Jumaat, 8 Januari 2010

salam jumaat dari din belut

tadi aku berdebat dengan kawan aku yang bernama din belut. dia ni pelik sikit. kalau berdebat pasti nak menang. dasar benang basah betul mamat nih.

ada masa memang dia nampak sangat kebodohannya ketika berdebat. aku taknak cerita pasal perkara yang kami debatkan. nanti panjang pulak aku kena taip. haha! kat sini aku cuma terkejut atas perkataan yang keluar dari mulut beliau.

masa tengah-tengah berdebat tu dia melafazkan kalimah "la illah...".

aku tegur dia "din... kalau nak lafaz kena la habiskan. kamu tau ke maksud ayat tu?".

"tau bang. maksud dia 'tiada tuhan'" jawabnya selamba.

"abih tu. kenapa tak habiskan?" aku tanya balik.

"tak apa bang. apa-apa hal saya tanggung." kata din.

"hah? berani betul kamu ni din!!"

"apa kisah. itu antara saya dengan allah" kata din tanpa rasa bersalah.

terkedu aku. hebat dan tinggi benar ilmu dia. gang-gang ayah pin pasti tabik kat dia nih. atau pun mungkin dilantik menjadi timbalan ayah pin.

elok la. ketua ayah pin. timbalan ayah din. ngam!!!!

*doa-doakan semoga din belut terbuka hatinya untuk berubah.

11 ulasan:

reverie berkata...

ah. ni satu hal lagi din ni. pening-pening. tak tanya dia kenapa dia rilek sangat ke?

Hashim Zabidi berkata...

Kawan setuju sangat tidak dengan din belut tuh, tak setujupun tidak juga.
Jadi, sedang-sedang aje.

Besor pangkat din belut tuh, jadi tim. peng. kerajaan langit. Aduh!...

jawa peranakan berkata...

berdasarkan namanya,dia pasti seorang yang amat sukar untuk ditangkap dan diberkas sekiranya menyertai kerajaan langit..

IKRAB family berkata...

astaghfirullah.
ni mmg kebal lagi bebal selamba je muka tebal.
p.c.

benludin berkata...

reverie,
aku takut org cam ni selepas kes sembelih di n9...so,biaq pi dia hidup dgn dunianya sendiri

pak hashim,
mungkin pak berfikiran positif. entah2 dia lafazkan dlm hati je..mana tau kan...:)

jp,
dah la berbelut...berbelit pulak tu

pc,
nak berkenalan dgn din belut meh la ke lepih....hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

rasul melayu.. ayah pin. mirza gulam ahmad ... tu sedara din belut ke bang

WanBeruas berkata...

..kalo dah nama Din ni sama gak cam Mat mesti ada je gelarannya..kat kampung aku ada Din Glamor,Din Tarik,Din Smart,Din Kuda..pendek kata macam2 Din yang ada..hidup Din he hee..

benludin berkata...

brutalsolo,
mungkin dari satu guru..bila dah tamat belajar mrk mengikut aliran tersendiri...haha. (tq for coming)

wb
pelik kan. melayu je gitu. mat salleh takde lak. mungkin sbb nama dia org pun dah bagi makna. contoh george bush (semak), david cook (masak), dick (***) tracy. haha

Tanpa Nama berkata...

hehehe.wa pun takutla nak berkenalan sama itu din.
apepun bro have to put a try on advising him...cara tak langsung ke sambil2 pekena belut goreng hehehe.hang suka laksa belut?
p.c.

benludin berkata...

pc,
hari2 gua basuh sama itu bdk. tak larat dah. mental blocked. biarlah dia terjun dgn labu2nya. at least gua punya t/jwb utk memberitahu/menasihati sudah dilunaskan

Tanpa Nama berkata...

:).ye lah betul tu.kita cuma usaha.hidayah dp Allah s.w.t kan.
wa pun berdepan gak dgn beberapa manusia mcm ni lagi2 bila berkait dgn isu sistem dan dipolitikkan....susah woooo mau pikir ini hal :)
p.c.