Rabu, 13 Ogos 2008

Shaun The Sheep..

Ini la kartun (selain Little Einstein dan Thomas and Friends) kegemaran 2 org anak aku yg ditayangkan kat cenel Disney-astro. Cerita pasal biri2 kat sebuah kawasan pendalaman di UK. Mula2 tgk mcm siot je biri2 ni. Siap ada watak b.a.b.i lagi dlm citer ni. Nasib baik la watak b.a.b.i ni di-portray-kan sebagai yg tidak bermoral. Suka dengki kat biri2.

Kalau citer ni start, anak2 aku akan ajak aku join sekali. Duduk bersila la aku dengan dia org depan TV sambil layan depa gelak. Dia org gelak, aku pun gelak. Depa tgk penuh tekun, aku lak tgk sambil baca buku (nota: buku 555-buku hutang)...

Mula2 dulu niat aku saja nak temankan anak2 aku... Lama2 aku lak yg syok layan Shaun the Sheep ni. Rupa2nya memang lawak. Dulu aku kata kat biri2 ni mcm siot je buat lawak. Tapi sekarang dah terbalik jadinya. Shaun the Sheep mesti kata aku yg siot sebab dulu buat sombong konon tak mau tgk kartun. Bila start je kartun ni aku lak yg panggil anak2 join aku tgk. Yg gelak kuat pun aku. Kalau aku gelak, anak2 aku cool je sambil tgk buku tadika dia. Mcm takde apa yg berlaku. Bukan apa, kartun ni dah brp kali ulang tayang kat astro. Anak2 aku dah bosan. Aku je yg tak bosan...

Rabannn........

*click here to watch Shaun plays soccer...very funny.

1 ulasan:

INTAN berkata...

ank2 koi plok sume dah jd spongebob hehe...