nampak seronok sangat seperti orang yang menghidap darah tinggi tetapi bacaan tekanan darah tingginya 100/80. kira tahap sihat walafiat!

"weh ben!! kau ada fesbuk?"

"takde la don. aku mana reti sangat bab internet ni"

"ah..rugi la. aku baru daftar minggu lepas. seronok la. macam-macam boleh dapat kat fesbuk!"

"ye ke? apa yang kau dapat?"

"pagi tadi lepas subuh aku buka fesbuk aku. ada kawan aku hantar gambar ular tedung berkepala tujuh!!"

"pergh!! boleh percaya ke?"

"betul laah! takkan kawan aku tipu pulak. ular tu warna hitam pekat. nampak macam tengah melengkar depan sebuah gua yang gelap. gua tu pulak dikelilingi oleh hutan-hutan yang nipis..."

ah don ni. melucah pulak kat depan kedai haji ni!!

Jumaat, 7 Januari 2011

penyakit


lama aku cuti menulis. mungkin sedikit takde mood selepas dengan rasminya aku menjadi ahli kelab penghidap darah tinggi. free membership pula tu!

sebelum ini aku cuma ada penyakit gout yang dihidapi semenjak tahun 2003 dahulu. serentak dengan tarikh pilihanraya umum.

tujuh tahun kemudian, iaitu pada oktober tahun lepas aku kena darah tinggi pula. mula-mula doc bagi aku amlo 5mg. dalam masa seminggu tambah pulak ke amlo 10mg. aduhai...

dalam tempoh pemakanan ubat darah tinggi dan gout, perut aku pulak meragam. kata doc aku kena gastrik. mungkin atas sebab diet beria-ria sangat. aduhai... kena tambah ubat lagi.

tahun baru ini aku sambut dengan penyakit terbaru pula. masih dalam kategori darah tinggi, cuma ubatnya bertambah lagi. ini adalah kerana kedegilan aku juga. dah la lama tak kerja berat, tiba-tiba je hari kedua dan ketiga tahun baru aku angkat barang berat. jawapannya aku sakit dada dan dimasukkan ke wad. atas sebab itu doc bagi ubat metoprolol 100mg. aduhai..bertambah stok ubat aku.

apa yang tersirat, sakit ini sebenarnya memberikan aku istirehat dan ia juga merupakan teguran dari allah kerana kealpaan aku sendiri dalam menjaga kesihatan.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim

doakan kesihatan aku bertambah baik...

* malas update blog juga merupakan satu penyakit!