Isnin, 30 Mac 2009

jom camping...

keluarga aku memang adventerous!

Jom kita berkemah. Tak rugged la duduk rumah je. Sekali sekala kena juga buat aktiviti outdoor. Sambil berkemah kita boleh menikmati keindahan alam. Menghirup udara segar sambil mendengar kicauan burung. Contohilah aku sekeluarga yang berkemah dihujung minggu.

Baru-baru ni aku sekeluarga pergi berkemah. Kemah ni aku beli masa aku balik Kedah dulu. Harga tak berapa mahal. Cuma RM39.90 je, muat untuk dua orang dewasa (yang bersaiz besar). Tapi kalau kami sekeluarga yang hanya terdiri dari empat orang kira memadai la. Muat-muat .. ngam-ngam kata orang.

Nak pasang kemah ni cukup senang. Bak kata bahasa komputer tu plug n play. Kemah ni pun macam tu juga.. cukup mudah. Tak perlu rujuk kepada manual dan hanya memakan masa sepuluh minit untuk dipasang.

Masa aku kecil-kecil dulu mana ada kemah macam ni. Kalau nak berkemah masa zaman aku jadi pengakap dulu memang la banyak pokok-pokok jadi mangsa kena tebang sebab nak buat tiang. Kalau atap kemah pulak kita orang guna pelepah rumbia je. Tak pun guna daun-daun pokok yang telah ditebang tadi. Lagi adventerous. Selesa juga. Kecuali hujan ler....

Masa kami berkemah tu kami bawa toto dan bantal sekali. Selesa sikit nak bersantai dalam kemah. Takde la sakit badan kan. Kemah ni pun cukup kukuh. Kalau angin atau ribut melanda, insyaAllah selamat. Tempat perkemahan yang aku pilih ni pun dijamin selamat. Memang tiada gangguan dari binatang buas atau yang tak buas (kalau ada pun mungkin serangan dari semut gula je kot). Begitu juga kalau hujan. Memang selamat. Tak basah.Tempias hujan pun tak akan kena!

Anak-anak aku cukup seronok. Biasa lah budak-budak. Tapi masalahnya bila dah berkemah ni dia orang nak makan sedap-sedap. Sekejap kang "abah...tolong buat air milo!". Tak lama lepas tu.."abah, mama...kakak nak makan nasi goreng la.Telur hancur (scramble) ye..Letak kicap kat telur!".. Ingat restoran ke ni? Tu kira okay lagi. Yang tak seronoknya bila anak lelaki aku yang berusia dua tahun lebih tu berkata.."abah..nak susu!"...Tak rock sungguh masa berkemah nak susu...alahai...

Kerenah anak-anak bagi aku adalah perkara kecil. Semuanya aku dan bini aku layan permintaan mereka. Janji anak-anak aku enjoy berkemah! Bila dia orang dah habis makan nasi goreng dan minum susu, ada pula permintaan yang tak berapa masuk akal semasa sesi perkemahan. Anak perempuan aku kata.."abah..tolong buka tivi..kakak nak tengok Tom and Jerry lah..". Ahh..karut....Masa berkemah pun nak tengok tivi. Tapi tak per lah..aku on tivi. Tivi bukan jauh pun...depan kemah yang aku pasang tu je. Sebabnya aku bukan berkemah dalam hutan. Aku berkemah dalam rumah je..hehe

Sehingga ke hari ini, dah hampir seminggu lebih kemah tu berada kat ruang tamu rumah. Anak-anak aku masih seronok lagi merasai suasana 'berkemah'. Ada masa bini aku bertanya.."bah..bila nak buka kemah ni?". Aku balas "tunggu la raya puasa nanti saya buka lah kemah ni kot...".Hehe!


ingat steven spielberg aje ke yang ada studio perfileman..aku pun ada!

*31 march 2009 : avoid pistachios nuts (kacang cerdik)..click here to know why.
*keliru aku. Ejaan yang betul kemah atau khemah? Kalau aku tersilap..maafkan aku ye Dato' Mudin

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
benludin berkata...

ahh...cina taiwan mana la pulak ni. Iklan kemah kot?

Snakebite berkata...

laaa adventerous betul dia bekemah rupa nya.

apa agak nya yg kat atas tu kata, ada kena mengena dgn kedai tongging kot.

benludin berkata...

snake,
haha...dia tokey kedai tongging kot

en_me berkata...

perghhh.. tokey tongging taiwan nih.. hingatkan salah blog .. ghitewww

INTAN RH berkata...

Virus tu...jaga2 aok weh...

INTAN berkata...

aku dh hagak ni..ni mesti berkemah dlm rumah....firsat aku benar belaka...kui3...

umah besaq xpe le weh..mau kata umah aku ni....alamat le nk lalu kena buat ala2 lompat galah tu....huhuu

benludin berkata...

1st comment has been deleted...takut kena mengena dgn berita ini:
Canada Watches for Chinese Spies at 'Tibet' Screening
http://www.phayul.com/news/article.aspx?id=6742

mana tau dia nak spy nasib terkena kat aku...jahanm laptop aku...

IKRAB family berkata...

hehehe,cute nye cara aok camping, Ben.patutle anak2 aok tu bnyk naa permintaanya. tapi sesekali camping kat kwsn luar rumah ok gak kan bg idea kat anak2 kenali alam wlupun hanya sebelah car porch hehehe.

reverie berkata...

Ni seperti advertise khemah tu saja? hah. macam ni pun ada ye.

amey ahmad berkata...

aku penah camping dgn anak2 kat laman rumah.. riuh rendah malam buat campfire dan bbq.. haha..

chekgu Bani Hassim berkata...

tu arr...
aku da agak dah...
tpi seronok jugak kemping dlm umah...
aku mase kecik2 pun dulu slalu main kemah2 dalm umah, pakai payung...
pakai kusyen 4 segi tu...
syok oo...

ubilepih berkata...

appy birthday aliyaaaa!!!!

Maya berkata...

hahahha dalam umah rupa-rupanya :)

en_me berkata...

dalam rumah ada khemahhh.. bagus bagus

Daffodil D berkata...

haih.ye2 je.ingt camping tol2..huhu..btw,selamat bercamping la ye....~

ummzaid berkata...

hehe...dlm rmh rupanya..

Pyanhabib berkata...

berkamping siap dengan tv, ceh!

benludin berkata...

biasalah gang...janji anak-anak gumbira....bila anak-anak gumbira,otak kami tenang...

:)

jawa peranakan berkata...

kecik2 dulu mak aku marah kalau bukak payung dalam rumah..nanti masuk ular katanya..

bukak payung dalam rumah=masuk ular..
kalau bukak khemah dalam rumah=masuk apa ya? naga kot?

hahaha..jangan marah bro..gua cuma teringat pesan mak gua..

benludin berkata...

doa2 semoga masuk rezeki ala-ala naga (merimpah ruah)

hehe