Jumaat, 7 Januari 2011

penyakit


lama aku cuti menulis. mungkin sedikit takde mood selepas dengan rasminya aku menjadi ahli kelab penghidap darah tinggi. free membership pula tu!

sebelum ini aku cuma ada penyakit gout yang dihidapi semenjak tahun 2003 dahulu. serentak dengan tarikh pilihanraya umum.

tujuh tahun kemudian, iaitu pada oktober tahun lepas aku kena darah tinggi pula. mula-mula doc bagi aku amlo 5mg. dalam masa seminggu tambah pulak ke amlo 10mg. aduhai...

dalam tempoh pemakanan ubat darah tinggi dan gout, perut aku pulak meragam. kata doc aku kena gastrik. mungkin atas sebab diet beria-ria sangat. aduhai... kena tambah ubat lagi.

tahun baru ini aku sambut dengan penyakit terbaru pula. masih dalam kategori darah tinggi, cuma ubatnya bertambah lagi. ini adalah kerana kedegilan aku juga. dah la lama tak kerja berat, tiba-tiba je hari kedua dan ketiga tahun baru aku angkat barang berat. jawapannya aku sakit dada dan dimasukkan ke wad. atas sebab itu doc bagi ubat metoprolol 100mg. aduhai..bertambah stok ubat aku.

apa yang tersirat, sakit ini sebenarnya memberikan aku istirehat dan ia juga merupakan teguran dari allah kerana kealpaan aku sendiri dalam menjaga kesihatan.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim

doakan kesihatan aku bertambah baik...

* malas update blog juga merupakan satu penyakit!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

welcome to the club..kawan dah start perindopril 4 bulan lepas, sebiji sehari. takde pegi follow up lagi, rasanya tak berapa control elok jgak BP kawan ni.

sabarlah. kawan ni umur 24 tahun ni. tak tau lagi berapa puluh tahun lagi kena hidup dgn penyakit nih

benludin azhar berkata...

wah....muda lagi bro..keh dah 44..cuma misi tu tertulih keh ni 64..nampok tua agaknya..haha

ada FB? boleh tukar2 cerita

mae berkata...

ni dah ok la ni..dah boleh update blog....

islahmujahidin berkata...

Salam Ziarah...

insyaAllah saya sertakan link ni..
http://www.ehealthme.com/compare_drug_interactions_side_effects/metoprolol-tartrate-3037132
semoga bermanfaat ...

*dua2 ubat sebenarnya bagus , mungkin disebabkan ubat amlodipine yg dibekalkan kurang berkesan dan perlu menaikkan dos utk mendapatkan kesan bg menurunkan tekanan darah ...Jadi dr perlu beralih kepada ubat yg baru , kerana dengan menaikkan dosage , akan menaikkan lagi "probability for unwanted side effect "

Sabar dan InsyaALLAH ada ganjaran disebalik kesabaran ..
Bukankah dunia ini sentiasa dengan ujian ...

InsyaALLAH
ini sahaja yg mampu menolong
syukran kerana bertanya melalui blog saya ...

ahukum fi islam
-islahmujahidin-

www.islahmujahidin.blogspot.com
Alexandria , Egypt

Hashim Zabidi berkata...

Aduh! rupanya penyakit bukan untuk orang tua saja. Ia tak memilih siapa. Maka akan bertambahlah orang-orang yang bercakap tentang penyakit dan bagaimana sakit itu diterasakan.

Janganlah terasa amat kerana tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya.Tuhan sudah janji dalam kitab.

Kalau penyakit itu ditentukan untuk kita, terimalah dengan ikhtiar. Ikhtiar itu wajib.

Tuhan tidak mengubah nasib seseorang melainkan diri itu sendiri yang mengubah.

Aku seorang tua yang sakit. Mungkin penyakit aku itu bakal penyebab aku akan berhenti jadi orang.

benludin berkata...

t/kasih semua...

insyaallah rabu ni 12/1/11 ada stress test...

ummzaid berkata...

sabar sheikh...
jgn culas mkn ubat..

Tanpa Nama berkata...

Bro
Saya dah join kelab ni selama lebih 20 tahun.mula mendapat penyakit ini pada umur 26 tahun.sekarang umur da 47 tahun.skrg amik amlo/novas 10mg campur atenolol 50mg dan campur chlorothiazide 25mg.tapi chlorothiazide tu amik kadang2 jer.gout pon dah dtg..gastrik dah lama dah..

Bro berdua beli lah mesin tekanan darah tinggi digital tu.pantau lah,sbb kdg2 kita tak sedar darah dah naik tinggi.kita aktif dan tak rehat..nnti naik inggi sgt,bahaya.

-kiong-

Tanpa Nama berkata...

Bro
Saya dah join kelab ni selama lebih 20 tahun.mula mendapat penyakit ini pada umur 26 tahun.sekarang umur da 47 tahun.skrg amik amlo/novas 10mg campur atenolol 50mg dan campur chlorothiazide 25mg.tapi chlorothiazide tu amik kadang2 jer.gout pon dah dtg..gastrik dah lama dah..

Bro berdua beli lah mesin tekanan darah tinggi digital tu.pantau lah,sbb kdg2 kita tak sedar darah dah naik tinggi.kita aktif dan tak rehat..nnti naik inggi sgt,bahaya.

-kiong-

azz berkata...

Salam buat sahabat baik ku.
Harap banyaklah bersabar menghadapi dugaan.
Semoga ini memberi keinsafan yg mendalam pada kita yg kadang2 terlupa atau terlalai dalam mengingati Allah...Amin

jawa peranakan berkata...

Tuhan mau angkat darjat ke tempat yang lebih tinggi.. maka diangkatnya darah ke peringkat yang lebih tinggi.. dan dapatlah darah tinggi..

selamat datang ke kelab..

PS-jangan stress dengan stress test..