Isnin, 7 Julai 2008

Kes Hilang Lagi...


sumber gambar dari nurinjazlin.blogspot.com

Kita kat Malaysia ni dah biasa dengan kes kanak-kanak hilang. Dulu kita kecoh bila mereka ini hilang. Tapi sekarang semakin reda nampaknya. Aku harap kalau masyarakat reda pun, pihak polis jangan la juga macam kita. Duk senyap juga. Pencarian harus diperhebatkan. Cari sampai jumpa. Jangan jenayah ini berulang kembali.

Aku bukan apa, masyarakat pun semakin alpa. Takut ia berulang lagi. Kita tidak mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku sebelum ini. Sebelum ini heboh pasal kes Arwah Nurin Jazlin. Selepas itu kes Sharlinie dan Asmawi. Nampaknya kes ni dah senyap sunyi. Dalam paper pun aku tgk dah takde. Tenggelam oleh kes-kes lain. Kes kenaikan harga minyak dan terbaru ke 'lewat'.
Kes hilang yg terbaru ialah bukan kanak-kanak, tapi bapak kanak-kanak yg bernama Bala...(Bala and family missing: Nephew-Borneo Post) Dia memang mencari bala, lain sket dari kes kanak-kanak hilang ni. Sekali lagi kes kanak-kanak hilang tenggelam oleh kes bapak hilang. Tapi aku rasa Bala ni bukan hilang kena culik. Tapi Bala yg 'menculikkan' diri sendiri..Bala may have gone into hiding (Star 7 july 08)...Polis semakin pening. Telan la panadol banyak2 ye..Dah memang keje ko org..

Nasihat aku kepada Polis...Jangan Cari Bala..!
Bala..oh Bala....kadavaleee...

p/s: adik nurinjazlin always in my heart..

8 ulasan:

ummzaid berkata...

Kome kalau bab dgn polis ni, hmmm... tp teringat pulok kata Encik Americk Singh Sindhu.. "he was going to see the police, how more safe can you be?.." kira sangka baik je la.. ;)

benHARPERbenLUDIN berkata...

dlm berita harian td ada kes pakcik buat report kat balai polis di a.star pasal anak dia kaki dadah. Polis marah pakcik tu konon tak pandai jaga anak....payah la mcm ni...

Kalau kes anwar ni polis kena marah wan azizah la kot, tak pandai jaga suami..hehe

ummzaid berkata...

kena gak lah marah mak ayah si saiful tu jugak.. :D

mau tak marah polis tu. lg byk keje deme...

PARADISE THEATRE berkata...

Malaysia macam david copperfield la..handal bab hilang menghilang ni..dari dulu lagi...da puas budak hilang..kini nak kasi 1 family plak hilang...tapi aku jumpa Bala kat rumah ayah Pin tadi..dia tengah belajar meletupkan diri dengan mengunakan C4..ada mende nak pesan kat dia ke?

PARADISE THEATRE berkata...

P.O.L.I.S=Pasal Orang Lain Ia Susah.

INTAN berkata...

hehe sebut2 ayah pin ni, sedara dia dreba lori tu dah lulus nak kawin 4 :D

ummzaid berkata...

P.O.L.I.S -> Pasal Orang Lain I Susah :D

benHARPERbenLUDIN berkata...

P.O.L.I.S--Pau Orang Lagi Increase Saving...hahaha..