Selasa, 29 Julai 2008

Raban...

Raban, meraban,reban, marhaban dan Rabbani adalah 5 perkataan yg berbeza. Apatah lagi maknanya...amatlah jauh walaupun sebutannya ala bau-bau bacang gitu.Bak UMNO dan PAS...pertalian sedara tu ada, sesama Melayu-Islam, tapi landas perjuangannya jauh bak langit dan bumi..(ye la tu..) tapi mereka masih ada peluang utk bersatu (bersatu???) jika adanya muZAKARah..hehe

Tapi hari ni aku bkn nak citer makna perkataan diatas, cuma nak relatekan dgn RABAN tu je. Raban ni rasanya cuma ada dlm loghat Pahang je kot.Tapi yg kompem nye org Lipis (pure kampung mcm aku ni) mmg suka guna perkataan Raban ni.Tak tau la budak2 muda Lipis. Selalunya budak2 muda Lipis ni kalau dapat pi K.Lumpur tak kenal loghat Lipis dah. Meremang bulu roma aku kalau dengar dia org cakap 'canggih' kat Lipis ni.

Aku nak bagi contoh case-study yg jelas supaya anta (unta??) faham apa dia makna RABAN ni..kalau anta faham, maka eloklah digunakan perkataan ini ketika berkomunikasi bersama rakan2 anta melalui telefon,sms atau pun perbualan harian...good luck to anta..

Case-study raban I:
Sekarang ni di Malaya dilanda musim buah yg amat ketara, tapi belum kritikal. Dari buah yg kecik2 sehingga lah buah yg sebesar2nya. Kritikal bermakna harga sebiji durian RM0.10...Tapi TIDAK musim ini. Memang ada masanya aku beli banyak kali buah2an ni termasuk durian,manggis,langsat dan rambutan...(kena tau beza makna banyak kali vs banyak)...

Hari Ahad baru2 ni mmg byk buah kat rmh aku (yg aku beli la, aku mana ada dusun). So menu makan aku terganggu sket la..Ini jadualnya:
Breakfast: Buah durian
Lunch : Buah rambutan
Tea time : Buah langsat
Dinner : Buah manggis
Supper : tak sempat, dah ZZzzzZ..

Nak makan buah dadu(??) pun tak sempat, perut dah lain macam..ada gangguan..tu la pasal..
Tengah2 malam anak aku terjaga plak nak susu.Aku pun pi dapur nak buat susu dia (bapa mithali)..hehe. Sambil2 tu sempat lagi buka peti ais belasah durian 3 ulas...hehe

Yang ni mmg tahap raban. Hari ni tekak aku mula dah meragam. Nak telan air liur pun sakit. Tapi telan nasi ON jeh...

Anuar bin Mokhtar: "raban betul aok ni, tu la..makan durian byk sgt.."

Case-study raban II:
Yg ni kena relate sket dgn isu politik semasa. Semlm dlm berita TV3 aku ada tgk pasal bekas MB Perak(yg kalah PRU12 tu ler...) mengajak PAS berkongsi kuasa di Perak.
"Perak Barisan chief leads charge for talks with Pas to form new state government.." NST 29July2008..

Minggu lepas ada juga bekas MB Selangor bhw dia pernah mengajak PAS berkongsi kuasa di Selangor selepas PRU12 dulu. Tapi ditolak oleh PAS. Kongsi raya pun PAS tak setuju ini kan pula nak kongsi kuasa...hehe

Yang takde kedengaran ialah pelawaan MB di negeri2 yg dipegang oleh BN. Aku nak dengar juga MB Adnan Yaakob ajak PAS kongsi kuasa...
dlm berita TV3 mlm td(29 julai) ada MB Phg ajak PAS kongsi kuasa di PHG..baguih la..jgn ajak2 ayam dah ler...

Ni pun kira contoh juga. Raban dah UMNO ni...

Anuar bin Mokhtar: "raban betul dah UMNO ni ye..tiba2 ajak muzakarah.Pas tu ajak kongsi2 kuasa lak .."

Sekian sahaja meraban aku kali ini...Jumpa lagi diepisod akan dtg..

p/s:
1. nanti nak cek dlm kamus dewan ada tak perkataan raban..Kalau ada mmg raban juga yer...
2. maaf..aku mmg penulis blog amatur yg merabannn....
3. terima kasih kepada Encik Anuar kerana meminjamkan dialognya dlm blog aku ni..

13 ulasan:

PARADISE THEATRE berkata...

Bahasa Orang KL raban tu tak keruan,kacau bilau..jiwe kacau.gituuuu
Buah Dadu(?)ha..ha..no comment
Mende kate..kongsi kuaseeee em alahai Umno,bab mandi junub pun deme tak selesai,ustazah deme cakap pelacuran diharuskan dah camner nak kongsi kuasa..itu bener-bener meraban macam goyang inul siuuut.

kaca berkata...

errkkk..encik. sapa kata ustazah hadhari kata pelacuran tu diharuskan ? ustazah tu kata pelacuran tu DIBENARNYA kalau darurat.

encik, harus dengan benar tu jauh jurang makna tu encik..hehehe..

benHARPERbenLUDIN berkata...

benar = boleh = redah je...

INTAN berkata...

meraban betul aok tulih, ben hehe

raban ni blh pelbagai guna, ikut lokasi dan situasi :D

benHARPERbenLUDIN berkata...

memang kome meraban...masa sekolah taknak blajar buat karangan elok2...ni la padahnya...:)

PARADISE THEATRE berkata...

Kaca gua kira lembut sikit dari UsTADAH x Y.B.kira gua ada sifat malu sikit...ha..ha

Purple Crayon berkata...

eja betul2 klu `a' digantikan `e' jadi reban he he he.
baru la aku paham maksud raban ni.
tapi kan aku nengok uncle pet tu dah jadi galamor lak teringat masa kes anwar yg pertama dulu...umi hafilda pun glamor gak naik turun mahkamah...he he he

benHARPERbenLUDIN berkata...

kena ingat raban PAHANG dgn RABAN kamus dewan mmg lain maknanya...hehe

raban PHG= abih laaa....

Umm Zaid berkata...

koi penoh duk di ghilir semantan, bebudok kecik rajin ngat guna pekataan raban ni..

aok bawok balik kenangan silam la ben.. :)

benHARPERbenLUDIN berkata...

kenangan masa bebudak sentiasa manis...masa tu dunia milik kita...

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik nak kongsi dengan PAS... Kalau ajak kongsi dengan DAP lagi raban. He..he.. Mana tau bole bawa perubahan yang lebih baik untuk semua? Tak try, tak tau kannn?

benHARPERbenLUDIN berkata...

encik Anon..
betui tu..ada org kata mende tuko gomen ni jgn cuba2, nanti padah..

pada aku gomen sekarang pun dah byk beri padah..y not tukar jeh...mcm depa tukar kete perdana ke merc gak la...haha

Tanpa Nama berkata...

Mmm.. betul jugak tu. Nak try test pun susah gak kan? Pepatah kata orang lama2 : Kalau kedua2nya mgambil jalan ke arah yang berlainan, kat mana jln tu nak bertemu...??! Itu yang my dad selalu kata semasa nak mencari jodoh dulu.

Dr. M kata mmg susah nak setuju pun. Hudud ke.. tak hudud? Tapi if it happens, UMNO terima hudud, kurang banyak masalah sosial kat negara kita ni. At the same time, kita pun tak leh nak enjoy macam dolu2. Opportunity cost beb.. U lose some, you get some.