Jumaat, 24 April 2009

alif ba ta

Al-kisah dua orang pemuda (yang sudah hampir tua) yang ingin mendalami ilmu agama.

Antara ilmu yang ingin didalami ialah pembacaan atau mengaji al-quran.Sudah beberapa kali bertukar-tukar ustaz yang mengajar mereka mengaji. Bukan kerana mereka berdua yang saja-saja nak tukar. Tetapi ustaz-ustaz tersebut yang tak tahan atas 'keloyarburukan' mereka bila mengaji. Tau-tau je la bila umur semakin tua baru nak mula belajar mengaji. Banyaklah bunyi-bunyi atau sebutan yang tak enak didengar. Nak kata pelat ...tidak. Nak kata gigi rongak..pun tidak. Kedua-dua mereka tampan. Gigi pula tersusun kemas, cuma kuning sedikit. Bila bertutur indah pula bahasanya. Tetapi bila pemuda pertama mengaji, pemuda kedua gelakkan kan dia. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya ustaz pun tak tahan. Angkat kaki.

Baru-baru ni mereka mendapat seorang guru mengaji al-quran yang baru, Ustaz yang baru pencen mengajar sekolah.Beliau adalah tuan guru atau ustaz yang keempat dalam tempoh lima tahun mereka berkecimpung dalam arena tukar-menukar ustaz ni. Alhamdulillah, atas budi bicara ustaz tersebut, beliau menerima kedua-dua pemuda tersebut sebegai anak muridnya. Maka tersangat gembiralah mereka.

Malam semalam adalah kelas pertama mereka mengaji.

Pemuda pertama:
Bila ustaz suruh beliau mengaji, beliau baca. Nampak macam dah terer mengaji.Tetapi bila mula membaca terserlah lah kesilapannya. Ada masa huruf pun boleh tertukar. Baca pun banyak tersangkut. Macam budak tadika baru belajar membaca je rupanya. Pitching juga banyak lari ke laut. Baru sebaris ayat yang dibaca dah mula semput. Nafas tak sampai. Kat sejam diajar, semuka Quran pun belum tentu habis dibaca. Bila selesai diajar dan diarah oleh ustaz supaya mengulang balik apa yang dibaca, beliau masih tersilap dan terbabas.Bebal. Masa kecil dulu taknak mengaji betul-betul. Itu la pasal!

Pemuda kedua:
Beliau agak mahir sikit dari pemuda pertama. Mungkin beliau mengamalkan bacaan al-quran setiap hari. Bacaan nampak lancar. Aku dengar beliau ni macam terer. Costume juga kemas.Seperti pemuda pertama juga, beliau lengkap berbaju melayu dan songkok merengnya.Respek aku kat beliau. Tapi bila mula baca macam-macam la ustaz tegur kesilapannya. Diction tak tepat. Pitching juga banyak lari. Semput katanya.

Walaubagaimanapun tujuan kedua-dua pemuda itu amat dipuji oleh ustaz. Tak malu untuk belajar. Malu belajar sesat jalan, kata ustaz.

Aku juga puji semangat mereka berdua. Baguslah kerana mereka sedar mereka jahil, maka dengan itu juga mereka ingin belajar lagi. Berubah sebelum terlambat.

Aku teringat satu hadis/surah yang mengatakan bila kita membaca ayat al-quran tak kira satu ayat pun, InsyaAllah kita akan mendapat 'bonusnya' dari Allah s.w.t.Bonus yang dilaburkan untuk akhirat kelak.(nanti aku update kemudian.Nak cari ayatnya dulu.Maklumlah aku ni jahil,kena belajar banyak lagi!)

Adakah aku memuji atau 'mengaibkan' diri aku sendiri?
Kenapa?
Ya..kerana pemuda pertama yang diceritakan itu adalah aku.

AL-QURAN ITU UNTUK DIBACA, DIFAHAMI, DISELAMI AGAR MENJADI PANDUAN HIDUPMU AGAR BERHAGIA HIDUPMU DIDUNIA DAN AKHIRAT. HIDUPKANLAH AL-QURAN ITU DIDALAM DIRIMU AGAR MENJADI APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI QURAN HIDUP YANG BERJALAN DIBUMI ALLAH DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI. dipetik dari sini

*kepada kamu yang sudah pandai membaca al-quran, amalkan. Kepada kamu-kamu yang masih terkebil-kebil seperti pemuda yang diceritakan diatas, jangan malu untuk belajar. Kelak diri sendiri yang rugi. Pahala dosa juga sendiri-sendiri. Takde orang yang nak bagi pahala mereka kepada kita. Apa barang..
*
semoga orang kafir yang membaca al-quran itu mendapat hidayah.Biasalah kalau orang kafir baca mesti pelat. Kanak-kanak yang baru belajar mengaji pun pelat.Aku pun ada masa masih pelat.. haha!

11 ulasan:

INTAN berkata...

betui3X

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

tapi skrg ramai yg dah hafal tapi tak faham langsung bro...

Snakebite berkata...

boleh kah aku join untuk menjadi pemuda (yang tidak muda tapi kuda) yang ketiga?

ummzaid berkata...

Tadi dlm van, kome dgr Shaykh Abu Usamah Ath Thahabi kata..

"Kalau kita ikhlas buat sesuatu kerana Allah, perbuatan itu akan berada ada diatas mizan nanti."

ummzaid berkata...

maaf..

perkataan "ada" tu sepatutnya di erase..

azz berkata...

TAHNIAH!!....
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yg ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri"
(surah Ar-Ra'd : 11)

ceri masam berkata...

:)

tak mau komen pjg2.

INTAN RH berkata...

Belajo mengaji takde limit umur, bro... Cuba cek ada berapa naskah Quran ada dalam umah kita,? :)

reverie berkata...

dia nak belajar, bagus tu. Tak elok kutuk dia. Ha kan sekarang dia dah pandai. Boleh translate jawi dalam blog lagi. ha ha. Tahniah.

chekgu Bani Hassim berkata...

selagi ade kemahuan nk belajar, teruskan je laa...
sampai ke liang lahad...

benludin berkata...

INTAN,
mcm upin ipin je bunyinya

pentoi,
lebih baik hafal lagu kalu itu macam kan

snake,
buleh je..dengan syarat mesti 'pelat'..haha

ummzaid,
tq atas dorongan

azz,
masih awal..takut ustaz tak sanggup ngajar..haha

one love,
tak panjang tak per...senyuman tu dah kira cukup lebar..:)

INTAN RH,
banyak tapi kalau tak baca tak guna jg

revrie,
tq bakal cikgu

chekgu,
yesss....kalau x mau mcm2 alasan plak kan