Jumaat, 12 Disember 2008

Heroin Aku Mengigau

ini bukan aleeya,tapi my hero..!

Anak perempuan aku,Aleeya, memang kerap sangat mengigau. Mungkin sebab dia suka sangat tengok citer hantu, tapi penakut bebeno (mcm abah dia juga..hehe)

Ada masa tengah-tengah sedap tidur,dia terus bangun..pas tu menangis.

Ada masa dia 'dreamwalk'.Cuma tak serius sangat.Walk-walk manja gitu.Nasib baik tak ngigau moonwalk mcm Michael(Mikael) Jackson tu.

Petang semlm kami "menonton dengan tangan" sebuah movie seram dari Thailand bertajuk House. Akibatnya, malam tadi dia ngigau lagi.Dia duduk..pas tu sebut nombor "tiga...dua.."

Alhamdulillah aku ni bukan kaki nombor ekor.Kalau aku ni kaki nombor, memang aku tanya Aleeya lagi:

" Aleeya...lagi dua nombor je.." sambil tu dah siap pen dan kertas sebab nak salin nombor...hehe

Nota:
1."menonton dengan tangan" - menonton sambil menutup muka dengan tangan bila ada adegan seram.
2. aku suka tgk pilem Tamil.Nasib baik tak ngigau cakap Tamil. Mimpi kat heroin Tamil tu ada ler...hehe Heroin Tamil aku,Simran. Satu lagu dia nyanyi, 10 gunung dia daki!

15 ulasan:

INTAN berkata...

citer tamil mmg best.....seriusss best..!! jauh berganda2 lebih best dr cerita Gerak Khas

jawa peranakan berkata...

wooo...

gua pun layan cerita tamil.. gua kangan bangat sama simran..

lagi satu gua minat VADIVEL... pelakon komedi tamil yang 100 kali lebih lucu dari budak2 RAJA LAWAK..

benludin berkata...

INTAn,JP:
we are not alone..hehe..hero gua yg ke-2 selepas Rajnikhanth ialah Vikram...dusyummmm..hehe

Vadivel? tak ingat yg mana satu. Tapi aku mmg minat pelawak yg berbadan tinggi tu. Dia mmg takde misai.Selalu dia lukis sendiri misai dia..tak guna misai palsu..haha

WanBeruas berkata...

..wa dulu masa kecik kecik suka sangat tengok cita Tamil..sebabya wa boleh gelak tanpa di paksa..dengar dia punya cakap,aksi apatah lagi adegan dusyum dusyum!!seronok sangat..gelak kuat kuat..tapi selalu kena marah dengan family..macam le ko paham bahasa diaorang kata mereka..tapi wa paling minat sama Sivaji,MGR...

ubilepih berkata...

ya,uncle balik nanti uncle nak dengar ya ckp tamil

Purple Crayon berkata...

hehehe, intan siap bandingkan citer tamil dgn gerak khas....kecik ati ucup aslam hehe.
tapi betul pun, citer tamil dr India sana bnyk pengajarannya hal2 kemasyarakatan nih.

Water Lily berkata...

Woo..saya juga suka filem Tamil. Juga suka filem seram. :)

intanrh berkata...

Koi plok suka citer tamil yg seram...bulat bijik mata...hehe :D

ummzaid berkata...

Koi dulu minat dgn Kamal Hassan dgn Sr Devi..

jawa peranakan berkata...

ben..
aku rasa mamat badan tinggi tanpa misai tu la VADIVEL..

biasanya watak beliau sikit2 je.. walaupun beliau keluar sekejap2 tapi bisa memecahkan panggung woooo..

aku cadangkan ASTRO ambik dia jadi juri RAJA LAWAK.. bagi ilmu lawak sikit kat budak2 yang teringin jadi pelawak tapi diketawakan oleh penonton.. penonton bukan ketawa sebab lawak diaorang tapi penonton ketawakan diaorang sebab lawak diaorang tu tak menjadi..

nina berkata...

suami saya gemar jugak tgk citer tamil. kalau balik benta jumpa geng = sera, lagilah. habis sampai pagi nak tgk!!

benludin berkata...

perghh...ramai peminat tamil ye..hehe

Nina,
rasa cam kenal jeh suami awak tu..hehee

jawa peranakan berkata...

ben..
memang ramai minat tamil..

lebih baik tengok cerita tamil dari tengok cerita GELAK KHAS!!

PS-adakah semangat patriotik aku terhakis kerana aku lebih memilih cerita tamil berbanding GELAK KHAS?

benludin berkata...

jp,
Kisah polis tak pernah rasuah!

Cerita mcm tu dlm Gelak Khas ke Tamil??

hehe...jgn marah abang polis..

jawa peranakan berkata...

ben..
apa yang dipaparkan di dalam GELAK KHAS tu semuanya BENAR..

memang polis kita tak penah buat jahat..tahap malaikat diaorang tu..di akhirat kelak semua polis2 kita akan melintas siratulmustakim dengan amat pantas..maklum la..naik motor besar..

lagi 1 polis dalam GELAK KHAS tu serba boleh..kes bunuh dalam pangsapuri,norman hakim & abby abadi yang selesaikan..kes seludup dadah di tengah laut pun norman hakim & abby abadi yang selesaikan..kes penyamun larikan duit bank pun norman hakim & abby abadi yang selesaikan..kes org kampung tak bayar saman trafik pun norman hakim & abby abadi yang selesaikan..pendek kata serba boleh la..semua diaorang yang selesaikan..begitu jugak la polis kita dalam dunia sebenar..

PS-tapi lepas ni PDRM mungkin ada masalah sikit sebab norman hakim & abby abadi dah bercerai..so diaorang dah tak boleh bekerjasama lagi..