I. Aleeya berjaya menulis kad raya pertamanya. Kad-kad raya tu dia nak hantar kepada cikgu tadika. Ada juga yang nak dihantar ke tok dan tok wan di kampung. Semuanya nak hantar by-hand. Bagusss.Jimat duit stem aku..hehe
Gambar kat atas tu kad raya yg baru siap ditulis untuk tok dan tok wan. Aku dan wife aku jadi mangsa bahan reference Aleeya utk mengeja perkataan yg betul. Dia tulis mengikut formatnya yg tersendiri:
" Aleeya Bagi Tok Wan ...." sepatutnya "Dari Aleeya Untuk Tok Wan"...hehe
II
Tahun ni aku dapat banyak kad raya berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku dapat SATU je kad raya, tu pun wife aku yg hantar. Tapi tahun ni dapat DUA...hahaha.. Ok la tu.
Kad raya pertama aku terima dari wife aku (left) dan yg ke-2 aku terima dari Hafiz+Nina=Zara...tq
Orang zaman IT ni dah kurang hantar kad raya. Semuanya express. Hantar kad raya pun pakai MMS atau e-mail je...tak rock la brader!! Bagi aku 'kemeriahan' raya tu susut sikit bila takde lagi budaya mengirim kad raya tru snail mail ni..Nanti la wa gantung 2 kad raya tu kat rumah..jadi ler...hehe
p/s: sebenarnya bkn tak mau send tru MMS, tapi h/fon aku jenis COKIA..
III.Malam tadi aku pi terawih. Aku terlewat sikit sampai ke surau. Maka terkebelakang lah kedudukan aku. Se-saf dengan budak-budak. Nak buat camno. Sapa suruh datang lewat. Padahal surau tak sampai 50 meter pun dari baitijannati a.k.a rumah aku.
Tengah-tengah concentrate solat witir, tiba-tiba aku terdengar budak sebelah aku berbual dgn kawan dia. Masa tengah sujud plak tu :
Budak A: weh..demeh ada bawak mercun tak?
Budak B: ada..kome letak kat tempat letak kasut luar surau..
Sujud belum habis lagi tapi dia orang terus bangun sebab nak amik mercun dia orang.Selamba derk je berjalan depan aku dan makmum yang lain...ermm....budak-budak ni sekeh kang!
Ke laut la witir aku...ishhh
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
2 ulasan:
Ben, klu ndok kad raya, bg la alamat. Koi pos kan utk raya haji atau raya thn dpn...hehe
alamat aku:
No.1, White House,
Washington DC,
Kuala Lipis 27200
Pahang DM
hehe
Catat Ulasan