Selasa, 14 April 2009

finding nemo

Hasil kerja kreatif anak lelaki aku. Mungkin beliau berfikir bagaimanakah cara supaya barang mainannya dapat tahan lama.

Bas ini juga telah dijadikan model didalam filem Speed lakonan Keanu Reeves. Kedua-dua tayarnya hilang ketika pemandunya mengawal kelajuan bas semasa dikejar penjahat (baca: dipijak oleh anak aku selepas menonton siri Ultraman Gaia melawan raksasa yang timbul dari perut bumi)

*sila lihat gambar terbaru aku di dalam profil. Ia adalah gambar terbaru yang diambil oleh seorang jurukamera cina yang profesional. Kasihan...tiga bijik kamera cina tu rosak. Daulat juga aku ni kot!

12 ulasan:

INTAN RH berkata...

Gud job, anak aok mmg kreatip, ni msti nurun bapak dia hehe :D

INTAN berkata...

hahha...bijak bijak....minum susu apa le gamaknya...hehhe

reverie berkata...

Tak sangka kamu hensem bro.

ummzaid berkata...

:D
suka tengok gelagat anak2...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~

kreatif sungguh anak kamu Pakcik..

^___^

IKRAB family berkata...

brilliant...besaq esok ada tu something positive yg dicipta dan tercipta nanti, insya-Allah :)

chekgu Bani Hassim berkata...

pjg akal gak anak ko nih...
okela tuh...
ade inisiatif nk simpan barang2 mainan dier..takde la sepah2..

benludin berkata...

gang...

kerenah anak ni ada masa kena layan jeh...
taknak menyekat kreativiti mereka walaupun ada masa perbuatan mereka itu dianggap 'nakal'

kan kan kan?

intanrh berkata...

Karenah bapak pun kdg2 "nakal" gak tp nak kabo gone ke org tua...hehe

nina berkata...

nasib baik zara tak reti baca blog andak dia.. kang dia pun nak tiru si irfan letak toys dlm fridge.. mmg kreatip yer irfan tu!

Daffodil D berkata...

hehehe...ikut cik cha la ni nakal ms kecik2~ (mama cte mama ludah dlm mulut cik cha sbb nakal/lampi..huhuhu)

benludin berkata...

nina,
suh zara masuk mykidsparadiso.blogspot

Da,
kalau dia tak buat gitu, keh dah jadi PM