Isnin, 1 Disember 2008

siri bercakap dengan...Ikram

Ikram, adik ipar aku yg berusia 13 tahun. Dalam entri yang dulu-dulu (tak silap dalam From Pendang With Love) aku pernah bercerita pasal dia ni. Dia merupakan pengutip hasil cukai (yang hasilnya tak seberapa) ketika hari raya puasa yang lepas. Sapa nak bagi duit raya kat dia.Umur pun dah nak tua...hehe

Sekarang ni bersempena dengan cuti-cuti sekolah seantero Malaya, dia dibawa khas oleh kami ke rumah di pekan koboi ini. Tujuannya untuk menemankan Aleeya dan Irfan serta untuk menambahkan lagi hiruk-pikuk di rumah kami. Ikram ni kalau dengan aku tak banyak bercerita. Segan kat abang ipar dia yang hensem ni kot...hehe. Walaupun dia kurang bercakap tetapi dia amat petah berbicara dengan wife dan anak-anak aku. Ada masa aku curi-curi dengar perbualan mereka.

I. Ikram bercerita "Nak tau satu cerita di Kedah tak? Ada seorang pakcik ni naik motor, tapi lesen takdak. Tengah sedap-sedap pakcik tu bawak motor,tiba-tiba kena tahan dengan polis. Polis pun tanya:"

Polis: Pakcik...saya nak check lesen motor pakcik.
Pakcik: Takdaaa aaaa..
Polis: Mana boleh.Kena saman ni pakcik..
Pakcik: Nayaaaaa aaa..
Polis: Tapi memandangkan pakcik ni dah tua, saya lepaskan lah..
Pakcik: Legaaaaa aaaa...

(kena baca ikut slang Kedah..hehe)

Nota: Orang Kedah memang suka menggunakan perkataan Nayaaa....Legaaaa....

II.Suatu malam ketika sedang menikmati juadah dinner kami berbual-bual dengan Ikram tentang cita-citanya bila habis sekolah kelak.

Wife Aku: Ikram, bila besaq nanti hang nak kerja apa?
Ikram: Ada laaa..
Wife Aku: Awat rahsia ni.Hang nak jadi polis kaa??
Ikram: Tak mau aaaa..
Wife Aku: Askar??
Ikram: Dok aaihhh..
Wife Aku: Cikgu? Tentera Laut??
Ikram : ishh...malaihhhh la..
Wife Aku: Abih tu.Hang berminat nak kerja apa??
Ikram: KASTAM


Nota:
1. Memang hobi dia mengutip cukai.Tu pasal la nak jadi KASTAM kot. Terbawa-bawa perangai masa raya la ni...hehe
2. Episod akan datang:
Siri Bercakap Dengan...Midi
Siri Bercakap Dengan...Din

6 ulasan:

amey ahmad berkata...

hahaha.. Ikram tu umuq dah berapa? all the best to ikram..

amey ahmad berkata...

hehe.. sorry.. aku tak baca intro.. terus masuk perenggan ke-2.. 13 tahun noo..

IKRAB family berkata...

ben, hang mesti terer ckp loghat utara ni kan.kastam la ni peghhh siap ada umah kediaman lawa oooo

Tanpa Nama berkata...

kira ok la adik tu cita2 nak jadi KASTAM. ada sorang anak jiran sebelah rumah tok aku, bila tanya besaq sat lagi hang nak kerja apa ?

dengan nada tak berdosa dia jawab, "ceq nak bawak mesin padi !".

ambik kau. tanya sangat !. hehehe..

-kaca-

Tanpa Nama berkata...

Ben, ikram tu nm adik koi.. tp dia dah umo 25 thn :)

benludin berkata...

amey,
mmg suka skip reading ni!
hehe

purple,
kalau yg duk rumah tu pegawai pompuan,semakin lawo la rumah kastam tu...hehe

kaca,
gaji drebar mesin padi tu mahal wooo...

intanrh,
ye ke adik.Bukan anak?
haha