Atas permintaan rakan-rakan blogger, disini aku perturunkan petua dari mertua aku mengenai:
I. untuk si pen-kencing manis
Pak Mertua aku mengalami kencing manis. Tapi takde la tahap kritikal. Cara dia mengurangkan bacaan kencing manisnya ialah dengan memakan buah kurma yang dicampur dengan cuka nipah. Cuka nipah ni memang susah nak cari. Tapi tak tau la kat tempat kau orang.
Cara nak buat:
Pi beli buah kurma. Kalau boleh kurma madu atau yang berkualiti sikit la. Lepas tu pi cari plak cuka nisan nipah. Jangan pulak letak cuka masak. Atau cuka getah, nak mampos?!!!
Rendamkan kurma tadi didalam cuka nipah sehingga buahnya tenggelam. Simpan dalam peti ais. Jangan simpan dalam peti besi.Nanti lupa password,tak bleh bukak plak peti besi tu..haha!!!
Cara Makan:
Makan sebiji sehari shj. Jangan pandai-pandai makan 3 biji sehari. Ini bukan juadah berbuka puasa.
Kalau anda bukan pen-kencing manis. Jangan pandai-pandai nak makan!!
Kena rajin jumpa doktor, kalau bacaan dah turun, STOP makan. (bukan stop makan nasi,tapi makan kurma tadi)
Nota:
Jangan bagi org lain kemas peti ais anda. Nanti akan berulangnya ensiden seperti yang dialami oleh aku (ceritanya di sini)....hehe..........
II. untuk si pembatuk
Baru-baru ni aku batuk teruk. Batuk berkahak. Aku tau sebabnya. Pandai-pandai merokok,tanggung la sendiri!!
Mak mertua aku kata cara nak hilangkan batuk berkahak ni, minum je jus limau+belacan. InsyaAllah segala kahak-kahak terhakis, mcm hakisan tanah runtuh..lincinnn..
Cara nak buat:
Perahkan sebiji limua nipis. Campurkan sedikit belacan. Belacan tak payah banyak, cukup sekadar secubit. Jangan sesenduk, ini bukan nak buat sambal belacan!
Gaulkan belacan tadi dengan jus limau sehingga sebati.
Cara nak makan:
Minum sesudu sahaja. Ulangi 3 kali sehari.
Nota:
Kalau dah baik tu, bawak-bawak la berhenti merokok!! Aku dah insaf. Setakat ni dah seminggu tak merokok. ( err...semoga berterusan..)
# semoga berjaya. Yang penting kita berusaha, disertakan dengan doa dan tawakkal. Ia merupakan usaha alternatif selepas berjumpa tuan doktor!
#peringatan utk aku:setiap yang baik itu datangnya dari Allah. Dan yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jaga Kesihatan. Jangan Lupa Allah!
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
12 ulasan:
limau gan belacan?....bunyi mcm nk menyicah jerk....erkkk...tiba2 menetes air lio...
hehehe....cicah dgn nenas atau mangga muda...perghhhh
belacan melaka atau belacan pulau pinang?
jp,
aku tak pasti...aku belasah je..hehe..rasa mana2 pun bleh
..bro wa dah brenti merokok lebih 20 tahun..memng la susah masa mula dulu ..tapi berkat kekentalan will power aku yang di pinjam dari Power Rangers..ok dahhh..cuba laa nti leh join the club..
nasihat saya jgn ikut amaran kerajaan malaysia menyuruh anda berhenti merokok...sebab setiap kali anda berhenti pasti anda merokok..sebagai contoh bila anda berhenti berjalan anda merokok,bila anda berhenti menonton anda merokok..maka sampai hari anda berhenti bernafas baru anda berjaya meghilangkan ketagihan itu..so jangan merokok:)
encik..cuba tanya ada petua tradisional untuk asma tak ?
.kaca.
betul tu bro ubi..
org merokok ni, duit rugi, penyakit pun besar kemungkinan pun dpt..
salam benludin..
byk petua ko..mcm cik seri siantan lak...haha...
bagus2, org laki pon byk tau petua...
kaca,
mertua aku dah balik kg. tapi aku sempat tanya apek driving school. dia kata nak elak asma, ko telan je anak tikus..uwekkkkk
memeram kurma dah cuka nipah kena ada skill!!
suruh mak peram pastuh tak tau plak bila nak amik.
pastuh camner nak telan ??
iskk iskk iskk
untuk kebaikan..
tutup idung n telan :)
Catat Ulasan