
Baru-baru ni aku menonton pilem
Musang Berjanggut lakonan dan arahan P.Ramlee. Pilem ini dikeluarkan pada tahun 1959. Kat sini aku bukan nak cerita pasal sinopsis pilem ni. Semua dah al-maklum kalau sebut pasal pilem P.Ramlee. Cuma aku teringat satu dialog antara anak dara tuan rumah dengan hero:
"Wahai anak muda.Rupa paras kamu amat tampan,tapi malang otak tuan hamba mereng.."
Mereng?
Aku tau makna mereng ni. Ia bermaksud gila, sewel atau senget. Memang ia perkataan yang biasa digunakan. Cuma tak sangka ia digunakan dalam pilem
genre purba. Maknanya zaman hang jebat (
sorry,aku tak minat hang tuah..
hehe) dulu dah wujud perkataan
mereng ni.
Untuk kepastian, selepas menonton pilem tu aku terus
google maksud mereng ni (
kat rumah aku takde Kamus Dewan).Tapi aku tak jumpa makna perkataan tersebut. Yang ada cuma penggunaan perkataan
mereng tu je. Lepas tu aku saja-saja gatal
google imej pulak (padahal tak relevan). Yang lawak ada keluar gambar-gambar kuih dan orang-orang yang mereng! hehe!
Aku cuba pula google
kamus dan
kamus dewan. Yang keluar ialah kamus
online dalam Bahasa Indonesia-English. Bahasa Malaysia-English atau BM-BM langsung tak jumpa. Kamus Dewan
online pun takde. Yang ada cuma jualan Kamus Dewan dalam bentuk cd-rom.
Cuba pula
google dictionary. Berpuluh-puluh website
dictionary keluar. Oxford ada. Webster ada. Thesaurus ada..dan macam-macam lagi. Tiada masalah bagi aku untuk mencari makna-makna perkataan Inggeris atau
synonym-antonym.
Just click! Bukan
kelik ye! Kalau
kelik kena tengok kamus
Denmark bukan kamus BI.. hehe...
Moralnya, aku berasa pelik. Pelik kerana tiadanya kamus online yang boleh digunakan oleh pengguna macam saya (
saya? sopannya aku!..
err..tumpang lalu...) atau pengguna-pengguna lain yang ingin memahirkan lagi penggunaan Bahasa Melayu. Mana orang DBP? Mana orang Dawama?Mana orang Gapena? Mana
orang-orang awak yang suka menghunus keris tu? Patutlah mat-mat salleh yang belajar bahasa melayu, bila bercakap mereka akan menggunakan dialek Indonesia.
Aku juga tidak akan berasa pelik dalam masa 2-3 tahun akan datang bila mat-mat salleh ni akan bercakap dalam loghat Pahang. Kerana apa? Kerana mereka-mereka ini telah belajar bahasa malaysia online melalui blog yang aku usahakan bersama
ubilepih dan
intan rh di blog
loghatpahang.Anda jangan terkejut bila pelancong dari luar negara akan berkata:
"Encik.Tumpang tanya.
Deme tau tak
how to go to Taman Negara?
Actually...kome sesat ni.
Matnye la jadi macam ini
.Raban sungguh..please sir.
Help kome"
Hahaha!
Meraban sungguh aku hari ni...mereng kah aku??
Nota:-terjumpa ini -->http://kamus.lamanmini.com/index.php, cuma
translate BM-BI,BI-BM tapi tiada contoh-contoh ayat.
-teringat lagu
Songkok Mereng yang dipopularkan oleh ...Orkid Abdullah..?
-al fatihah juga untuk insan-insan seni yang telah meninggalkan dunia sementara ini..