Ahad, 31 Ogos 2008

310808 = Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-51 bebas dari belenggu penjajah!

Jumaat, 29 Ogos 2008

Gua Tak Mau Citer Politik!

1. Ini bukan citer politik Tapi pengalaman aku meng-interview apek sipenjual stiker. Dia ni round satu Malaya kerana bisnes stikernye. Selalu dia akan letak stiker kat kedai2 secara consignment. Pagi tadi masa aku lepak kat kedai kawan aku di Lepih terjumpa la apek si penjual stiker ni tgh letak stiker2 baru kat kedai kawan aku.

Aku nampak stiker bermacam2 jenis. Lawa,comel,cute dan seksi...hehe. Pas tu aku terperasan stiker2 parti pun banyak dia letak. Aku belek2...satu stiker BN/UMNO pun takde kelihatan. Dalam hati aku, apek ni tak jual stiker depa ke?? Aku terus meng-interview:

Aku: apek..apsal stiker logo parti BN atau UMNO lu takde jual?

Apek: ayaaa....itu stiker tarak laku maaa..stiker PKR-PAS manyak laku. Selalu habis. Semalam gua singgah di Karak, masa gua baru letak stiker aaa, pelanggan terus beli itu stiker PKR/PAS lorr..apasat lu tanya?

Aku : bukan apa...gua nak beli stiker UMNO...

Apek: apa la lu...UMNO sudah mau masuk itu kubur maaa...

Aku: jgn cakap itu macam la apek...kubur ni sensitif maa...(aku sengeh je ler)

Ini bukan aku cakap ye. Apek tu cakap. Biasanya org niaga ni memang jual barang2 yg org nak beli atau yg banyak permintaan shj. Dari sini aku buat conclusion aku sendiri yg BN/UMNO memang tiada permintaan maka depa perlu masuk AF supaya dpt meraih afundi simpati yg banyak..dan salah sorang pengundi nya ialah aku...hehehe

Jangan marah...aku non-partisan mcm jowopinter gak....cuma aku ni yg tak se-pinter dia...hehe. Mana tau setahun-dua lagi stiker BN/UMNO laris semula, PKR/PAS lak tak laku...kan kan kan???

2. Ini bukan citer politik.
Tapi kepada kawan2 yg suka membaca 'fitnah' sila klik sini, untuk ke url terbarunya. Url lama dah kena blok oleh MCMC atas alasan 'defamatory' (NST 29/8/08)....kalau fitnah napa tak mau saman....sure menang punya..pokcik kayo! Ada betul ke Abang Najib??

Rabu, 27 Ogos 2008

Merdeka??

Tak lama lagi kita akan sambut hari kemerdekaan yg ke-dah banyak kali...macamana nak tau seseorg tu patriotik ke tidak ye?? Ada gadget utk mengukur tahap patriotik kita??

Pacak kan bendera kat bumbung rumah?
Pacak bendera kat basikal,kapcai,kereta,lori atau bas?
Pakai baju berlilitkan bendera?

Tak kisah la tu..buat la macamanapun. Sebab kepatriotikan kita berdasarkan bendera kan..? Aku tk penah kibar bendera kat rumah aku. Tidak patrotik kah aku? Yang penting aku sayangkan negara Malaysia ni. Aku bangga dengan negara aku (cuma tak brp bangga dengan pempimpin negara je..hehe). Rasa aku pendatang asing pun sayangkan Malaysia kot. Sebab depa bertungkus lumus membangunkan negara kita. Malu la kita kat depa kan...hehe

Ada plak sesetengah kelibat manusia ni yg marahkan gomen sanggup plak memasangkan bendera Malaysia terbalik. Pe kejadahnya. Tak payah la buat begitu. Marahkan nyamuk,kelambu dibakar...

Aku cadangkan kepada sesiapa yg teringin pasang bendera terbalik tu cari je idea lain bagi mendapat perhatian org ramai sebagai tanda protes anda. Antaranya ialah:

1. pakai baju terbalik
2. pakai seluar kat badan, baju kat kaki
3. jalan terbalik/'reverse' sambil kibar bendera
4. pakai spender terbalik...
5. ...ermm...lu pikir la sendiri!

Selamat Mencuba!

Selasa, 26 Ogos 2008

Takbir Raya???

SELAMAT MENYAMBUT HARI pilihanRAYA di Permatang Pauh..

Takbir bergema...

Laungan Reformasi pula mengatasi Barisan Kita...!

err..selamat mengundi...hangpa undi elok2 nooo....:)
---------------------------------------------------------------------------------
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.... (source:malaysiakini)


Tahniah kpd DSAI dan jentera PR....kpd DASOS dan Encik Hanafi, cuba lagi dlm PRU-13 nanti...tu pun kalau dicalonkan ler...

Isnin, 25 Ogos 2008

Hijau-ku Cuti-cuti Malaya..

Melangkah keluar dari rumah dengan Bismillahir rahmannirrahim ....Objektif gua bila sampai ke Kuantan..mandi air laut....!!!
mulakan langkah dengan kaki kanan....muncung selipar tu dah hitam..nanti gua nak basuh di Kuantan...haha anak-anak tak sabar dah nak bertolak ke Kuantan...
Check-in di Black Stone Resort, about 10minutes drive from Kuantan Town..
yahoo....gua dah sampai beach
gua still nampak ensem walaupun dlm bayang-bayang
Yesss !! mandi laut...anak-anak enjoy...gua pun lagi la enjoy.. basuh selipar hijau kat pool..???..sungguh kekampungan gua ni!Home sweet home.. bila sampai rmh tgk ada lori tangki air.Seronok ko org air takde ye..PEACE!Objektif gua bila sampai ke rumah...mengangkat air !!! Adehhhh!!..lenguh kaki gua mengangkat air 5 round turun-naik tangga..

Jumaat, 22 Ogos 2008

Banyaknya Islam..

Sekarang dah macam2 term utk menggelarkan/memanggil org Islam.Siapa yg create term2 ni ye..:

Islam Fundamental..
Islam Extreme..
Islam Liberal..
Islam Moderate..
Islam Hadhari...?

Anda mana satu??

Orang Awak sure Islam Hadhari..kan kan kan??

Aku tertarik dg satu posting oleh Roslan SMS (tak silap aku dia ni Setiausaha Akbar Presiden PAS) bertajuk Islam Moderate...klik sini kalau berminat nak baca..

Aku...??
Takde satu pun yg di atas...

Aku seorang ISLAM...kalau anda baca posting Roslan SMS...itu la aku...

Sementara anda membaca posting beliau...aku nak jalan-jalan ke Kuantan. Rasa nak berjemur tepi pantai walaupun kulit aku dah memang originally tanned...haha

cuti-cuti Malaya bersama selipar hijau gua..

Have a nice Friday and weekend...InsyaAllah we'll meet again on Monday....

Khamis, 21 Ogos 2008

The Jongos! Pt.2

Lama aku tak update blog ni. Dah berkarat tayar basikal kat atas tu, dah la tak bergerak dari tempat parking,kena hujan panas lagi. Takper..ari ni aku nak kayuh basikal tu jauh2...tapi kayuhan reverse. Nak citer sket pasal goatee beard...trend aku masa dulu. Hahaha...awat lak citer pasal janggut ni. Bukan apa, ada kes masa zaman silam. Al-kisah yg memang jongos. Kepada sesiapa yg geli kat janggut ni, sila baca blog ni sambil tutup mata!

Apa itu goatee beard?? Pi cek kat wikipedia. Tak pun translate la satu2. Goatee=ke-kambingan, beard=janggut..so??? Sambung la sendiri...Aku memang suka makan kari kambing, tapi bukan la nak ikut kan fesyen kambing!

Cerita yg aku nak cerita ni berlaku masa aku single-mingle lagi. Berdarah muda. Suka ikut mengikut trend artis2 rock barat (contoh dlm pic kat atas tu. Malas nak bagi tau.Sapa minat sure kenal)...Masa tu aku pun ber-goatee beard la jugak. Lebat la jugak.. Kunun!..pirahhh!!

Dulu aku menyewa sebuah rumah yg terletak di kawasan yg agak mewah tidak mewah. Tapi bukan kawasan setinggan. Aku and the gang Rizal (bukan Datok Reezal Naina Merican) dan Nik Aziz (bukan juga Tuan Guru Nik Aziz) duk berjiran dgn sebuah rumah yg disewa oleh couple yg tgh hangat cintan-cintun. Biasala kalau kat Lundang bab2 duk serumah laki-pompuan ni kira halal la...Lagipun depa duk serumah, tapi bilik lain2.

Awek yg cun-melecun ni nama dia Dot (bukan nama sebenar) dan boipren dia bernama Rahim(nama sebenar).Ala...baru berboipren kan. Belum tunang..belum khawin..Kita org yg memang jejaka desperado yg tidak mempunyai aweks sanggup hendak mengorat Dot. Sungguh kurang sopan...! Selalunya agenda kami utk mengayat ni kami gunakan TENNIS...ulang..Tennis...perghh..wa main tennis???..(Padahal memang sebelum tu tak pernah pegang raket tennis pun. Apatah lagi nak kira game tu..Dlm channel sport pun aku tak minat nak tengok..). Dot dan Rahim mmg suka tennis. So utk kacau daun,aku and the gang sanggup pi beli raket tennis. Murah pun tak per..janji leh hayun..

(isyyy...dah panjang aku taip ni. Bab pasal goatee beard lom masuk beb. Sabar..)

Satu ptg tu aku and the gang pun ajak la si Dot ni main tennis. Tak bestnya si Rahim pun join gak. Ermm..takper la..Hayunn je la..Aku rasa Rahim dah suspek kita org nak usya awek dia. Masa main pun nampak dia sungguh2 nak menang dgn aku walaupun dia tau aku ni kaki 'bangku' dlm arena tennis. Bagi chance la....aku pun tak dpt la nak show-off kat Dot...

Lepas main, kita org lepak2 sambil minum Coke yg ditaja oleh Rizal and Nik Aziz (tp aku citer kat Dot yg Coke tu aku sponsor!). Masa lepak tu aku and the gang memang byk berborak dgn Dot je. Gelak2..Sakat2..Usya2..Aku tgk si Rahim ni dah berbulu. Mcm tgh cari point je nak sound aku kot...Tiba2 dia berbunyi..

Rahim: wehh..Benludin..lawa janggut lu!
Aku : terimakasih la Rahim...biasa la...stail goatee beard. Cun ka janggut wa??
Rahim: cun pe barang...lu syampoo tak janggut lu tu??
Aku : isyhhh....wa syampoo la...pe lu ngarut ni?
Rahim: wa tengok banyak kelemumur je! Nampak dari sini siott!
Aku : err..ye ke...?

ciss....Memang jongos...gang2 aku gelak sakan. Si Dot pun sama gelak kat aku. Terkantoi aku kat situ...sungguh mendowngradekan aku si Rahim ni. Aku dah takde mood main tennis. Duk tepi je la tengok depa main.....Aku jadi tukang kira.Nama je tukang kira, yg buat kerja mengira adalah si Rizal yg duk sebelah aku.Aku jerit je...

Bila aku balik rumah aku terus pi cermin muka aku. Buat close-up. Memang sah....goatee beard aku byk kelemumur. Terus aku pi mandi...syampoo segala rambut2 dan bulu2 yg ada kat badan aku....!! Ha...baru terasa diri aku ni suci lagi murni orangnya...

Jongos betul!!!

PS: -tgh aku update blog ni tadi, si Rahim call aku..what a coincidence!..we still keep in touch tho..
- aku dah tukar sport..dari tennis ke table-tennis..
- tak dapat Dot pun tak per..Aku la ni tgh bahagia hidup bersama Mrs. Dot Dot dan anak2 aku...

Sabtu, 16 Ogos 2008

Jom Ke Permatang Pauh!

Penamaan Calon di Permatang Pauh hari ni..

err...nak pi ke??

tk yah ler....

Just visit this website for update news : PERMATANG PAUH...others are sloone , mafrel and wrlr . For me n the gang only... For those who are 'orang AWAK'(perkataan ni pinjam dari ubilepih) ..errmm..bersepah news...cari la sendiri.!
pic from malaysikini

pic from NST

pic from NST?BH?UM??..haha...no way man..

“The opposition did not show any respect to their opponents. Is this the image of the party that wants to rule the country,” abang Najib said when commenting on the 'belasah wartawan NST' issue..

err...abang Najib...are you talking on behalf of PKR...who is the oppossition in Penang?

Khamis, 14 Ogos 2008

Tazkirah 3

khas utk diri aku sendiri yg masih jahil dan lalai..

Taubat Ibarat Menangis Selepas Ketawa.

Menurut Saidina Ali r.a bahawa urusan taubat itu bukan suatu tugas sampingan yg dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah. Walaupun lidah menyebut perkataan taubat, namun ia tidak semestinya menjadi suatu taubat yg sebenar. Terdapat 6 pengertian taubat:

1. sekiranya kamu telah lakukan dosa yg lalu,maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan dan dosamu itu

2. sekiranya kamu melakukan kesalahan dan dosa kpd Allah swt kerana meninggalkan perintah yg wajib,maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajban yg telah ditinggalkan itu.

3. sekiranya kamu melakukan kezaliman kpd org lain,maka taubatnya ialah wajib bg kamu memulangkan semula apa2 juga yg berlaku kpd org itu,sehingga tiada lagi perkara yg bersangkutan dgn org yg kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiayaan yg kamu lakukan terhadapnya

4. sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dgn maksiat itu,maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kpd Allah sehingga jiwamu sebati dgn ketaatan itu
5. sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yg kamu lakukan,maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit

6. sekiranya kamu melakukan maksiat kpd Allah dlm keadaan kamu gembira dgn gelak ketawa,maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yg kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kpd Allah swt.

wallahualam..

source: Insan Ingatlah by TGNA

Rabu, 13 Ogos 2008

Shaun The Sheep..

Ini la kartun (selain Little Einstein dan Thomas and Friends) kegemaran 2 org anak aku yg ditayangkan kat cenel Disney-astro. Cerita pasal biri2 kat sebuah kawasan pendalaman di UK. Mula2 tgk mcm siot je biri2 ni. Siap ada watak b.a.b.i lagi dlm citer ni. Nasib baik la watak b.a.b.i ni di-portray-kan sebagai yg tidak bermoral. Suka dengki kat biri2.

Kalau citer ni start, anak2 aku akan ajak aku join sekali. Duduk bersila la aku dengan dia org depan TV sambil layan depa gelak. Dia org gelak, aku pun gelak. Depa tgk penuh tekun, aku lak tgk sambil baca buku (nota: buku 555-buku hutang)...

Mula2 dulu niat aku saja nak temankan anak2 aku... Lama2 aku lak yg syok layan Shaun the Sheep ni. Rupa2nya memang lawak. Dulu aku kata kat biri2 ni mcm siot je buat lawak. Tapi sekarang dah terbalik jadinya. Shaun the Sheep mesti kata aku yg siot sebab dulu buat sombong konon tak mau tgk kartun. Bila start je kartun ni aku lak yg panggil anak2 join aku tgk. Yg gelak kuat pun aku. Kalau aku gelak, anak2 aku cool je sambil tgk buku tadika dia. Mcm takde apa yg berlaku. Bukan apa, kartun ni dah brp kali ulang tayang kat astro. Anak2 aku dah bosan. Aku je yg tak bosan...

Rabannn........

*click here to watch Shaun plays soccer...very funny.

Isnin, 11 Ogos 2008

MY SWEETHEART 3

al-fan bergomol...
Kisah anak-anak aku lagi. Dlm entry My Sweetheart 2 ada aku citer pasal anak aku si Aleeya ni belajar spelling. Aku kalau boleh dlm apa2 keadaan suka bercerita dgn Aleeya ni dengan menggu nakan ayat/perkataan yg simple. Tujuannya supaya dia mudah faham. Dan salah satu lagi sebab ialah supaya dia tak bertanya yg bukan2. Nak cerita pasal kucing silap2 lepas ke tajuk harimau...dia mmg suka berceloteh. Ikut perangai sapa la tu. Rasanya bkn aku. Memang sah bukan aku, sebab aku ni jenis kurang bercakap. Cuma byk menaip...hehe


Scene 1:
Pagi tadi semasa nak keluar hantar dia ke sekolah bersama dgn adiknya, Irfan, aku suruh dia kemaskan crayon yg bersepah atas lantai. Aku saja taknak gunakan term 'crayon'. Saja nak bagi dia mudah faham.

Aku: Aleeya, tolong kemaskan pensil warna kat atas lantai tu..

Aleeya: ishh..abah ni. Bukan pensil warna la..CRAYON..

Aku: ooo..ye ke...mana la abah tau...


Scene 2:
Masa kat luar sambil2 tunggu Aleeya pakai kasut, si Irfan sibuk bermain kat depan rumah berkaki ayam..

Aku: Irfan...jangan main kat luar...kotor la kaki tu..
Aleeya: napa abah kata gitu?

Aku: Abih nak kata camner lagi..?

Aleeya: Kata la kat adik "Irfan..pakai la selipar, nanti kotor kaki tu.."

Aku: betul juga ye..hehe

Pagi2 lagi aku dah diajar oleh anak aku supaya menggunakan bahasa yg betul. Konon nak bagi simple instruction, tapi dikantoikan oleh anak aku sendiri...

Jumaat, 8 Ogos 2008

Tazkirah 2

khas utk diri aku sendiri yg masih jahil dan lalai..

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal
soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat
99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai
Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari
sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
“Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

The Jongos!

Memang jongos citer politik di Malaya ni. Sebab apa ia jongos? Sat lagi aku citer kat hang pa...

Scene 1...
Terjadi la satu kes yg menggemparkan Malaya kerana seorg anak dara yg berumur 23 tahun telah dirogol oleh seorg VIP yg berumur 60an. Kemudian si anak dara telah membuat laporan polis atas insiden yg berlaku di sebuah apartment mewah di Damansara. Menurut si anak dara yg sudah tidak dara lagi itu, VIP telah merogolnya sebanyak 8 kali! Repeat..dirogol 8 kali tanpa melawan..(selalunya kes rogol mesti melawan..tak pun si-mangsa bawah umur)
Si anak dara yg bukan lagi dara itu juga sanggup bersumpah dgn nama Allah bahawa si VIP telah merogolnya. Beliau ingin membuktikan kepada rakyat Malaya (rakyat?) bahawa dia tidak menfitnah VIP tersebut.
Maka hebohlah satu Malaya kononnya VIP tersebut akan didakwa atas kes rogol di Mahkamah Sesyen,Kuala Lumpur.

Scene 2..
Hari ini hari yang ditunggu2 oleh rakyat marhaen. VIP tersebut telah didakwa di Mahkamah kerana kes zina. Awat tukaq lak?? Dulu kata rogol, la ni kata zina lak..Maka si VIP pun rasa pelik. Kalau kes zina, maka kedua2 mereka perlulah didakwa kerana zina ini berlaku atas suka sama suka. Lagi pun selalunya kes zina yg dibawa ke mahkamah adalah kerana kedua2 penzina tadi kena tangkap basah oleh JAWI.Tapi kes ni lain sebab si anak dara yg tidak lagi dara tadi telah melaporkan kepada polis kerana dia berzina.Suka sama suka. Tanpa paksaan. Selalunya kalau si penzina ni insaf dia tak report polis. Dia bertaubat dgn Allah je..!

Satu lagi...kalau tuduhan atas sebab suka sama suka bermakna si anak dara yg takde dara tu je la yg suka. VIP tu tak suka sebab dia mengaku tidak bersalah...berbelit? padan muka..haha

Aku pelik dengan kes undang2 Malaya la ni. Aku yg keliru atau depa yg keliru. Tapi aku rasa memang sah aku yg keliru, sbb aku ni cuma penoreh getah. Depa tu bertahap dewa-dewi,serba tau bab undang2 negara dan luar negara.

You know what i mean??

Dunno ka??? Tak pa la...hang baca blog lain je la..blog ni mmg cacamerba....hehe

Lapan Lapan Lapan..

Today dated 08-08-08...anything special??

Ntah ler..sama je kot...nothing so special about this date. Just a number..!

One thing for sure, my age is getting older. Our planet is getting older...Day by day...Gua pikir la sendiri...!

Khamis, 7 Ogos 2008

MY SWEETHEART 2

Tengahari semalam anak aku dtg ke tempat kerja aku. Sambil2 menunggu mamanya pi Avon...Kalau dah menunggu tu memang bosan la. Dah nama pun budak2,mana suka duk diam je kan. Aku pun ajak la dia 'study' buku tadika yg dia bawak bersama. Aku ajar spelling. Padahal bagi aku bab ni tinggi sket bagi dia. Anak aku ni baru kenal A,B,C..tapi dia ni suka sgt skip apa yg dia baca dlm buku dia...suka nak advance. Konon2 dah terer baca A,B, C la tu....

Aku: ok kakak...cuba eja ni..

Aleeya: K.U.C.I.N.G
Aku: bagus...jadi apa?

Aleeya: CAT (sebab dia tgk gambar tu kot)

Aku: ishh..salah.Bagi abah eja..Kakak sebut bunyi dia.. K.U ku C.I.N.G cing.......apa bunyi dia?

Aleeya: bunyi dia meoww..meoww..

Aku: ler...KUCING laaa....

Bagi aku apa yg dijawab oleh anak aku tu sebenarnya tak salah. Memang betul pun bunyi kucing "meow meow " kan..Aku je yg tak pandai mengajar kot..hehe

Rabu, 6 Ogos 2008

Bila Lagi Bang Dolah?!

Harga minyak dunia dah semakin turun bang dolah....bila nak turunkan harga minyak kat Malaya ni...tunggu PRK Permatang Pauh ke???

PRK 26 ogos...lambat lagi bang dolah.....

Aku ulang-alik sehari RM20 utk ongkos minyak je...raban la kome....kome ni rakyat marhaen je..bkn kaya rasa mcm Kera Jantan tu...

Harga minyak USD118/barrel....byk turun tu bang dolah...c'mon la...

Nak juga hantar kat peti aduan tapi YM bang dolah tak pernah on pun...ke bang dolah set invisible??

bang dolah cek la kat sini : Oil Prices ...jgn tido yer...takkan balik dari Lipis dah letih...naik helikopter , bukannya drive sendiri ke KL tu...!

Selasa, 5 Ogos 2008

Tazkirah 1

Khas utk diri aku sendiri yg selalu lalai..

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda :
"Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam.

Sejukkan Mata Sejukkan Hati..

Hari Jumaat baru2 ni aku balik kampung aku jap. Ditemani oleh gua punya bodyguard Mr.Ubi Lepih. Jarak antara Lipis dengan kampung aku tu takde la jauh sgt,cuma memakan masa selama 45 minit je.Kalau drive la..kalau aku jalan kaki ada kat 2 hari kot. Tiba2 teringat nak balik. Konon nak cari buah durian n rambutan. Tapi satu hapah pun takde. Yg ada cuma kulit2 rambutan. Aku tanya kat sepupu aku buah rambutan tak menjadi ke tahun ni. Dengan selambanya dia kata "buoh mutan abih makan di berok je..". Terkuciwa aku disitu. Takper la...berok pun nak makan juga kan..Takkan Kera Jantan je yg boleh songlap rambutan tu. Berok2 pun ada hak mereka. Berok2 pun nak juga menyara hidup. Berok2 jgn sekali pun bg chance kat Kera Jantan tu. Kera Jantan dah kaya-raya. Bini dia pun kaya-raya. Pak Mertua Kera Jantan pun kaya raya. Jangan...biarkan Kera Jantan cari rezeki tempat lain. Dia ada kroni..hahha...apa aku meraban ni...

Alang2 dah balik kampung tu aku ajak Mr.Ubi Lepih ronda2 ke cerok kampung aku,nak sejukkan hati... sambil2 tu klik! klik! klik! bunyi kamera. Org kampung ingat reporter mana la masuk kampung depa ni.Sinar Harian? Utusan? Berita? NST?....tidak...kami dari klipis.blogspot.com . Blog bertaraf 5 star (haha). Seantero dunia akan menengok gambar kampung aku nanti. Aku rasa sure makcik/pakcik tu kata "dah siap klik! gambar tu jgn lupa pi kelik (balik) lipis ye.." ..ye la..kita org nak balik la ni...!

Kucing ni mcm tak puas hati je tgk aku...Nak gaduh jom la..


Aku mmg suka tgk sungai..tp yg ni kecik je..stream.Geram je nak terjun mandi...


Sepi...kalau mlm aku bwk kete laju2 sambil on cd surah yasin..jangan pandang belakang..nanti terbabas masuk hutan...sapa nak tolong??

Isnin, 4 Ogos 2008

Berpisah Bilik...

Aku dah lupa tajuk lagu P.Ramlee yg dlm liriknya ada mengatakan suami-isteri walau macamana bahagia pun tetap ada persengketaan samada kecil atau besar. Ada masa persengketaan tu membawa kepada padah, r/tangga porak peranda dan terus cerai berai.

Aku setakat ini alhamdulillah takde la lagi sampai baling pinggan,sudu,garpu etc. Setakat gaduh kecil2an tu perkara biasa la kan... Ada masa 'bertelagah' walaupun perkara kecil atau remeh temeh. Tetapi selepas berlaku beberapa 'perundingan' di meja bulat makan atau tempat beradu, kami suami isteri kembali bahagia dan melupakan persengketaan.Kami bermaaf-maafan. Maaf zahir dan batin..

Bulan lepas rasanya takde apa2 persengketaan, tetapi wife aku mengambil keputusan yg begitu drastik. Aku pun berfikir apa kena dengan wife aku ni. Tiba2 je membuat keputusan yg mmg aku tak jangka langsung. Tak ensem ke aku ari ni?? Gigi aku tak berus ke?? Takde angin takde ribut... tapi wife aku memang nekad utk berpindah bilik. Bilik kami sebelum ni memang selesa. Luas , harum dengan bau-bauan dan terhias indah dengan bunga2 plastik..

Aku akur dgn keputusan dia.Aku kan suami mithali..Dah wife nak pi bilik lain. Aku hormati. Dulu memang bilik tu digunakan oleh adik ipar aku. Tetapi selepas dia tamat Form 5 dan balik kampung di Aloq Staq utk menyambung pengajiannya diperingkat sederhana tinggi (Form 6), bilik tu memang dikosongkan...

Semalam aku terharu atas sikap wife aku. Walaupun dia sudah menggunakan bilik lain, tetapi dia masih baik hati utk membersihkan bilik aku. Maklum la kan bilik aku sorang. Memang jarang aku bersihkan sebab aku ni ada masa letih malas yg amat sgt. Ada masa aku tak perasan pun bilik aku tu kotor dan bersawang. Dah hari2 guna memang tak perasan (takde perasaan?). Org lain pun macam tu kot..

Selepas wife aku bersihkan bilik tu aku rasa amat selesa. Bilik tu harum semerbak,bersih, berseri2. Tidak macam dulu lagi..Seronok kalau aku masuk bilik aku tu...kalau aku masuk bilik tu memang aku bagi senyuman kat aku sendiri (kat cermin la..)

Terima kasih kat wife aku kerana membersihkan BILIK AIR aku..kami cuma berpisah menggunakan bilik air je. Bilik tidur still sama...

jongos tul aku nih...haha

Hadis Rasullah s.a.w (riwayat muslim)
"Apabila tidur seorg isteri dalam hal keadaan meninggalkan tempat tidur
suaminya,maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi
"