Isnin, 24 Januari 2011

don songkok berfesbuk

tadi terjumpa don songkok di kedai cendol haji. beliau nampak seronok sangat seperti orang yang menghidap darah tinggi tetapi bacaan tekanan darah tingginya 100/80. kira tahap sihat walafiat!

"weh ben!! kau ada fesbuk?"

"takde la don. aku mana reti sangat bab internet ni"

"ah..rugi la. aku baru daftar minggu lepas. seronok la. macam-macam boleh dapat kat fesbuk!"

"ye ke? apa yang kau dapat?"

"pagi tadi lepas subuh aku buka fesbuk aku. ada kawan aku hantar gambar ular tedung berkepala tujuh!!"

"pergh!! boleh percaya ke?"

"betul laah! takkan kawan aku tipu pulak. ular tu warna hitam pekat. nampak macam tengah melengkar depan sebuah gua yang gelap. gua tu pulak dikelilingi oleh hutan-hutan yang nipis..."

ah don ni. melucah pulak kat depan kedai haji ni!!

6 ulasan:

mae berkata...

don ni peminat kajol melayu tu ke..?

benludin azhar berkata...

perghh...tepat sekali mae!!

Tanpa Nama berkata...

perggghhhh...

don songkok kembali semula..dh lame gua merindukan don songkok..huwahuwahuwa..

-gua-

benludin azhar berkata...

dekat pilihanraya kecil ni don songkok tunjuk muka...:)

Hashim Zabidi berkata...

don songkok ni nak kena. adake dia cakap gitu depan kedai haji. kalau ubi tau, nanya kita. nak cakap ape...?

benludin azhar berkata...

pak hashim,
haji pun ada masanya melucah lebih teruk dari don songkok...haha!