Selasa, 5 Ogos 2008

Tazkirah 1

Khas utk diri aku sendiri yg selalu lalai..

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda :
"Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam.

4 ulasan:

IKRAB family berkata...

satu peringatan yg cukup bermakna.tq

Tanpa Nama berkata...

thanks char for that tazkirah.. memang kena kat dahi aku tu...especially sembahyang berjumaah utk orang lelaki macam kite ni.

Tanpa Nama berkata...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W melihat amat sedikit orang shalat berjemaah. Kerana itu beliau bersabda: "Ingatlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimani shalat berjemaah (menggantikan aku), kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjamaah, sesudah itu ku suruh bakar rumah-rumah mereka dengan ikatan kayu bakar. Kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka peroleh, nescaya mereka akan mendatanginya."
Hadis riwayat muslim jilid 2, hadis no 609

benludin berkata...

sama2 purple..

zaki...
sama la ngan aku...on/off...setan tak pnh putus asa....depa takde cuti...

kita je kena lawan...lawan tetap lawan...:)