Minggu lepas aku balik ke kampung aku di Kg.Dong yang terletak lebih kurang 60km dari Lipis. Dah lama tak balik kampung menziarahi kubur kedua orang tua aku. Sikap bertangguh-tangguh untuk menziarah tu yang jadi kelemahan aku.Procrastination is the thief of time . Bukan tidak ingat. Aku selalu ingat kat arwah orang tua aku. Bukan apa, kalau kita ingat bermakna kita juga beringat. Ya...beringat yang kita juga akan menemui Allah Yang Maha Esa. Anytime, anywhere, anyhow... whatever you do, wherever you go...kita pasti GOL! . Tak dapat nak elak. Duduk la berkurung di rumah pun. Atau berkurung dalam almari baju. Tak pun merayau la kemana pun, kalau ajal dirumah..ia tetap akan berlaku di rumah. Begitu juga lah sebaliknya.
Kalau mati dalam iman maka kecewalah setan-setan gondol, alhamdulillah. Kalau mati dalam kejahilan maka berpesta la setan-setan,na'uzubillah...
Selepas aku menziarahi kubur dikampung, aku singgah sebentar di rumah peninggalan arwah ayah aku. Rumah yang ditukangnya sendiri. Beliau memang pakar dalam seni pertukangan. Lagi pun dia mengajar subjek seni tukang di sekolah dulu. (Sekarang dah takde subjek tu.Dah ditukar kepada Kemahiran Hidup. Memang mahir budak-budak sekarang hidup. Terutamanya bab motosikal.Sehingga boleh dipraktikkan dijalanraya.Cis..menyimpang lagi aku!).Tapi seninya itu tidak diwarisi oleh anak-anak beliau termasuk aku! Rumah itu dulu gah berdiri. Sekarang tidak berjaga. Usang. Dinding papan pun dah reput dimakan anai-anai. Memang celaka anai-anai ni. Zink rumah pula dah bocor. Kalau hujan pasti tiris.Menitik-nitik lah air hujan membasahi ruang tamu rumah,bilik tidur, dapur dan merata-rata tempat lagi. Lantai papan semakin reput. Bertambahlah lagi faktor penyumbang kepada keusangannya.
Rumah yang besar tu bukan tidak berpenghuni. Ada. Sepupu aku, Lan pot pet (bukan nama sebenar) yang berusia hampir empatpuluh lima tahun menjaganya. Masih single.Memang kami adik-beradik menyerahkan kepadanya untuk menjaga rumah tersebut. Maklum lah kami adik-beradik dah ada keluarga masing-masing. Masing-masing ada rumah sendiri. Tak sempat menjenguk kot?
Terimakasih kepada sepupu aku yang begitu committed menjaganya. Macam kita juga. Ada masa rajin. Ada masa malas menguasi diri. Begitu juga dengan sepupu aku ni. Adat lah manusia. Sedangkan mantan pemimpin nombor satu Malaya (1Malaya???) kita yang dulu pun ada kelemahannya.
Pernah suatu ketika dahulu semasa hujan lebat waktu malam. Lan pot pet sanggup bermalam di rumah terbiar yang terletak lebih kurang 1 km dari rumah ini. Kampung aku ni memang banyak rumah yang terbiar-tuan rumah merantau.Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu. Jawabnya dia takut rumah arwah ayah aku tu roboh. Hahhaa... (aku masih gelak walaupun terpukul dengan jawabannya).
Semasa aku bertandang kerumah tersebut aku terjumpa satu buku lama (gambar diatas) kepunyaan arwah ayah aku. Senaskah buku teks lama. Buku teks yang digunakan untuk Tahun Empat sekolah rendah.Silap-silap dah boleh jadi bahan arkib negara ni. Buku yang dicetak pada tahun 1950. Bukan dicetak disini, tapi di kota London sana. Yang uniknya ia dicetak dalam tulisan jawi. Mesin cetak di London sana pasti menyediakan plate dalam tulisan jawi. Nak cetak ke sana pula perlu dibawa menaiki kapal. Mana ada pos laju. Pos perlahan je.Hebat zaman dulu...
Selepas aku menatap buku tersebut, aku terfikir adakah rumah kepunyaan arwah ayah aku itu akan menerima nasib yang sama seperti buku teks tersebut. Lama dan usang. Tidak berusik.Berdebu. Luar nampak cantik. Tapi didalamnya rosak dimakan anai-anai. Hari demi hari makin rosak.
Aku berdoa supaya rumah tersebut tidak 'dipinggirkan' atau 'dibiarkan sendiri' seperti buku lama itu. Insya Allah mulai hari ini aku akan kerap balik ke kampung bagi menjenguk dan menjaga harta peninggalan arwah ayah aku.
Err..ye ke?
Ye kot...................................
*terjemahan jawi di buku: Chani Bacaan....Iaitu satu kitab bacaan bagi murid-murid darjah empat...disekolah melayu..terpungut daripada beberapa hikayat melayu...oleh pejabat karang mengarang di Sultan Idris Training College (UPSI kot??)..Tanjung Malim
-betul ke apa yang aku terjemah tu?
-gambar-gambar rumah itu ada di blog ini.
RALAT/KEMASKINI 20mei:merujuk kepada komen brader otai (kamus dewan bergerak), perkataan jawi tersebut ialah CHANAI bukannya CHANI..
juga sms dari beliau sebagai re-confirmation:
"Selain roti canai, punai gua tau la, heh he!
(chanai = canai = asah, tajamkan. Gua rasa chanai bachaan samalah 'mengasah, mempertajam, menambah' ilmu, pengetahuan,pemikiran.Gamaknya."
24 ulasan:
apakah rumah yg kita huni skrg ni juga akan mjadi usang?
usang dijaga dengan usang tidak dijaga....berbeza tu..faktor hayat yg pertama lebih lama bertahan...
dulu koi pernah jumpa buku yang rupa lebih kurang gitu dalam rumah arwah aki, nama buku, hikayat sang lamri. hikayat sang lamri ialah cerita rakyat yg sangat femes zaman dulu dulu, tapi org sekarang dah tak tau cerita tu. cerita dia mcm hikayat sang kancil. kalau kancil selalu tipu rimau, lamri atau musang selalu tipu beruang. sekarang buku tu dah hilang, cerita dia pun dah hilang dari ingatan org ramai dan rumah arwah aki pun dah takde. dah reput dan runtuh sbb takde org duduk.
N3 ko kali ni byk simpang siur...hehehe...nasib le ada trafik light....
Tuan Ben Ludin,
Banyak rumah di Dong dan Kuala Gali terbiar usang termasuk rumah datuk saya bersebelahan dengan Rumah Arwah Tok Empat (menghadap tanah kubur Kuala Gali).
Itulah tempat permainan saya semasa kecil.Saya belajar berbasikal di jalan kecil yang tembus keluar ke Masjid Dong.
Dulu ada sawah padi.Cukup seronok bagi anak kecil dapat menangguk ikan puyu dengan tin susu.
Sekarang jarang sekali ke sana kecuali raya melawat kubur arwah tuk di atas bukit itu.Cuma tahun lepas,raya meriah dengan ketawa bila melawat Wan Anak Intan yang suka berlawak.
Dear Sir
rindu n terasa rasa nak menggelidah rumah arwah aki.
godek godek kot kot terjumpa peninggalan arwah abah dedulu.
KL-Bentong-Raub-Benta-KgBaharu
uishhhhhhhhhhhhhhhhhhh
jauh giler!!!!
Kg Dong, Raub?
Chani = macamani?
snake,
-buku yg aku jumpa tu tak pun aku baca.maklumlah dlm jawi...slow sket bab jawi ni..keh rasa mungkin lebih kurang la isi dia...cerita rakyat,sbb buku darjah 4
-tak lama lagi kita pulak jadi aki...
INTAN,
jangan simpan siot dah le...haha
drbubbles,
-tq singgah..
-deme org dong rupanya ye...loghat dong ni seronok juga dengar.."nak kupi sekule"...hehe
-kg. keh sebenonya di Kg.Temau..saja x nak tulis kat entri di atas..
Dear Madam,
baik deme geledah..mana tau jumpa tongkat sakti ke...hehe
ummzaid,
yes..dong,raub-dekat dgn New York
ada sedara ke??
rumah yg indah zahirnya tdk bermakna ia tidak usang batinnya...
* bau buku lama tuu..membangkitkan nostalgia...
Shemmi,
betul...diharapkan roh yang hidup didlm rumah itu juga tidak usang
-bau yg sedap itu adalah bau anai2..haha
Dear Sir
dan juga bau taik kerbau dari bendang!!!
he he he
aok dok TEMAU
lerrrrrr
mak sedare dok kat situ
umah atas bukit lepas masjid
vy,
-what a small world...hehe
-temau tu kg. org tua keh
-keh jauh lagi kedalam..lepas masjid ulu temau
chanai bachaan? waw!
(kalau arkib kat london kasi dua tiga puluh juta ringgit untuk `simpan elok-elok' itu chanai bachaan, fuh!)
Pyanhabib,
-mcm bunyi Chennai(tamil)..
-pakcik kayo!!!..nanti buleh mengeteh sampai kembong..haha
ULU DONG?
bukankah ini lokasi yang pernah tersohor satu waktu dahulu dengan peristiwa berdarah yang melibatkan pemotongan tubuh manusia kepada 18 bahagian oleh pihak2 tertentu?
jp,
betul Ulu Dong tpt bersejarah (hitam)..laluan ke tpt perkelahan...(tapi rmh org tua aku sebelum Ulu Dong)
tringat kt sana ada bentuk gunung
gunung apa nama..aku lupa
aku nak pergi
kawan aku ckp ADUN tunggu
skali sampai rupanya saadun yg tunggu
simpan elok-elok `chanai bachaan' tu. jangan gatal tangan kasi orang pinjam dan orang pun jangan gatal tangan mau pinjam! kalau orang pinjam, dia orang tak akan pulangkan balik!
a.b,
-aku pun tak tau nama gunung tu..haha
-encik midun aku kenal
pyan,
memang wajib gua simpan!
bukan je simpan buku canai tu elok elok, simpan gak rumah usang tu elok elok. jgn jadi mcm koi, bukan je hikayat sang lamri ilang, rumah aki ilang, rumah org tua koi pun dah ilang jadi hospital temerloh, hutan tempat koi main ngejar cenekoh pun dah ilang jadi ladang felcra, ni dengo cite gunung senyum pun dah nak ilang jadi kilang simen YTL, uwaaaa.........
snake,
-yes...rumah pusaka pun kena jaga..
-byk memori lama ilang bersama pembangunan..gunung senyum dah tak senyum,tapi tersenyumlah lebarlah tokey YTL
lama dan usang mesti banyk memori ghitewww.. salammms
en_me,
wsalam...betul tu...memori silam dan silau
keh tak de sedara di sinun..
suami rodong keh ada la..
chanai rupanya..
kena ada seni gak nak baca jawi ni yek.. tak betul lagu, saloh jdnya..
Catat Ulasan