Rabu, 31 Disember 2008

siri bercakap dengan...cikgu bedul

aku : cikgu..amacam result PMR di sekolah cikgu?
cikgu bedul : entah ler....malas nak amik tau
aku : cikgu pun ada ajar budak Form 3 kan?
cikgu bedul : yup...lantak la dia orang. Dah abih periksa tutup akaun la. Buat apa nak fikir lagi.
aku : errm...ok..fine...
--------------------------------
Semalam keputusan PMR telah di umumkan di sekolah seluruh Malaya. Ada pelajar yang bergumbira dan ada juga yang bersedih. Mereka bersedih tu mungkin sebab lulus cemerlang atau gagal dengan cemerlang.hehe.

Buat masa ni aku memang tak terlibat langsung dengan arena pembelajaran/persekolahan ni. Aku bukan cikgu. Aku juga bukan guru besar. Aku juga bukan kerani sekolah atau tukang kebun sekolah. Anak aku juga tidak terlibat, sebab belum cukup umur nak amik PMR pun. Tetapi ia bukan la penghalang untuk aku mengambil berat tentang keputusan-keputusan yang diperolehi oleh sekolah di daerah aku ni. Aku seronok mendengar anak-anak melayu tempatan yang berjaya mendapat straight 9A atau 8A. Tumpang bangga walaupun aku tidak kena mengena pun dengan depa. Realitinya......... aku memang seorang busy body kot..hehe

Selalunya aku mendapat info berkaitan result PMR ni melalui kawan-kawan yang mengajar disekolah berkenaan.Tapi apa yang aku musykilkan ialah dengan sikap seorang kawan aku yang bernama Osman Bedul. Atau lebih tepat Cikgu Bedul si cikgu senilukis. Mungkin ada yang tersirat disebalik sikapnya itu.

Cuba kita Rewind sat.. "lantak la dia orang"??? Huh!! Ada ke cikgu cakap macam tu. Macam nerajuk je.Dalam keadaan muyskil tu aku cuba berfikiran positif. Kemungkinan ada sebab-sebabnya cikgu bedul tu bercakap demikian. Antara sebab-sebabnya ialah :

A. kecewa dengan perangai anak muridnya yang suka merempit dan malas nak belajar
B. anak muridnya memang bebal. Dah naik form 3 tapi eja AYAM masih tak reti
C. ada pergeseran antara dia dengan pihak pengurusan sekolah.Mungkin pengetua syok kat bini dia ke..gatal! hehehe
D. anak murid mengorat bini dia. Sungguh kurang hajar budak-budak ni!
E. takde mood dah mengajar. Kerja routine yang membosankan. Hari-hari kena melukis gambar pantai atau ayam je.
F. Dia mengajar senilukis je. Tak kena mengena dengan subjek utama PMR
G. keretanya pernah kena guris/langgar oleh anak muridnya (yg juga kaki rempit)
H. anak murid dah belasah dia kat luar pagar sekolah sampai masuk hospital.cisss! tak respek cikgu!
I. hari-hari ada meeting,kursus,seminar. Sampai tak sempat nak mengajar. Nak bercengkerama dengan bini pun takde masa...issshhh...
J. bla..bla..bla.. (anda tambah la sendiri).
K. kesemua yang di atas.

Nota:
1. So..bila cikgu bedul atau cikgu-cikgu lain berkata "lantak la dia orang", kita kena faham je la. Don't blame 100% on the teachers when they are not interested in teaching. Ada yang tersirat disebalik kata-katanya itu. Niat murni nak tolong anak bangsa tu dah ada. Tapi pelajar sendiri yang tak sedar diri.Nak tolong camno!Perkara-perkara di atas hanya merupakan hasil kajian aku. Tidak kena mengena dengan cikgu selain dari cikgu bedul. Kalau terkena tu, maafkan aku. Tak sengaja...hehe
2. tahniah diucapkan kepada anak sedara aku, Sara, yang mendapat AAAAAAAA dengan ucapan "jangan lupa diri!" haha
3. "heyy teacher..leave the kids alone"..memang klasik lirik lagu Pink Floyd nih!

6 ulasan:

jawa peranakan berkata...

L. cikgu bedul tensen dengan menteri pelajaran..

sebabnya?

member aku seorang cikgu..dia kata kecemerlangan sistem pendidikan hari ini diukur dengan berapa banyak A yang student dapat..so makin ramai budak2 dapat A maka makin CEMERLANG lah sistem pendidikan..

so..dalam memastikan KECEMERLANGAN ini berterusan,maka markah untuk mendapat A diturunkan..dulu dapat 90/100 baru dapat A.. sekarang dalam subjek2 tertentu 65/100 pun dah dikira A..

betul ke?

kalau ada di kalangan pengunjung blog ni yang profesionnya cikgu, sila respon..

PS-cikgu kesayangan aku masa sekolah dulu ialah MISS HO..ajar BI..pendek gila skirt dia..dia telah mengajar aku erti dewasa sebelum masanya..

Chekgu BaniHassim berkata...

nak ckp mcmane...
kecemerlangan tu mmg berdasaran A semata2..
di mana modal insan yang dok diwar2 kan dulu??

mcm terpinggir mereka yang kurang pandai nih..
pasal en jawa peranakan atas ni ckp, standard A tu, kdg2 mmg tak stendet..

cover dlm tv pon psal budak2 cemerlang di bandar, yg tak berapa nk bandar ni cemerlang ke??

ummzaid berkata...

mabrook ya sara...

benludin berkata...

JP n CBH,
sistem pelajaran yg ada sekarang menambahkan lagi kekusutan cikgu bedul kita tu...tahniah la tok mudin krn salah satunya sistem(PPSMI)kita telah mengalahkan sistem pelajaran yg ada di UK (menurut kajian univ of camridge-kata tok mudin la)

ummzaid,
tq a lot

nina berkata...

eh, ni slip sera nih! hihihi.. photostate yer! bagus la!

benludin berkata...

nina,
snap guna hfon jeh