Jumaat, 15 Mei 2009

meet uncle mat jelas- ulang tayang

Aku ingin bercerita akan kisah kawan aku yang bernama Ahmad bin Jelas yang berasal dari negeri Denmark Darul Naim.Nama ringkas beliau ialah Mat Jelas. Ya...memang jelas yang amat bila beliau bercakap dalam bahasa melayu kerana sesiapa pun akan dapat meneka dengan tepat dari mana asalnya Mat Jelas ni. Beliau juga adalah rakan sekelas aku ketika sama-sama belajar di perantauan dahulu(dah berabad pun).

Beliau memang peminat bahasa inggeris. Peminat bahasa sepertinya amat meminati novel-novel karya Stephen King atau Michael Crichton dan lain-lain yang mana aku memang tak tahu (sebab aku bukan peminat novel!). Tak lupa juga, beliau merupakan pembaca tegar suratkhabar tempatan ketika itu, Daily Sport. Bukan kerana beliau peminat sukan, tetapi beliau amat meminati Page 3 Girl yang dipaparkan dimukasurat tiga akbar tersebut. Atas dorongan Page 3 Girl itu juga beliau mula meminati aksi-aksi didalam dunia permodelan dan mula melanggan majalah Pleiboi melalui sebuah kedai Pakistan yang terletak berhampiran dengan kolej kami. Setiap helai majalah tersebut dibacanya dengan penuh teliti dan tawaduk. Aku pernah bertanya kepada beliau kenapa beliau rajin sangat membaca majalah sebegitu. Katanya beliau amat tertarik dengan lenggok bahasa erotik. Tidak membosankan. Majalah itu jugalah memotivasikan dirinya untuk lebih mendalami bahasa inggeris.

Ketika beliau berkomunikasi dengan pensyarah ataupun orang tempatan, beliau cuba sedaya upaya menggunakan Scottish accent nya walaupun kadangkala ia berbau budu. Aku terpegun dengan semangat jitunya itu. Dasyat bahasa inggeris Mat Jelas ni, fikir aku.

Pernah suatu ketika aku mengikuti beliau atas urusan hariannya. Termasuk ketika beliau ingin membeli barangan dapur dan urusan perbankannya.

Lokasi satu - kedai runcit Pakcik John:
-ketika ini Mat Jelas pergi ke kedai dengan hajat ingin membeli mee kuning.

Pakcik John : can i help you sir..
Mat Jelas: yes please. i'm looking for mee..
Pakcik John: mee?
Mat Jelas: yeah..mee. You don't know mee??
Pakcik John: huh? I don't know you..!
Mat Jelas: benludin...jom balik. Sombong la mat salleh ni.

Lokasi dua - Bank:
-peristiwa ketika Mat Jelas ingin mengeluarkan duitnya di kaunter bank.

Mat Jelas: excuse me miss..i would like to withdraw some money from my account..
Kerani(awek cun) : okay...please fill in the form first..sir
Mat Jelas: okay..done..(beliau nak keluar duit 200 pounds sterling)
Kerani: errmm....how do you like your money sir??
Mat Jelas: of course..i like my money very much!
Kerani: ohh i see..here is your money sir. Cheerio! (sambil menghulurkan 20 helai duit 10 pounds dan tersengeh)
Mat Jelas: benludin...baik la kerani bank ni. Senyum kat aku. Tak macam Pakcik John tadi..sombong!

* tak berapa jelas rupanya Mat Jelas ni bila berkomunikasi di dalam bahasa inggeris. Mungkin beliau terlalu mengutamakan bacaan dari perbualan? Tak kisah lah,itu dulu,kisah lama. Sekarang beliau masih peminat setia bahasa inggeris,dan beliau adalah pendokong kuat ppsmi serta aktif sebagai ajk surau kampung lalat.

Nota:
-entri ini pernah disiarkan di blog abdullahjones
- mee takde dlm BI
-how do you like your money=nak duit dlm bentuk macam mana

17 ulasan:

Atan berkata...

la koi ingat aok yg duduk UK..
apa kabar

benludin berkata...

atan,
keh duk lepih je.UK tu sejarah silam..hahah

INTAN berkata...

kim salam le kat dia klu jumpa...aku suka org gigih mcm dia

INTAN RH berkata...

Koi kenal ke Mat Jelas ni? haha... :P

ummzaid berkata...

Matnya tak kenei Aida...jelas sgt dah tu..hehe...

��Radio Mihalis Thalassis - Athens Greece berkata...

Good morning. Eftichia and wish health, hello Michalis

jawa peranakan berkata...

kisah ini mengingatkan aku kepada sebuah dialog dalam AUSTIN POWERS..

SCENE :
SEORANG GADIS JELITA SEDANG MEMBANTU AUSTIN MENGISI BORANG..

GADIS : Your name sir?
AUSTIN : Powers..Austin Powers..
GADIS : Age?
AUSTIN : 39..
GADIS : Sex?
AUSTIN : Yes please..

a.b geldofg berkata...

boleh kawan pinjam nak buboh dlm entry kawan?

benludin berkata...

INTAN,
dah lost contact..xde rezeki..

INTAN RH,
rasanya tak...try la google...haha

ummzaid,
dah jelas lagi bersuluh...hehe

mihalis,
good morning to u too...thanx 4 coming again...pls enjoy the pics and music in my blog.unless u understand our language...:)

jp,
haha..peberet gua tu ..sebelum terkenal dgn austin power ,mike myers ni berlakon dlm Waynes World (rasanya kot)

ada lagi .."Shall we shag now or shall we shag later?"..hehe

benludin berkata...

a.b,
buleh...dengan syarat deme kena jawabkan komen...hehe

benludin berkata...

mihalis-halkida,
keh nak keh sebet!

Basuh Baju berkata...

hahaha apa2pon entry ni klaka..haha

jawa peranakan berkata...

ben..
rupa2nya lu pun minat austin powers..haha..

kehebatan austin powers terletak pada MOJOnya..yeah baby yeah..

PS-THINGS TO DO BEFORE I DIE : threesome with japanese twinzzzzz...

a.b geldofg berkata...

satu komen yg aku jwb...bsamaan dgn satu btg marlboro

benludin berkata...

Basuh Baju,
hehe..
rajin membasuh...boleh jd anak/suami mithali

jp,
haha...
mmg lawak pilem tu

a.b,
satu komen= seurat tembakau
atau gua belanja kentang goreng di kedai indon air 'SPRIT'..haha

a.b geldofg berkata...

dasar kedekut!

benludin berkata...

a.b,
nanti la gua belanja air bitter (akar kayu)