Khamis, 31 Julai 2008

Mimpi...

Aku memang selalu mimpi berjumpa arwah parents aku. Dia org dah lama meninggal. Mak aku @ 6 Dec.1990 meninggal sbb stroke. Dan ayah aku lak @ 2 Feb. 2000 sebab throat cancer. Alhamdulillah..setakat ni aku takde la mimpi yg bukan2 atau yg buruk bila berjumpa arwah parents aku ni.

Malam tadi aku bermimpi lagi.Mimpi jumpa ayah aku. Aku sekeluarga panggil dia apak. Dulu dia mmg seorg ayah yg garang,kena la dengan karier dia sebagai cikgu. Cikgu dulu garang2 beb, student sure kecut perut kalau jumpa cikgu (student sekarang?? ermm..No komen..) ...Semua anak2 dia mmg takut sgt dgn ayah aku ni. Walaupun dia garang adik-beradik aku tak pernah kena pukul atau kena rotan. Cuma dia garang dari segi percakapan. Suka marah anak2 (dah anak2 buat silap,sure la kena marah kan)... **bagi aku dia marah secara rational-bersebab, bukan emotional..:)

Dalam mimpi mlm tadi aku pergi ke sekolah lama aku (dulu famili aku duk di rumah guru dlm kwsan sekolah)..Masa aku pi situ, semua budak2 sekolah balik bercuti. Masa aku ronda2 tu ternampak rumah lama aku ni. Aku perati pintu rumah terbuka..lampu plak menyala. Dalam hati aku kata sapa lak duk sini, sbb rumah tu dulu dah terbakar...Lepas tu aku pi naik ke rumah sbb curious. Kedatangan aku tadi tu disambut oleh ayah aku. Dia kata dia happy sangat. Happy sebab rambut dia semakin lebat berpunca dari pemakanan ubat sakit cancer dia tu. Lepas tu dia citer badan dia pun sihat dan semakin tegap...sambil berposing depan cermin. Aku pun tergelak terbahak2 sbb tgk gelagat ayah aku ni. Dia pun gelak sama...(in real life mmg kita org tk pernah gelak atau semesra itu)...tgh sedap2 gelak tu, ayah aku kata."apak harap Raya tahun ni adalah yg terakhir.Tak dapat raya bersama dah lepas ni.."..aku terkedu jap. Lepas tu aku menangis sakan,meraung...Memang sedih dia kata macam tu...

Tengah2 aku menangis tu aku terus terjaga dari mimpi aku.Dlm jaga tu aku terus sambung menangis.. tapi takde la meraung..kang kantoi lak dgn wife n anak2 aku..hehe

Tu jer mimpi aku,pendek dan ringkas.Macam cerpen..hehe..Actually aku mmg 'seronok' bermimpi macam tu. Bukan apa, sekurang2 nya dapat mengubat rindu aku kat parents aku yg dah meninggal. Tapi aku pun kena pikir gak sebab apa aku selalu sangat mimpikan dia org. InsyaAllah sebagai anak, aku cuma boleh 'membantu' parents aku dengan 3 perkara i.e: doa,sedekah dan amal jariah aku...Aku berdoa supaya roh parents aku ditempatkan bersama dengan org2 yg mukmin....

al-fatihah....

recited by:Sheikh Mishary Rashed Alafasy

p/s: mimpi yg pendek tapi cukup utk memberi 'peringatan' utk aku...

Rabu, 30 Julai 2008

INOVASI terbaru h/fon!

aku dpt e-mail dr kwn aku. Dia kata ini adalah teknologi terbaru yg diterokai oleh seorg surirumah sepenuh masa...kita cuba sama2..

Ini satu informasi untuk orang yang pakai telefon Bimbit 1G or 2G mahupon 3G" Dengan menggunakan wang kertas dua ringgit sahaja anda boleh mendapatkan "full bar" untuk h/phone anda walaupun di mana anda berada. Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen utk "boost up" h/ phone bar untuk line 013, 016, 019, 012, 017 dan banyak lagi.

Caranya:

Step 1 : Offkan h/phone.

Step 2 : Lipatkan dan selitkan wang kertas RM2 yang telah dilipat menjadi sama size dengan bateri h/phone anda.

Step 3 : Onkan h/phone anda dan periksa bar pada h/phone anda.

Step 4 : Semasa h/phone anda on, pastikan ID. 10T tertera pada display h/phone anda.

Step 5 : Your h/phone now will display full bar network coverage wherever u are.

Boleh???

Kalau tak boleh tunggu posting aku on the next episode...

Selasa, 29 Julai 2008

Raban...

Raban, meraban,reban, marhaban dan Rabbani adalah 5 perkataan yg berbeza. Apatah lagi maknanya...amatlah jauh walaupun sebutannya ala bau-bau bacang gitu.Bak UMNO dan PAS...pertalian sedara tu ada, sesama Melayu-Islam, tapi landas perjuangannya jauh bak langit dan bumi..(ye la tu..) tapi mereka masih ada peluang utk bersatu (bersatu???) jika adanya muZAKARah..hehe

Tapi hari ni aku bkn nak citer makna perkataan diatas, cuma nak relatekan dgn RABAN tu je. Raban ni rasanya cuma ada dlm loghat Pahang je kot.Tapi yg kompem nye org Lipis (pure kampung mcm aku ni) mmg suka guna perkataan Raban ni.Tak tau la budak2 muda Lipis. Selalunya budak2 muda Lipis ni kalau dapat pi K.Lumpur tak kenal loghat Lipis dah. Meremang bulu roma aku kalau dengar dia org cakap 'canggih' kat Lipis ni.

Aku nak bagi contoh case-study yg jelas supaya anta (unta??) faham apa dia makna RABAN ni..kalau anta faham, maka eloklah digunakan perkataan ini ketika berkomunikasi bersama rakan2 anta melalui telefon,sms atau pun perbualan harian...good luck to anta..

Case-study raban I:
Sekarang ni di Malaya dilanda musim buah yg amat ketara, tapi belum kritikal. Dari buah yg kecik2 sehingga lah buah yg sebesar2nya. Kritikal bermakna harga sebiji durian RM0.10...Tapi TIDAK musim ini. Memang ada masanya aku beli banyak kali buah2an ni termasuk durian,manggis,langsat dan rambutan...(kena tau beza makna banyak kali vs banyak)...

Hari Ahad baru2 ni mmg byk buah kat rmh aku (yg aku beli la, aku mana ada dusun). So menu makan aku terganggu sket la..Ini jadualnya:
Breakfast: Buah durian
Lunch : Buah rambutan
Tea time : Buah langsat
Dinner : Buah manggis
Supper : tak sempat, dah ZZzzzZ..

Nak makan buah dadu(??) pun tak sempat, perut dah lain macam..ada gangguan..tu la pasal..
Tengah2 malam anak aku terjaga plak nak susu.Aku pun pi dapur nak buat susu dia (bapa mithali)..hehe. Sambil2 tu sempat lagi buka peti ais belasah durian 3 ulas...hehe

Yang ni mmg tahap raban. Hari ni tekak aku mula dah meragam. Nak telan air liur pun sakit. Tapi telan nasi ON jeh...

Anuar bin Mokhtar: "raban betul aok ni, tu la..makan durian byk sgt.."

Case-study raban II:
Yg ni kena relate sket dgn isu politik semasa. Semlm dlm berita TV3 aku ada tgk pasal bekas MB Perak(yg kalah PRU12 tu ler...) mengajak PAS berkongsi kuasa di Perak.
"Perak Barisan chief leads charge for talks with Pas to form new state government.." NST 29July2008..

Minggu lepas ada juga bekas MB Selangor bhw dia pernah mengajak PAS berkongsi kuasa di Selangor selepas PRU12 dulu. Tapi ditolak oleh PAS. Kongsi raya pun PAS tak setuju ini kan pula nak kongsi kuasa...hehe

Yang takde kedengaran ialah pelawaan MB di negeri2 yg dipegang oleh BN. Aku nak dengar juga MB Adnan Yaakob ajak PAS kongsi kuasa...
dlm berita TV3 mlm td(29 julai) ada MB Phg ajak PAS kongsi kuasa di PHG..baguih la..jgn ajak2 ayam dah ler...

Ni pun kira contoh juga. Raban dah UMNO ni...

Anuar bin Mokhtar: "raban betul dah UMNO ni ye..tiba2 ajak muzakarah.Pas tu ajak kongsi2 kuasa lak .."

Sekian sahaja meraban aku kali ini...Jumpa lagi diepisod akan dtg..

p/s:
1. nanti nak cek dlm kamus dewan ada tak perkataan raban..Kalau ada mmg raban juga yer...
2. maaf..aku mmg penulis blog amatur yg merabannn....
3. terima kasih kepada Encik Anuar kerana meminjamkan dialognya dlm blog aku ni..

Jumaat, 25 Julai 2008

Kes Naik Minyak...

Hanya lampin pengubat rindu
PARIT BUNTAR:
Kain lampin dan mainan kanak-kanak menjadi pengubat rindu buat Norhanizah Ahmad, 27, yang kehilangan dua anaknya dipercayai diracun bapa mereka di Kampung Parit Kasa, Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.
Malah, rumah ibu Norhanizah di Kampung Titi Serong, dekat sini, juga bertukar suram apabila tiada lagi keriuhan dan keletah dua beradik itu, Muhamad Shafril Shamir Shaari, 4, dan Nor Amelia Syafiqah, setahun.Dalam kejadian menyayat hati itu, suaminya, Shaari Hamid, 34, menggantung diri menggunakan tali dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai membunuh dua kanak-kanak itu dengan memberi mereka meminum racun.Norhanizah ketika ditemui semalam masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan serentak dua anak dikasihi itu...

if you want to read more click here

..nyawa semakin murah
...taknak komen byk..
..sedih...

Khamis, 24 Julai 2008

Something Rotten in the State of Denmark???

Apa itu:

mubahalah
"The proposed “mubahalah” (malediction) to resolve the sodomy allegations against
PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim should be used as a last resort,
said Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
"

muzakarah
"PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat wants the muzakarah (dialogue) between the party and Umno to stop."

muqabalah
"Nik Abdul Aziz, who had earlier expressed his objection when he heard about the meetings that had taken place, said he was open to the idea of muqabalah (face-to-face discussions) .."

Aku pernah dengar 3 term kat atas tu sebelum ni. Tapi tak amik kisah sgt. Silap2 kalau org tanya mmg aku tak tau apa makna dia. Tetapi selepas isu lewat dan isu UMNO-PAS (bukan monopous) aku dah amik tau. Secara tak langsung TGNA telah mendidik rakyat Malaya 3 vocab bahasa arab. Aku sure org bukan Islam pun dah pandai sebut vocab kat atas tu..

Antara yg pandai menggunakan perkataan itu ialah seorg pakcik(apek ikan) yg mana datok atau moyangnya berasal dari Negara China..

apek ikan: " lu takde pigi itu muzakalah ke ini petang dingan itu ketua kampung. Gua dingar itu tok empat kina tangkap basah lor. Dia tarak ngaku maaa..itu pasat dia mau mubahalah dgn ketua kampung..tapi aaa, gua lasa aaa. Ketua kampung kina buat itu muqabalah lagi patut maaa..sebab dia talak buleh buat keputusan maaa.."

caya la apek!

Tapi aku bukan nak citer pasal itu apek. Nak citer pasal pemimpin Denmark yg aku war-warkan dlm posting aku sebelum ni. TGNA la yg memainkan peranan utk mempopularkan 3 vocab diatas sehingga seantero Malaya memahaminye termasuk apek ikan tadi. Itu sebab aku tabik sama itu citizens of Denmark kerana memilih TGNA sebagai pemimpin mereka. Mereka berani!!!..Kita????

Aku tabik bukan kerana depa berani berubah shj tetapi amat pandai berniaga(spt dlm posting aku semlm). Depa juga amat menjaga keakraban sesama rakan senegeri. Kalau depa terjumpa rakyat Denmark yg lain di Johor atau di UK ke, sure depa akan jadi bertambah akrab walaupun sebelum ini tak pernah kenal batang hidung pun...."oooo..oghe kito!"

Aku tabik sekali lagi kerana rakyat Denmark juga amat bangga dengan bahasa ibunda mereka. Tak kira la tercampak kat mana pun, loghat tu tetap kekal. Begitu juga bab pemakanan. Budu akan dicari walaupun depa pergi ke Iceland...

Kita?? Orang Pahang terutamanya org Lepih amat terasa kemaluannya jika bercakap dlm loghat Lepih contohnya kalau berjumpa kawan lama di Kuala Lumpur. Mesti cakap bahasa baku punya. Mana ada kelas cakap loghat Lepih!

Aku: " weh Nuor aok nak kemana tehh? Nak pegi ke Senterel Merket ke?"
Anuar: "buat malu aku je kau ni. Ini KL la bro...sebut elok2...Central Market la..."

Berbalik kepada TGNA tadi (baru aku terperasan, byk lak aku guna wording 'berbalik' ni ye..hehe) rakyatnya amat beruntung memperolehi kepimpinan di bawah seorang ulamak.Beliau amat berani utk memperjuangkan sesuatu kepada rakyatnya walaupun sehingga ada masa 'budget' dari gomen pusat pun disekat.

Denmark boleh dijadikan model Negeri Islam...
something is flourishing in the state of Denmark... i.e ISLAM...

err..ni je ke citernye??
sebenonya byk lagi, maleh nak citer panjang2, nanti org Denmark kembang hidung lak...hehhe

nota kaki:
1. aku bkn berkempen politik (lagipun aku bkn ahli PAS cuma AP-atas pagar). Dan aku cuma nak highlightkan 'keberanian' rakyat Denmark untuk cuba berubah..:)
2. nak bodek org Denmark ni...hahaha






Rabu, 23 Julai 2008

Derian...!

peta Denmark

Update blog?

utk beberapa hari ni aku mmg takde mood utk update..masih lagi terkial2 dengan kesibukan yg aku saja cari. Ada masa aku pi menyibuk kat blog lain. Sebab aku adalah pelawat blog yg aktif, bukan pengupdate blog yg aktif...haha..

"cam tu tak yah buat blog la bro.Damn you!"- kata Anuar kwn aku yg mmg jeles kat aku yg mempunyai blog sendiri!

"lantak aku ler...!"- aku jawab balik..tak abih2 mamat tu menyumpah..

Tapi sambil menaip type-writer aku ni (perghh..typw-writer aku leh sambung ke internet!) aku teringat kes beli durian di Merapoh last week. Tu mmg routine aku kalau pi Merapoh. Memang aku singgah beli buah punya. Kalau takde musim buah, aku singgah gak. Tapi beli buah tangan je termasuk la buah petai kerna aku adalah pemakan buah petai yg hyper-aktif. Aku sanggup makan petai jeruk bersama dgn ais krim vanilla.. perghh...sedap beb! Kerna ketaksuban aku kat petai ni membuatkan adik ipar aku mencadangkan supaya aku proseskan petai jadi jus. Leh simpan dlm peti ais atau buat bekal....good idea gak tu..

Berbalik kat durian tadi, aku singgah kat stall makcik yg berasal dari Denmark. Pada firasat aku ler most of the makciks yg berniaga kat situ berasal dari Denmark. Sebab apa ye? Ala...leh kenal org Denmark ni bertutur..."abe...nak beli gapo?"

..aku tabik sebab bidang perniagaan telah menjadi kebudayaan bagi makciks yg berasal dari Denmark. Kebolehan makciks didalam bisnes ni membuat kan pakciks yg berasal dari Negara Cina berasa jaki.

Bukan di Merapoh je org Denmark ni ramai. Kat bandar Lipis ni pun dah dibanjiri oleh org2 Denmark. Aku tabik sekali lagi kat depa..Disini macam2 kedai makan ada. Tapi most of them mempunyai resepi masakan Denmark sampai masakan rasmi tempoyak patin pun dah bercirikan ala-denmark. Dah takde originalnye...

Pak-pak polisi pun berasal dari Denmark. Pak-pak Pejabat Daerah pun sama. Cikgu-cikgi lagi ler..sampai nak mengajar dlm subjek Bahasa Malaysia pun terpaksa la murid2 belajar bahasa Denmark juga...bagus la...perbanyakkan bahasa pertuturan..

Berbalik kepada cerita durian tadi. Berapa kali berbalik daaa...

Sebenarnya memang aku tak nak citer pasal durian pun. Topik sebenarnya ialah Kuala Lipis bakal menjadi sebuah daerah in the state of Denmark...haha

p/s: khabarnya org Denmark pun telah merantau jauh ke far-far away galaxy. Beliau ialah Obi-Wan Kenobi (atau abe wan kelubi).. gua tabik sekali lagi...!
peminatnye boleh menemui beliau di pawagam pada 15 Ogos ni. dlm filem The Clone Wars..

Rabu, 16 Julai 2008

Gula2 HACKS...!


RPK's website was hacked again...
pic tak clear..dlm website tu cuma ada 4 words.."Luke is a bast*rd"

terer tul mat hackers tu...leh ajar aku ke...?

satu lagi yg aku pikir, camner la rupa hacker tu ye??
rupa mcm aku yg ensem ni kah?
atau rupa mcm brad pitt??
atau mcm Rosyam Nor?
atau rupa mcm kwn aku si Anuar yg selalu lewat tu???

masa dia hack tu, camner dia berpakaian ye??
pakai tie n jacket??
pakai t-shirt metallica??
pakai singlet pagoda n berkain pelikat/batik je???

atau hacker ni bukan Mat?? dia seorang Minah??

kalau aku terer,nak hack website sapa ye..rasa2 antaranya ialah:
1. CIMB - leh aku hapuskan hutang aku!Instead of hutang, aku jadikan aku jutawan...hahahahahahahahhahahahhahahha..(gelak seorg hacker)
2. ...?
3. ..?
for me satu website aku hack dah cukup la..dah kaya kan...aku bleh buat apa yg aku hendak..

p/s: lepas Anwar kena tangkap, si RPK lak kena....apa nak jadi Malaya kita ni. Tak aman dah..Aman Shah je yg aman...polis nak jimat lokap kot...depa leh share 2 org dlm 1 cell room

Selasa, 15 Julai 2008

PoliTik Selipar-----tersurat

gambar ini tidak kena mengena dgn entry aku bertajuk 'politik selipar'...

tapi cerita mengenai beliau akan menyusul kemudian...coming soon to a cinema near you...




jawapan kepada post sebelum ini:

Mat A: seorang kaki bodek atau mat skema.Selalu sikat rambut belah tepi. Sikat letak kat poket belakang sampai nak duduk pun bleh cucuk bontot sendiri...tapi bukan liwat ye..

Mat B: Mat UMNO totok yg suka tgk kartun Tom n Jerry

Mat C: Mat PAS-baru join je...yg suka baca Harakah je, taknak baca paper lain dah...

Mat D : Mat Environment (nak detail baca komen kaca)

Mat E : Mat Muzik-muzik yg menyokong artis tempatan. Tak pernah beli cd cetak-rompak seumur hidup dia...hehe

nasib baik la aku ni rakyat marhaen je. Kalau la aku ni Anwar Ibrahim atau Najib,memang sah selipar hijau tu bakal memecah-belahkan masyarakat...

Sabtu, 12 Julai 2008

PoliTik Selipar!

Glamer selipar aku ni. Menjadi perhatian rakyat marhaen Lipis. Apa la specialnya selipar aku ni yer. Yg aku ingat aku beli selipar hijau aku ni di Tong Fatt, Raub kira2 3 bulan lepas dengan harga siling RM4.90. Tujuan aku beli selipar ni bukan apa, senang aku buat basan( ada ke dlm kamus perkataan ni) ataupun utk mengambil wudhu'. Bukan la bertujuan untuk menglamerkan selipar aku ni. Selipar aku ni jenis low profile, tak suka glamer mcm Carbureter Dung tu...hahaha
Dalam 3 bulan aku pakai selipar aku ni dah macam2 dialog aku dengar.

Dialog 1:
Mat A: waaa...caya la selipar demeh ni. Deme beli kat mana? Cantik weeii...takde lagi org lipih ni pakai selipar macam ni. Kat KL pun susah nak jumpa selipar mcm ni..

Dialog 2:
Mat B : elehh...biasala kalau dah kaler hijau tu mesti PAS. Deme ni org kuat PAS ke?..selipar pun kaler hijau...pirahh..sebenonya secara tak langsung, PAS tu kat bwh kaki demeh je...tak layak duk atas...sian, hina betul PAS..

Dialog 3:
Mat C : wuyoo...serba hijau...takbir!!!

Dialog 4:
Mat D : selipar tu melambangkan deme ni suka kan kehijauan, tenang aku tengok. Sekarang ni byk sgt org tebang balak haram. Pokok2 dah semakin berkurangan..apa nak jadi dengan alam kita ni. Nak bernafas pun susah yer...

Dialog 5:
Mat E: caya la....bila kome tengok selipar aok tehh, teringat kat Zainal Abidin yg nyanyi lagu Hijau tehh..sedap lagu dia..

tu la dia....cerita selipar hijau aku. Ada juga yg dipolitikkan. Tunggu la one day, aku nak pakai suar dlm kaler hijau lak kat luar...haha

btw...siapakah Mat A, Mat B,Mat C, Mat D dan Mat E yg berdialog diatas ye??

Khamis, 10 Julai 2008

Recession Is Coming??

i got this email from a friend, Nik Aziz (but not TGNA maaa...)

Recession is coming ...
make your own judgment, don't panic !! Do what is wise. The recession looks very eminent. It is really time to take pro active steps to avoid a painful time in the next two years which is how long the recession is expected to last. Suggestions:
1. Don't take any loans, buy homes, properties with loans, or even cash. Keep as much cash as possible.
2. Pay off as much of personal loans, private loans, as debt collection will be hastened.
3. Sell any stocks you can even at lower prices.
4. Take money off from Trust Funds. (maleh la nak amik exam p.mutual cam ni!)
5. Don't believe in huge sales forecast from customers, be extremely prudent, lowest inventories, reduce liabilities.
6. Don't invest in new capital.
7. If you are selling homes/ properties/ cars , do it now, when you can get good prices, they are going to fall.
8. Don't invest in new business proposals.
9. Cancel holiday plans using credit cards.
10. Don't change jobs, as companies will retrench based on 'last in first out'.

Stay cool, wait, and if you took all of the above actions and more, you probably will be better off then many. This is not a rumor. Bear Stearns is the first of many banking and financial institutions that will start falling in the not too future. If Bear Stearns can fall, so can JP Morgan, Citibank, HSBC, and the whole world. US economy falls, the rest will crumble. India and all those self economies will be the most protected, but not gullible. Europe may be a little stronger, but not China , another giant! Malaysia will see significant impact.

p/s:
i hope our politicians stop arguing with each other.Now is the time to unite and think about the rakyat..tapi, boleh ke??? dun think so la...hahha

Isnin, 7 Julai 2008

Kes Hilang Lagi...


sumber gambar dari nurinjazlin.blogspot.com

Kita kat Malaysia ni dah biasa dengan kes kanak-kanak hilang. Dulu kita kecoh bila mereka ini hilang. Tapi sekarang semakin reda nampaknya. Aku harap kalau masyarakat reda pun, pihak polis jangan la juga macam kita. Duk senyap juga. Pencarian harus diperhebatkan. Cari sampai jumpa. Jangan jenayah ini berulang kembali.

Aku bukan apa, masyarakat pun semakin alpa. Takut ia berulang lagi. Kita tidak mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku sebelum ini. Sebelum ini heboh pasal kes Arwah Nurin Jazlin. Selepas itu kes Sharlinie dan Asmawi. Nampaknya kes ni dah senyap sunyi. Dalam paper pun aku tgk dah takde. Tenggelam oleh kes-kes lain. Kes kenaikan harga minyak dan terbaru ke 'lewat'.
Kes hilang yg terbaru ialah bukan kanak-kanak, tapi bapak kanak-kanak yg bernama Bala...(Bala and family missing: Nephew-Borneo Post) Dia memang mencari bala, lain sket dari kes kanak-kanak hilang ni. Sekali lagi kes kanak-kanak hilang tenggelam oleh kes bapak hilang. Tapi aku rasa Bala ni bukan hilang kena culik. Tapi Bala yg 'menculikkan' diri sendiri..Bala may have gone into hiding (Star 7 july 08)...Polis semakin pening. Telan la panadol banyak2 ye..Dah memang keje ko org..

Nasihat aku kepada Polis...Jangan Cari Bala..!
Bala..oh Bala....kadavaleee...

p/s: adik nurinjazlin always in my heart..

Ahad, 6 Julai 2008

Chris Chavez...Power la lu mamat!!

aku pelik dgn blog aku ni. Kat 3 kali aku post entry ni tak kuar2..adusss....

Masa aku tgh ronda2 dlm youtube aku terjumpa vid clip si mamat Chris Chavez ni. Memang power dia main gitar acoustic.

Mamat Chris Chavez ni dulu pernah duduk serumah dengan aku (termasuk Art Fazil). Aku pun tak sangka leh duduk serumah dgn artis macam depa ni. Kepala memang sempoi. Muzik pun sempoi. Only certain people yang leh layan muzik depa kot, termasuk aku la gamaknya. Kalau bagi kat mat hip-hop dengar muzik depa leh pengsan kot. Tak pun mat hip-hop tu jadi semakin gagap. Yo! Yo!

Aku ni lak memang peminat muzik. Muzik apa pun aku layan, dari thrash-metal (dulu2 le..) sampai la white-metal (nasyid..hehe). Tapi kalau suruh aku main gitar/muzik memang la aku bengap. Pegang gitar pun leh silap. Paling terer aku main gitar ialah soundtrack filem P.Ramlee- bila time suspen tu...

Teringat masa dulu2, time tu aku tengah masak kat dapur. Menu hari itu ialah kari ayam. Bab kari ayam ni memang paling aku suka masak, sebab senang bangat. Time aku masak tu si Chris dan Art tgh berjamming kat ruang tamu. Dapur tpt aku masak tu lak mmg sebelah je dgn ruang tamu. Time tu aku pun tgh bersemangat giler menumbuk bawang guna lesung batu. Keletung! keletung! bunyi lesung batu tu...

Tiba2 terdengar suara si Chris ni .."weeii..kalau hang nak join kita org jamming guna lesung batu tu meh la sini. Kalau tak mau, hang tumbuk la lesung batu tu slow-slow..pleasseee..."..perghhh. Chris sound aku beb..(perkataan 'please' tu dia tak lupa lak tu)..Dia sound aku dlm omputih le, takkan dlm slang Kedah lak kan..Aku pun tersengeh2 je la. Dah kena sound kan...Time tu jugak aku tinggalkan lesung batu tu dan terus pi bersila depan depa sambil layan jamming. Aku maleh nak sambung masak kari aku tu. Kau orang lapar kalu, pi masak sendiri ler jawabnya....

p/s:
1. suara Chris ala Led Zep..?
2. click here to see him playing 2 guitars simultaneously...(taraf wali la kot?..hahaha)
3. click here if you want to listen to his recent EP release...lagu Bahgdad's Alight tu cool...
4. ..err....ok la..aku nak pi rumah Najib jap...nak mintak duit beli beras. Dgr kata Najib ni senang nak jumpa....harap2 makcik Rosmah leh hidang kuih resepi mongolia kat aku...hehe

Jumaat, 4 Julai 2008

Yenadeee...apa sudah jadi...?

Tak sampai 24 jam cerita dah berubah..

3 July 2008
PI: Cops left out vital info
KUALA LUMPUR: Police omitted pertinent information allegedly linking Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak with the Altantuya Shaariibuu murder case, claimed private investigator P. Balasubramaniam in a statutory declaration.
Balasubramaniam declared he had informed police what Abdul Razak Baginda had purportedly told him prior to Altantuya's murder.
He revealed yesterday the content of the statutory declaration at a press conference organised by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim together with PKR office bearers, MPs and lawyers at the party's headquarters in Tropicana, just outside Kuala Lumpur.

4 July 2008
PI retracts stunning statutory declaration
Jul 4, 08 11:11am
breaking news P Balasubramaniam dropped the second bombshell in less than 24 hours, this time claiming that he was forced to make his shocking statutory declaration linking Najib to Altantuya...

yenadee...tambi...apa sudah jadi ni. Macam filem tamil dah ni...

Bala sudah ditimpa `Bala`??...

start today aku nak labelkan kes Bala ni sebagai entertainment, bukan lagi isu politik...pening la tambiiii....

jgn mlm ni ngaku lain plak....angkat sumpah lagi sekali la tambi.....

Rabu, 2 Julai 2008

Teknik Berenang Kuak Lentang...

cara2 nak buat link dlm blog..please refer attached pic..:

Pic tak clear...tak reti dah nak bagi clear...my IT mmg lemah..

Step:
1. Highlightkan text yg nak di link kan
2. klik button hijau kat atas tu. Pas tu isi link URL dlm box. Then click OK...done...!