Khamis, 30 Julai 2009

H1N1 dan yang sewaktu dengannya...

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Doa untuk elak wabak penyakit yang sedang menghantui 1Malaysia:

"Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam."

Nota:

-Baca doa ini tiga kali setiap pagi dan petang.

-Ingat...kita juga perlu berusaha untuk mengelak/menjauhkan diri dari wabak ini (tidak semestinya H1N1 sahaja. Ia termasuklah juga wabak penyakit yang lain seperti Aedes,Denggi, SARS, Chikugunya dll). Disamping itu kita berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga kita, keluarga dan rakan-rakan mendapat perlindungan dari Nya. Insya Allah..

-Influenza A (H1N1) FAQ 

13 ulasan:

jawa peranakan berkata...

doa untuk wabak 1 MALAYA yang sedang melanda 1 Malaysia ada?

benludin berkata...

jp,
nanti aku tanya dato` mashitah

Eyna's berkata...

Salam...
mintak izin nak copy paste dalam blog skolah ye....

TQ

benludin berkata...

salam cikgu:
dipersilakan...np at all..

ummzaid berkata...

ameen..

Tanpa Nama berkata...

ameen.tq bro.
p.crayon.

benludin berkata...

latest h1n1 di pahang: 3 buah sekolah ditutup 1 minggu

Tanpa Nama berkata...

latest jugak abah aku habaq, satu sekolah tutup kat daerah parit buntar kat kg aku.
nampaknye wabak ni paling dtakuti skg...hampir terlupa wabak HIV kerana kelebihan sosialnya dlln...

p.crayon

INTAN berkata...

statistik sebenar pesakit ni kat malaysia jauh lebih byk dr yg kuwar kat tb radio tuh...

Basuh Baju berkata...

lulus JAKIM x ni?

aku berkata...

moga2 kita semua bebas dari wabak yg melanda..

chekgu Bani Hassim berkata...

ni bala dari Tuhan...
kite same2la berjage2...semoga kite dijauhinya...

benludin berkata...

basuh baju:
pak najib luluskan dah..