lama aku cuti menulis. mungkin sedikit takde
mood selepas dengan rasminya aku menjadi ahli kelab penghidap darah tinggi.
free membership pula tu!
sebelum ini aku cuma ada penyakit gout yang dihidapi semenjak tahun 2003 dahulu. serentak dengan tarikh pilihanraya umum.
tujuh tahun kemudian, iaitu pada oktober tahun lepas aku kena darah tinggi pula. mula-mula
doc bagi aku amlo 5mg. dalam masa seminggu tambah pulak ke amlo 10mg. aduhai...
dalam tempoh pemakanan ubat darah tinggi dan gout, perut aku pulak meragam. kata
doc aku kena gastrik. mungkin atas sebab
diet beria-ria sangat. aduhai... kena tambah ubat lagi.
tahun baru ini aku sambut dengan penyakit terbaru pula. masih dalam kategori darah tinggi, cuma ubatnya bertambah lagi. ini adalah kerana kedegilan aku juga. dah la lama tak kerja berat, tiba-tiba je hari kedua dan ketiga tahun baru aku angkat barang berat. jawapannya aku sakit dada dan dimasukkan ke wad. atas sebab itu
doc bagi ubat metoprolol 100mg. aduhai..bertambah stok ubat aku.
apa yang tersirat, sakit ini sebenarnya memberikan aku istirehat dan ia juga merupakan teguran dari allah kerana kealpaan aku sendiri dalam menjaga kesihatan.
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim
doakan kesihatan aku bertambah baik...
* malas
update blog juga merupakan satu penyakit!