Rabu, 20 Oktober 2010

malas nak tulis

ahh!! rosmoh buat hal lagi...

tapi aku malas nak ulas dan tulis...

sebab aku tau ramai yang sayang kat rosmoh ni..

sayang tanpa prejudis...

Isnin, 20 September 2010

keh keh keh!!

kemaruk lemang dah beransur surut

saki baki lemang pun dah di nyah dari perut

tak pantang punya pasal aku kena gout

jalan pun dah terhencut-hencut

Sabtu, 21 Ogos 2010

doa

pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.

masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.

selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.

"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"

aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.

angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.

"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.

terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.

ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.

Selasa, 10 Ogos 2010

bahasa iii

aku terfikir mengenai istilah seniman.

kenapa ia digelar 'seniman' sedangkan seorang penggiat seni wanita digelar seniwati. seniman pula meminjam perkataan inggeris dihujungnya iaitu 'man' sepertimana diguna-pakai untuk policeman, postman atau gentleman.

kenapa seniman tidak dipanggil seniwan?
sepertimana digunakan untuk ahli sukan lelaki = olahragawan,
penjaga perpustakaan = pustakawan,
model lelaki = peragawan,
orang kaya yang punya duit berjuta-juta = jutawan

kenapa olahragawan pula tidak digelar olahragaman?
atau jutawan digelar jutaman?

mungkin contoh ayat yang sebegini agak menarik bunyinya jika seniman digantikan dengan seniwan:
- david teoh dah ahmad idham wajar diangkat sebagai seniwan malaya atas sumbangan mereka terhadap dunia perfileman tanahair.

cam hampeh bunyinya! sehampeh gelaran yang diberi untuk mereka berdua...

kenapa istilah seniman berbeza dari yang lain?

adakah seniman ini setaraf dengan spiderman, superman atau batman?

pada aku mungkin seniman ini amat sukar untuk dicari ganti dan membuatkan ia amat istimewa sepertimana seniman p.ramlee, yang bertaraf superhero di bidang seni.

kalau david teoh di gelar seniman mungkin ramai peminat atau penggiat seni yang kelaparan atas sebab kempen mogok lapar.

* salam ramadhan untuk semua.

Jumaat, 23 Julai 2010

bahasa ii


peribahasa bergambar - bagaikan menunggu buah yang tak gugur

contoh ayat: harapan rakyat supaya rosmoh menukar fesyen rambutnya bagaikan menunggu buah yang tak gugur.


*terimakasih kepada model kami, encik cd-jay

Khamis, 15 Julai 2010

bahasa i

dalam entri sebelum ini ( yang bertajuk forest gump) aku ada menggunakan perkataan jongos kat salah seorang pembantu aku di tempat kerja. perkataan ini aku gunakan kerana sudah terbiasa menggunakannya semenjak dulu-dulu lagi tanpa menyelidik apakah maknanya yang sebenar.

oleh kerana perkataan ini telah diguna pakai di dalam penulisan aku maka beberapa hari yang lalu kajian (perghh!) telah aku lakukan. ini bagi memastikan supaya perkataan ini tidak ada unsur penghinaan atau pencarutan terhadap rakan-rakan pembaca blog ini. maklum lah, sebelum ini perkataan ini hanya sesuai dijadikan sebagai gurauan sesama rakan di luar alam maya (yang sudah maklum ianya adalah gurauan semata-mata). apabila perkataan ini digunakan dalam blog aku takut ia akan bermaksud lain dari apa yang aku ingin sampaikan. tak semua orang boleh menerima cara kita bergurau.

kalau kita suka mencarut sesama rakan kita ketika bercakap atau bergurau atau menulis didalam blog sendiri seperti menggunakan perkataan celaka, but*h, fu*k, bab* dan sebagainya, ia tidak bermakna orang-orang lain juga boleh menerima cara kita. dan jangan anggap orang yang tidak boleh menerima cara kita itu tidak in-trend atau indie. sekadar contoh.

sebenarnya perkataan jongos ini telah digunakan oleh buya hamka didalam novelnya yang bertajuk 'di bawah lindungan kaabah'. ia membawa makna seorang tukang kebun. ayatnya: rumah itu sudah lama tinggal kosong, kerana yang empunya seorang belanda, telah pulang ke eropah; yang menjaga selama ini adalah seorang jongos tua.

jongos juga wujud didalam bahasa inggeris. kalau merujuk kepada urbandictionary, ia mempunyai dua makna yang berbeza bergantung kepada penggunaan ayat:

i-breasts, particularly those of considerable mass
contoh ayat: wow, check out the jongos on rosmoh!

ii-the opposite of anything good
contoh ayat : najib is such a jongos character that i spurt blood everytime i see him on tv.

aku tak dapat nak semak jongos di dalam kamus dewan sebab kat rumah aku takde kamus. nak rujuk kamus dewan ni dalam internet lagi la takde. kedekut (malas) punya dbp!!

dengan kajian aku di atas, aku berasa lega kerana jongos bukanlah bermakna penghinaan atau pencarutan!

oh ya. ada satu perkataan yang selalu juga kita gunakan tetapi maksud sebenarnya kurang jelas. perkataan tersebut ialah samdol. aku juga tak pasti samada samdol ada di dalam kamus dewan atau tidak. kalau kamu rajin cuba lah semak. entah-entah ia bermakna brilliant, genius, superb atau marvellous!

mungkin contoh ayat yang sesuai adalah:
-tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah satu tindakan yang samdol dan patut dipuji oleh rakyat marhaen.

Selasa, 29 Jun 2010

forest gump

pagi ni aku angin sikit kat budak aku. dia ni nak cakap cerdik takde la cerdik sangat. nak cakap bodoh pun takde la bodoh sangat. handfon ada dua bijik. ada masa sampai lupa bunyi ringtone sendiri.

kalau aku suruh dia buat kerja cepat je buat. belum sempat habis arahan dah buat. lepas tu terkebil-kebil mata sambil garu kepala yang tak gatal sebab nak ingat balik apa yang aku suruh.

"john...pi setor jap...."

"ok bang..."

dalam lima minit datang semula kat aku. "eh...abang suruh saya cari apa kat setor tadi?"

ada masa aku keliru juga. dia ni buat lawak atau saja nak bagi aku marah. kalau aku nasihat elok-elok pun keesokannya dia buat semula.

kalau dia susun barang pun sama. suka bersepah. padahal dah takde orang lain yang akan mengemasnya nanti. dia la juga. tak kerja dua kali namanya tu.

tadi aku kata kat dia "john...kamu ni suka buang masa. betul tak?"

"eh..takde la bang"

"habis yang kamu suka sepah barang tu. balik-balik kamu juga yang mengemasnya nanti"

"takper la bang. saya tak kisah"

"menipu diri sendiri la namanya tu john!"

"eh..takde la bang. saya mana suka menipu"

"begini lah.kamu ada seluar dalam. kamu suka sangat pakai seluar dalam tu. hari ni pakai. esok pun pakai. lusa pun pakai. hari ini kamu pakai biasa. esok kamu pakai terbalik sebab nak bagi elak dia berbau. orang lain tak tau kamu pakai seluar dalam tak basuh. cuma kamu je yang tahu. tak menipu diri sendiri namanya tu?"

"apa kena mengena dengan kerja saya bang?"

"entah. pikir lah sendiri..." keh keh keh!!!

*nama sedap, john. tapi ada masa aku panggil dia john-ngos.

Selasa, 22 Jun 2010

Selasa, 15 Jun 2010

from pendang with love part vi





musim hujan menyambut kami sekeluarga ketika bercuti di kampung. tak banyak aktiviti luar yang dapat dilakukan. pagi hujan petang hujan malam hujan. nasib baik juga tinggal di kawasan berbukit, bukit raya. maka masalah banjir tidak kami alami.

ujian untuk pesawah padi di kawasan yang agak rendah atau berhampiran sungai pendang. tanaman padi mereka habis musnah akibat banjir. setiap apa yang diturunkan Allah itu pasti ada hikmahnya. rugi akibat banjir tetapi hikmahnya pesawah mungkin tidak lagi mengalaminya di masa depan kerana sungai pendang akan digali dan didalamkan lagi oleh konco-konco menteri pertanian.

bila cuaca agak baik, aku gunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar. tapi hanya seketika.

aktiviti dirumah aku gunakan sepenuhnya untuk berbual panjang bersama keluarga dan program makan-makan yang banyak. bila takde apa lauk yang hendak dimakan aku meratah petai jeruk. hasilnya penyakit gout menyerang kembali. aduhh!!

sempat juga menonton dvd pilem hindi '3 idiots' (memang superb) dan pilem ultraman kegemaran anak lelaki aku yang dimainkan berpuluh-puluh kali. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi di telinga aku lagu tema ultraman.

* gambar pertama - merupakan aksi tetamu kami yang sedang menunjukkan senaman harimau. rasa-rasa utraman pun tak boleh melakukan senaman tersebut. kalau nak ambil gambar tok wan tu untuk buat wallpaper silakan.

**gambar kedua - senang la. bank kat bawah!

Khamis, 3 Jun 2010

don songkok dan kajol



don songkok amat meminati lagu dangdut kajol kelate (di atas). mungkin irama dan liriknya amat menusuk jiwa. lirik yang menginsafkan sepertimana lirik lagu kegemarannya satu ketika dahulu yang bertajuk 'gila judi' nyanyian m.daud kilau. nasib baik jugalah don songkok cepat insaf, kalau tidak lagi kuatlah dia berjudi bola.

kalau nak tau cerita selanjutnya mengenai don songkok dan kajol sila dapatkan majalah kartun terhangat dipasaran ketika ini. semua kartunis dan penulis yang terlibat adalah hebat-hebat belaka.cepat-cepat beli sebelum harga subsidi di tarik balik oleh gomen!!
* salam cuti-cuti malaya dari benludin dan don songkok

Isnin, 31 Mei 2010

baja rambut

baru-baru ni ada kawan aku minta tolong jualkan tonik untuk melebatkan rambut. beliau labelkan tonik tersebut sebagai 'baja rambut'. menurutnya lagi tonik ini diperbuat secara tradisional. bahan campuran terdiri dari bunga-bungaan dan tidak menggunakan bahan kimia walaupun sedikit .

menurut cerita kawan aku ni dah ramai kenalan dia (yang ozone layer nya nipis) mencuba. dengan izin Allah seratus peratus juga berjaya mengembalikan kesuburan rambut mereka.

kawan aku bagi kat aku sebanyak lima botol sebagai permulaan. harganya juga berpatutan dan mampu milik oleh orang-orang yang memerlukan.

ramai juga pelanggan yang mempunyai masalah kesuburan rambut datang bertanya mengenai tonik tersebut. aku kempen dia orang dengar. aku senyum dia orang senyum. aku gelak dia orang pun gelak. nampak macam dia orang berminat untuk membeli. tapi bila pelanggan tenung kepala aku dua tiga kali terus tak jadi beli. tak tau juga lah kenapa. musykil gak aku.

Sabtu, 22 Mei 2010

jujur

pagi semalam aku ke benta untuk minum pagi. tengah sedap mencekik pulut campur sambal ikan bilis aku ternampak cdjay kat seberang jalan. jalannya cukup teratur sambil mata merenung ke bawah. nampak sedang memikirkan sesuatu. 

sedang dia leka berfikir, aku memanggilnya untuk minum sekali. nampak beliau macam terkejut dari lamunan. mula-mula cdjay menolak. tetapi setelah tiga kali dipelawa cdjay akur. beliau memesan juadah sama dengan apa yang aku makan.

"aok dari mana ni cdjay?"

"keh datang dari masjid lah bang"

"aok solat dhuha ke?"

"hehe..tak lah bang. keh saja-saja berborak dengan orang tabligh kat masjid tu"

"mende yg aok borak?"

"takde mendenye juga.keh nak borak dengan dia orang. tapi dia orang macam tak layan je ke keh"

"mungkin dia orang tengah sibuk kot. aok pi ngacau buat mende"

"entah la bang. bang... keh nak tanya sikit"

"tanya la..."

"keh nak rokok sebatang boleh?"

"ler..ingat kan bendanye. abihkan dulu pulut tu. nanti keh bagi"

"bang... keh ni ada masa rasa pening kepala. macam migrain. kata orang keh ni ada penyakit skizofrenia"

"skizofrenia? mendenye tu?"

"skizofrenia ni macam sakit otak. mudah kata gila la. betul ke keh ni gila bang?"

"err.... aok nak rokok tadi ye. nah amik la isap............"

Jumaat, 14 Mei 2010

copacabana

kenal makcik ini?

jumaat lepas aku jalan-jalan ke cameron bagi menyejukkan hati setelah 'menyumpah di malam jumaat'. terasa sedikit kesal kerana kekasaran bahasa yang dilemparkan kepada awang. aku faham beliau masih belum dewasa kerana semua orang menganggapnya adek. patutlah beliau berfikiran keanak-anakan.

dulu-dulu kalau nak ke cameron dari lepih ni jangan harap la nak cepat sampai. kena masuk perak dulu mengadap orang-orang tapah. lepas tu mendaki pula ke tanah rata. kalau aku kecik-kecik dulu kena siapkan jabir untuk stok muntah. tiga kali muntah pun belum tentu sampai ke destinasi. naik biru muka barulah sampai.

sekarang ni dari lepih ke cameron dah dekat. ada dua jalan alternatif ke sana. yang pertamanya ikut gua musang. kalau sesiapa orang lepih berdarah kelate dia akan suka ikut gua musang. sebelum mendaki ke cameron boleh juga singgah di rumah saudara-mara atau shopping bawang di sana. maklumlah kat sana lebih murah berbanding lepih ni. barangkali lepih ni ikut harga kota london sebab itu ia di gelar 'lepih as a little london'.

alternatif kedua ikut jalan sungai koyan ke ringlet. aku ikut jalan ni jumaat lepas. jalan dah hampir siap. ada sikit-sikit lagi yang kena lalu tepi gaung dan tanah merah. kalau tak gayat elok ikut jalan ni. dekat. pemandangan hutan belantara serta gunung-ganang memang cantik. memang betul pahang ni kaya dengan khazanah hutan belantara. tak tau la lepas ni ada yang gatal tangan pi tebang balak pula kat situ.

tak silap aku jarak dari sungai koyan ke ringlet cuma lapanpuluh kilometer. menurut sumber yang agak suam-suam kuku boleh dipercayai, kos pembinaan jalan tersebut menelan belanja sepuluh juta ringgit bagi setiap kilometer. ha... kalau terer matematik kira la jumlah kos yang terlibat.

orang lepih dan raub kena 'bersyukur' kepada kerajaan. tempoh perjalanan kita ke cameron dah dipendekkan. secara tak langsung travelling cost juga dapat dijimatkan. banyak juga jasa kerajaan dalam pembangunan negara kita ni rupanya. "harapkan pembangkang? entah-entah reban ayam pun belum tentu boleh bikin" kata don songkok totok bukan aku kata.

setelah meluangkan masa hampir tiga hari di sana, jiwa dan raga aku terasa tenteram. cuaca nyaman dan pemandangan hijau secara tak langsung dapat membantu menenangkan perasaan. keluarga aku juga begitu menghargai kualiti masa yang diluangkan. aku pula tak henti-henti memetik kamera untuk merakamkan pemandangan disana. padahal aku dah hampir sepuluh kali ke cameron.

disana aku lebih suka melawat perkampungan melayu di taman sedia. mereka juga sudah menanam strawberi dihalaman rumah untuk jualan. chalet-chalet juga ada dibina. aku tumpang gembira atas kejayaan orang kita.

bila sebut pasal strawberi ni aku teringat zaman aku muda dulu. aku dan kawan-kawan pergi ke ladang strawberi milik mat salleh. bukan dimalaya tapi nun jauh diperkampungan william wallace sana. mereka berniaga memang 'based on trust'. maka disuruh kami memetik sendiri buah strawberi ( pick your own) untuk ditimbang. dah nama pun melayu yang tak jujur, aku dan kawan-kawan petik dulu untuk makan sampai kenyang selepas itu baru petik masuk bakul untuk ditimbang. memang kami jenis 'cannot be trusted'. tapi itu dulu. sekarang tak buat dah. lagi pun aku berniaga juga. mana baik cilok-cilok ni.

peniaga highlander memang ramah tamah, termasuklah makcik zainab gambar kat atas tu. harga makanan dikedai makannya pun tidaklah semahal di 'kota little london'.

sekembalinya dari cameron aku tersenyum puas. udara nyamannya masih lagi terasa.

tetapi jiwa aku berubah panas kembali bila membaca berita dua hari lepas yang mengatakan projek judi bola diluluskan. kekesalan yang aku ceritakan mula-mula tadi hilang. aku mula rasa ingin menyumpah sekali lagi seperti aku mengkepalabanakan awang pada entri yang lepas. kalau boleh nak juga mengkepalabanakannya seberapa banyak yang boleh. bak kata encik kilat "kepala bana seratuih lapan puluh empat kali!!!".

Isnin, 10 Mei 2010

kamu juga klasik

jika kamu pernah menggunakan barangan dibawah ini, bermakna kamu juga boleh dikategorikan sebagai barangan klasik !

Khamis, 6 Mei 2010

menyumpah di malam jumaat

-kes buang bayi. cerita lama tapi masih laku. masa mula-mula berita ini berlaku, kecoh rakyat 1malaya memperdebatkannya. kalau dulu makcik sherry begitu pakar dalam seni mengumpatnya tatkala sedang menjemur kain atau sedang membeli ikan kembong di pasar basah lepih, tetapi selepas kes buang bayi berlaku makcik sherry begitu pakar berdebat mengenai hukum hakam membuang bayi. beliau amat setuju kalau kerajaan memperkenalkan matapelajaran seks di sekolah-sekolah. dan beliau juga sanggup menjadi guru matapelajaran tersebut!

terdengar juga cadangan seorang senator yang aku lupa namanya (yang pasti bukan senator ezam) supaya bapa kepada bayi tersebut dikasikan anunya. tau makna kasi? bukan kasi atau bagi lagi satu anu supaya jadi dua anu. tapi anu yang satu tu dibuang. tak boleh nak projek dah. aduhhh... apa punya tur!!

itu belum dengar pendapat dari seorang ustazah ranggi lagi. ustazah ni kata beliau masih keliru dan belum ada penyelesaian atas kes buang bayi ni. beliau pelik kenapa mak bapak bayi sanggup membuang bayinya sendiri. "buat pandai, jaga tak pandai" katanya. takper lah ustazah. fikir la cara-cara mengatasinya. kalau malas nak fikir sangat pergi je minta nasihat dari ustaz apco!

ada juga yang mencadangkan supaya didirikan baby shelter (betul ke term dia? aku terlupa). kepada mak bapak yang nak buang bayi boleh hantar ke baby shelter, katanya. buatlah banyak-banyak anak haram lepas tu hantar ke situ. tak payah fikir how to control atau how to avoid zina, yang penting ramaikan warga malaya. beranaklah tak kira halal atau haram.

kepala bana punya orang!!

tetapi sekarang ni kes buang bayi dah jadi berita biasa di malaya ni. hampir setiap minggu ada je kes buang bayi samada hidup atau mati. agaknya kalau tak buang bayi kamu tak hip hop kot. tak trendy gamaknya. akhirnya rakyat kita dah lali. hilang terkejutnya dan paling aku takut hilang rasa belas. kerana dah lali tadi makcik sherry pun dah tak kisah. dia dah pulang ke pangkal jalan. kembali ke arena seni mengumpat sambil menjemur kain!!

(aku kesian benar kat kak nita dan rakan-rakan sampai sakit tekak menyanyikan lagu kami prihatin. tapi tup tup esoknya ada juga kes buang bayi).

-kes judi. yang ini berita terkini. tadi terbaca berita pasal awang. bukan awang yang menoreh getah kat kampung aku tu. tetapi awang adek. dia ni bukan calang-calang awang. bijak orangnya. pakar ekonomi, makro dan mikro. kononnya awang ni nak halalkan judi bola di malaya tanah air tercinta kita ini. alasannya bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram. secara tak langsung kerajaan akan dapat hasil dari cukai perjudian tersebut. sedap juga bunyinya ye.

macam kat sekolah la kot. mungkin pengetua sekolah akan membenarkan murid-murid merokok. alasannya kalau dilarang merokok pun, budak-budak tu akan merokok juga secara sorok-sorok kat luar sekolah. betul juga tu.

kalau begitu alasannya beruntung yang amat lah kaki langgan pelacur, kaki hisap dadah, kaki rasuah, kaki zina dan segala mak bapak kaki maksiat!! bijak awang ni!!

bijak kepala bana !!!

* maaf. ini bukan cerita politik. tapi cerita pasal ilmu alam atau geografi. (kalau cerita politik pun aku bukan berceramah di masjid selangor. ahhh! selamatttt..)

Isnin, 3 Mei 2010

magika

asmawi jalaludin
pulau batu putih
enjin jet
telaga minyak

semuanya magik....

Khamis, 29 April 2010

gaji naik angin naik

- itu kata ubi kepada aku pagi tadi..

- aku kata inilah dia 'cowboys paradiso'

- ini pula kata pyanhabib dari blog beliau:

Tolong hebohkan: cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :
aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!- pyanhabib

Isnin, 19 April 2010

midun oh midun!

*mood untuk menulis sudah mari!! terimakasih kepada midun!!

baru-baru ni aku ke kl bersama dengan ubi. kami singgah di sebuah kedai buku di batu cave sana. ketika aku sedang asyik membelek buku resepi masak memasak, telefon aku berbunyi. panggilan masuk dari midun pagar sasak rupanya. (kalau kamu ingat, aku pernah buat entri pasal midun ni dulu. dia ni memang suka membaca buku. dulu dia ada pesan buku 'malu bertanya tentang seks')

midun: salam 1malaya bro!
aku: salam
midun: lu kat mana tu bro. kl ke?
aku: aik...dapat hidu je keh dimana ye
midun: biasalah. gua kan ada kuasa psikik. buku yang gua nak tu lu boleh belikan tak?
aku: ceh...setakat duk pagar sasak tu tak payah la gua lu gua lu dengan keh ni
midun: relax la bang. jangan marah kat keh
aku: ha...buku mende aok nak tu? keh lupa la
midun: ala...buku telaga biru yang tajuk nye 'malu bertanya tentang solat jlid 1 dan 2'
aku: demeh ni asyik malu bertanya jeh.
midun: biasalah bang. keh ni memang pemalu orangnya
aku: lantak aok la midun.... keh kat kedai dvd ni. nanti la keh cari buku tu. demeh ada nak kirim dvd tak? (aku saja-saja kata aku kat kedai dvd.padahal aku di kedai buku.mood menyakat sudah meresap)
midun: keh tak minat dvd ni. buku ok la. lagi pun keh ni jenis suka membaca. layan dvd ni buang masa keh je.

berlagak pulak midun ni. nak kena dengan aku midun ni. tanduk aku mula tumbuh. dibantu pula oleh tanduk ubi. bertanduk-tanduk la aku jadinya.

aku: keh ada jumpa dvd kamasutra ni. pelakon lawa-lawa.nak ke?
midun: dalam bahasa melayu ke bang?
aku: bahasa inggeris la weh! tapi subtitle melayu ada. nak ke taknak ni?
midun: boleh juga...tapi bajet sikit ni
aku: ala... duapuluh ringgit jeh
midun: ermm. boleh juga. buku tadi tu kira kensel la. abang beli dvd je untuk keh.

cehhh! baru kena sakat sikit dah goyang!

Khamis, 15 April 2010

belum mari...

mood untuk mengupdate dan menulis di blog ini belum mari !!

kerana aku cuma rajin menggambarkan blog di sinun :
* klipis
* the talking pictures

Khamis, 1 April 2010

jindigo samseng sekolah

ada seorang budak sekolah menengah. namanya jindigo. nama sebenar tak pasti la pulak. dia ni agak nakal. selalu ponteng sekolah. ada masa suka bergaduh. belasah junior tu memang kerja tetap dia la kiranya. kalau tak belasah rasa macam gigil je. tak keruan di buatnya.

tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. masa tengah sedap belasah junior, guru disiplin datang. kantoi jindigo hari tu.

jindigo di bawa ke bilik disiplin. kena basuh dengan guru disiplin dan beberapa guru yang lain. mak bapak jindigo pun sudah diberitahu. mereka nampak kecewa. tak sangka anak mereka begitu samseng di sekolah. kat rumah pijak semut pun tak mati. hormat beno kat orang tua nya.

setelah pihak guru dan pengetua bermesyuarat keesokannya, jindigo didapati bersalah dan perlu dibuang sekolah. jindigo merayu. beliau begitu kesal atas tindakannya. "tolong lah jangan buang sekolah. kat mana saya nak pergi lagi. saya sanggup dirotan dikhalayak ramai. saya berjanji tidak akan berkelakuan samseng lagi." begitu kata-kata jindigo terhadap pengetuanya.

jindigo tidak dibuang sekolah. kesemua guru-guru bersepakat untuk menjatuhkan hukuman rotan terhadap jindigo. jindigo pula rela dirotan. rotan lah banyak kali pun. beliau tak kisah. memang beliau betul-betul kesal atas perbuatan lampaunya.

kisah jindigo akan dihukum rotan telah dihidu oleh orang ramai, pihak pibg dan atasan. mereka bersimpati dengan jindigo. mereka kata "jangan rotan jindigo. beliau telah insaf...". mereka menyuruh jindigo merayu. tetapi jindigo enggan. beliau berkata "biarlah saya dihukum. saya bersalah. biarlah ia menjadi teladan kepada murid-murid lain". keputusan jindigo tegas. beliau enggan merayu.

dipendekkan cerita (atas sebab aku dah malas dan rimas nak menaip), jindigo tidak dihukum. dibuang sekolah pun tidak. dirotan pun tidak. semuanya berlaku selepas campurtangan pihak atasan. mereka mengampunkan dosa jindigo. "jindigo...saya akan ampunkan dosa kamu atas kesalahan membelasah rakan-rakan kamu dahulu. tetapi dengan satu syarat. esok kamu perlu kutip sampah-sarap di sekolah kamu".

semasa menjalani hukuman mengutip sampah, jindigo berasa pelik. kenapa dia tidak dirotan. padahal beliau sanggup dan beria-ria menyuruh supaya pihak sekolah merotannya. tujuannya untuk menyedarkan rakan-rakannya yang lain. hebat juga ada orang yang boleh ampunkan dosa beliau.

dari jauh pengetua sekolah memerhati jindigo. "erm...bagus juga hukuman sebegini. sekurang-kurangnya ringan sikit tugas tukang kebun sekolah aku".

tanpa sedar, masalah samseng sekolah masih berleluasa. murid-murid samseng tak kisah. kalau di tangkap, mereka hanya dihukum untuk mengutip sampah.

*kalau malas nak baca entri aku kat atas, kamu boleh layan youtube kat bawah ni. kalau nak harapkan tivi kita tayang kena tunggu 20 tahun lagi la kot. maka elok la cari dvd dia. superb film!! jangan duk layan filem vadivellu je...haha!

Sabtu, 27 Mac 2010

biar saya hubungi tuhan

pic from google image
hah!!! minum arak dikhalayak ramai! eh...takper, kamu hindu...
ceritanya disini

Isnin, 22 Mac 2010

from pendang with love part v

-di pendang sekarang ini sedang musim kemarau. siang panas. malam panas. pagi pukul enam pun terasa panas. kalau buka air paip tu kena biarkan ia mengalir buat seketika, bagi menghilangkan haba panas di air. kalau gelojoh boleh bikin kulit melepuh.

alhamdulillah, walaupun kemarau panjang air masih ada. tak perlu menggali perigi lagi.

semasa mengipas badan yang kepanasan, tiba-tiba fikiran aku melayang ke lepih. pasti najib dan rosmah seronok bermain hujan bersama warga lepih. tak pun sekurang-kurangnya duduk senang lenang di khemah yang berhawa dingin. fuhh....nyamannya...

latarbelakang gambar aleeya menunjukkan padang rumput yang kering.

-masa ronda-ronda ambil gambar di tepi sawah, terserempak dengan gang gerek (basikal). aku ambil juga la dua tiga keping gambar budak-budak tu. selepas aku ambil, salah seorang budak (mungkin ketua gang) tu pesan "pakcik, jangan lupa letak gambaq kami dalam internet ye. boh nama gang gerek bukit raya.". hah! macam tau je aku ni ada blog.

hari ini aku tunaikan janji dan gambar gang gerek sudah diuploadkan ke blog aku.

ketua gang gerek

gang gerek bukit raya, pendang

Ahad, 21 Mac 2010

pilem pendek pertama kami

pilem sayang salmah
lakonan: cd jay
arahan: aldino
penulis skrip: ubilepih
kamera: benludin

minta maaf je la. pilem ini bakal mengenepikan hollywood dan bollywood kerana kesemuanya itu adalah pilem-pilem kayu.

pilem kami ini lebih bermoral dari pilem razak mohaideen, lebih aksi dari pilem yusuf haslam dan lebih seram dari pilem ahmad idham.

pilem yang dirakamkan di kg.sama, benta. kami terpaksa mengharung semak samun bagi mendapat angle yang baik untuk dirakam. nyamuk pun banyak, nak pegang kamera pun susah. nasib baik aldino ada rokok gudang garam. bila pekena sebatang dua dapat juga asapnya menghalau nyamuk. (kalau kamu nak mengembara ke hutan amazon jangan lupa bawa sekali aldino sebagai teman. beliau adalah seorang saviour atau penyelamat ketika di saat-saat genting).

cd jay pula adalah pelakon yang tidak berlakon. maksud aku apa yang dipertuturkan itu adalah dialog tanpa skrip (mungkin kerana skrip yang ditulis oleh ubilepih tidak dihafal). semuanya adalah luahan hatinya. luahan yang telah lama dipendam. tunggu masa je untuk dilepaskan.

banyak ilmu yang bakal diperolehi dari cd jay. kalau nak tengok sila klik sini.

Selasa, 16 Mac 2010

selamat datang ke lepih

pm kesayanganku akan datang ke lepih untuk merasmikan sambutan 50 tahun penubuhan kementerian luar bandar dan wilayah. lepih akan menjadi tumpuan 1malaya selama tiga hari sambutan ini diadakan iaitu dari 19-21 mac.

terkilan juga rasanya kerana pada tarikh tersebut aku tiada di lepih. rugi rasanya tidak dapat menatap wajah pm dan isterinya yang tersayang.

kepada pm dan pengunjung, selamat datang ke lepih.

* pm, tak perlulah melawat tandas-tandas di lepih ini. kerana tandas disini bersih-bersih belaka. tidak seperti tandas di klia. ngeh!!

Khamis, 11 Mac 2010

kisah peniaga melayu - part i

"kamu kalau berniaga kena la target pasaran untuk multi-racial. baru boleh maju-saing. kalau boleh jangan gantung ayat-ayat suci al-quran kat dinding kedai. bacaan ayat al-quran pun jangan mainkan kat radio tu. takut nanti orang-orang bukan islam tak masuk kedai kamu ni"

"buat apa berniaga. nanti bila kamu dah tua siapa nak ambil alih perniagaan kamu ni. anak-anak kamu minat ke berniaga?"

*petikan kata-kata hikmah dari seorang pelajar universiti yang bijak pandai terhadap rakannya yang baru ingin memulakan karier sebagai seorang peniaga kedai runcit.

Isnin, 8 Mac 2010

iklan - percuma buku lima

klik je banner tu. pasti kamu dapat buku free - maksud aku kalau kamu beli tapi kedekut duit nak bayar, pasti dapat buku lima free. heh!!

ini adalah langkah permulaan aku bagi menyahut seruan kerajaan supaya memulakan perniagaan kecil-kecilan dan bertani di rumah ketika kemelesetan ekonomi global sekarang ini. maka aku menjual buku sambil berkebun- terimakasih kepada kerajaan kerana mencetuskan idea tersebut.

sebagai membalas jasa kerajaan, aku akan pangkah kamu ketika pilihanraya umum nanti. letak apa sahaja sebagai calon - botol, katak atau cipan. tetap juga ku pangkah.

*mungkin aku juga akan menjual apa sahaja yang mendatangkan keuntungan termasuk menjual cangkul atau periuk second-hand bagi menjana ekonomi rumahtangga.

*nama 'kebun buku' adalah cetusan idea dari encik pyanhabib- nanti gua belanja lu mengeteh sebagai royalti. heh!!

Jumaat, 5 Mac 2010

cerita dari email

(setelah dialih bahasa)

satu petang disebuah kedai komputer-

pemanggil : salam, printer saya rosak lah...
tokey : w'salam.apa masalahnya?
pemanggil : mouse jammed
tokey :mouse? printer mana ada mouse la bodoh!
pemanggil :mmm..ye ke? tak per, saya hantar gambar...



* nasib baik tikus. kalau katak spesis berahim ali yang sangkut elok dibiarkan je...hah!

Khamis, 4 Mac 2010

hutan kuala medang 1952




kredit kepada pahang tour


*minit 4:07 ada gambar saudara-mara don songkok

Selasa, 23 Februari 2010

kemuncup

tau apa itu kemuncup?

kalau tak tau elok la pindah anak beranak ke kutub utara.

masa aku kecik-kecik dulu pernah dikenakan oleh kawan aku.

"ben, cuba aok gigit batang kemuncup ni" kata sabarudin

"matnya?"

"aok tak pernah rasa ke. manis yang amat"

"tak tau la pulak. meh sini keh cuba gigit..."

aku pun memasukkan sebatang kemuncup ke dalam mulut aku. bila batang kemuncup tu aku gigit je terus sabarudin menariknya.

"ptuii!! ptuiii!! ptuii!!" bersempudai mulut aku dengan bunga kemuncup.

* aok = kamu
matnya = kenapa
keh = aku
bersempudai = penuh

Jumaat, 12 Februari 2010

salam jumaat dari aldino

gajet didepan rumah aldino.botol untuk apa tu aldino?

memang ramai benar kawan-kawan aku yang bernama din. untuk mengelakkan kekeliruan atau tersalah umpat, maka konco-konco sekampung telah sebulat suara untuk menokok-tambah di hujung nama setiap din. dengan itu wujudlah nama din belut ( berperangai licik memonteng kerja), din public ( kerja di public bank), din selampit (belum dapat info sebab apa dipanggil begitu), din komputer ( pakar baik pulih serta menjahanamkan komputer), din ketar (kontraktor yang tangannya selalu gigil), benludin (yang bermakna orang yang baik-baik) dan aldino.

balik kepada aldino.pada hari ini aku akan bercerita sedikit (ulang suara: sedikit) mengenai kawan aku yang bernama aldino. beliau pernah popular sebagai kartunis pada era 80an. karya kartunnya terdapat dalam majalah kanak-kanak bambino dan bujal (yang mana kanak-kanak yang membacanya dahulu sudah tua-tua pun sekarang). dan beberapa majalah terbitan dbp yang lain.

bagi aku beliau adalah seorang insan seni yang berbakat besar. biasalah, setiap orang ada masalahnya sendiri. termasuk juga aldino. cuma masalah hidupnya kebelakangan ini membuatkan dirinya rimas untuk berkarya. rakan-rakan beliau perlu melakukan sedikit 'alignment' bagi memulihkan semangatnya untuk berkarya semula.

aku pun taknak cerita banyak banyak pasal aldino ni. kalau nak baca kisah selanjutnya kamu semua boleh baca di blog ubilepih.

-dibawah ini ialah gajet-gajet kepunyaan aldino yang menjadi temannya kemana sahaja beliau pergi.

mancis api cap lada yang original.

garam

dua kotak rokok dan salah satu kotak akan ditanda dengan pisau lipat.

aku doakan semoga aldino kembali berkarya dan berjaya.


* "oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu, ada kesenangan" -surah al-insyiraah ayat 5-6

Selasa, 9 Februari 2010

planet rabak

baru kejap tadi aku jengok link ke blog-blog yang rajin aku kunjungi kat sebelah kanan tu. kalau ada blog yang baru update, aku akan terus terjah dan baca. tiba-tiba terpandang blog nik dengan tajuk 'kita pejuang pas'.

wah!! dasyat nikbinjidan sudah menjadi penyokong tegar parti pas.

aku klik dan baca.

wahh!! terpegun lagi sekali sebab tengok layout dan template pun cantik.

entri pun nampak kemas disertakan dengan ayat quran dan hadis.

dasyat nikbinjidan!! mungkin selepas ini beliau akan bertukar arah kepada penyanyi lagu nasyid.

tapi, selepas aku skrol atas. skrol bawah. skrol kiri. skrol kanan. ishhh! rupa-rupanya aku tersalah blog. ingatkan blog nikbinjidan. rupanya blog nik abduh nik aziz...

*tajuk blog nikbinjidan ketika dan saat ini ialah 'tak de apa'....

tahniah yob

tahniah kepada semua warga perak yang secara rasminya mendapat menteri besar yang baru hari ini. aku pun tak tahu samada ia sesuai di gelar menteri besar yang 'baru' kerana beliau telah memerintah perak semenjak awal tahun lepas lagi. tak sedap pulak bunyi menteri besar baru ni. mungkin perkataan menteri besar mahkamah lebih sesuai? wallahualam.

untuk warga perak buang yang keruh, ambil yang jernih. patuhlah atas keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. sama-samalah membangunkan perak tidak kira kamu itu penyokong gerombolan, pakatan rakyat atau tidak berparti. semoga bumi perak terus cerah.

ambillah iktibar dari pilem tamil. selalunya hero kalah dulu. dah nak akhir pilem (selepas berjoget dari kaki gunung sampai ke puncak gunung, ber'dusyumm' sana-sini dengan tigapuluh gangster, kejar-mengejar dan bercinta dengan dua minachi) barulah hero menang. tapi dalam kes perak ini aku tak pasti mana satu hero tamil.

*hebat juga. jaringan 5-0.

*secara tak langsung ia menghalalkan katak si katak lompat

Jumaat, 5 Februari 2010

salam jumaat dari aku

teringat satu buku agama yang baru aku baca (tapi belum habis dibaca-biasalah aku). semasa pengadilan di depan Allah swt nanti ada yang dengan sukarelanya atau sanggup terjun ke neraka. kerana apa? kerana tidak sanggup didedahkan oleh Allah segala keaiban dan perbuatan yang keji ketika di padang masyar.

jika di muka bumi ini ada yang sanggup mengasingkan diri atau membunuh diri kerana malu atau kantoi atas dosa yang dilakukan. apatah lagi di akhirat kelak.

maka sama-samalah kita beringat. segala kelakuan kita yang dilakukan di dunia ini bakal didedahkan atau diadili sepenuhnya ketika di padang masyar nanti. tidak ada satu pun yang tertinggal walaupun sebesar zarah. Allah itu maha mengetahui apa-apa yang tersembunyi.

seseorang penjenayah itu mungkin boleh terlepas di mahkamah dunia, tetapi di mahkamah Allah pasti akan dibicarakan juga.

*tajuk buku 'bertemu janji allah'- tgna

Selasa, 2 Februari 2010

episod baru bermula

mulai saat ini rakyat 1malaya akan berbincang pasal lubang dub*r

"kamu sentuh dub*r saya"

-vs-

"apahal pulak saya nak sentuh dub*r kamu"

*slogan baru bakal dilancarkan oleh mat slogan- 1suara 1dub*r

Isnin, 25 Januari 2010

kantoi

"beep...beep...beep" tiba-tiba satu mesej masuk.

aku capai telefon bimbit, ada mesej dari din belut...

"aslmkm man. man dah gaji ke ari ni?"

masa bila pulak nama aku man?

masa bila pulak aku kerja makan gaji?

Jumaat, 22 Januari 2010

wahai orang-orang kampung sekalian...


aku sudah berangan menerima award sebagai pelakon pembantu terbaik (watak:tukang kayuh sampan).

pilem ini berdasarkan kepada sebuah novel yang bertajuk almayer's folly:a story of an eastern river. kalau kamu mau membacanya jangan cuba mencarinya di khutub khanah kampung milik jkk, klik saja disini.

Isnin, 18 Januari 2010

raban part ii

ini adalah kisah benar seorang guru perempuan yang begitu dedikasi dalam tugas hariannya. beliau inginkan anak bangsanya maju dan berjaya dalam pelajaran. tetapi ia berlaku sebaliknya.

peristiwa ini berlaku pada tahun lepas ketika guru ini mengajar mata pelajaran bahasa inggeris di sebuah kelas tingkatan tiga. seperti biasa kalau ada pelajar-pelajarnya yang gagal didalam peperiksaan penggal, maka guru ini akan menegur, menasihati, menunjuk ajar dan tak lupa juga membebel. salah seorang yang menjadi mangsa ialah khaleef.

"khaleef...kenapa markah kamu ni teruk sangat?"

"apa pulak yang teruk cikgu?" khaleef menjawab soalan cikgunya dengan soalan juga.

"ini....duapuluh peratus aja. grammar lemah. spelling berterabur. kamu tak belajar ke?"

"teruk sangat ke saya ni cikgu?" jawapan dalam bentuk soalan lagi.

"apa nak jadi kamu ni khaleef. bila kamu nak berubah jadi pandai sikit?"

"cikgu apa susah. bila mati nanti kubur kita lain-lain" khaleef menjawab selamba.

*nama je sedap. perangai macam setan...

Jumaat, 15 Januari 2010

jangan bakar surau kami

keadaan sebuah surau di kampung 'biarlah rahsia'

Isnin, 11 Januari 2010

teka-teki hari isnin

i. soalan: apa beza antara pos biasa, pos laju dan pos ekspress?

jawapan: semuanya sama. lewat belaka...

ii. soalan: kenapa peniaga menaikkan harga minuman atau kuih-muih?

jawapan: sebab air minuman / kuih tak guna garam sebagai ganti gula untuk memaniskannya.

iii. soalan: kenapa sehingga kini tiada seorang pun suspek yang ditangkap kerana membakar gereja?

jawapan: sebab suspek tak bakar masjid rumah menteri

*maaf. semua teka-teki sudah terjawab. kalau ada jawapan lain sila kemukakan.

Jumaat, 8 Januari 2010

salam jumaat dari din belut

tadi aku berdebat dengan kawan aku yang bernama din belut. dia ni pelik sikit. kalau berdebat pasti nak menang. dasar benang basah betul mamat nih.

ada masa memang dia nampak sangat kebodohannya ketika berdebat. aku taknak cerita pasal perkara yang kami debatkan. nanti panjang pulak aku kena taip. haha! kat sini aku cuma terkejut atas perkataan yang keluar dari mulut beliau.

masa tengah-tengah berdebat tu dia melafazkan kalimah "la illah...".

aku tegur dia "din... kalau nak lafaz kena la habiskan. kamu tau ke maksud ayat tu?".

"tau bang. maksud dia 'tiada tuhan'" jawabnya selamba.

"abih tu. kenapa tak habiskan?" aku tanya balik.

"tak apa bang. apa-apa hal saya tanggung." kata din.

"hah? berani betul kamu ni din!!"

"apa kisah. itu antara saya dengan allah" kata din tanpa rasa bersalah.

terkedu aku. hebat dan tinggi benar ilmu dia. gang-gang ayah pin pasti tabik kat dia nih. atau pun mungkin dilantik menjadi timbalan ayah pin.

elok la. ketua ayah pin. timbalan ayah din. ngam!!!!

*doa-doakan semoga din belut terbuka hatinya untuk berubah.

Selasa, 5 Januari 2010

laskar pelangi


malam tadi aku menonton pilem 'laskar pelangi' yang disiarkan oleh astro. ia adalah sebuah pilem yang diadaptasi dari novel karya andrea hirata. orang lain dah lama tengok kot. aku baru malam tadi berkesempatan untuk menontonnya. bukan sebab di pekan aku ni takde panggung wayang. tetapi sebab aku tak terjumpa dvd haram jadah setelah mencarinya di merata tempat dari lipis hinggalah ke alor setar sana. haha!

pilem ini mengisahkan tentang kehidupan sepuluh anak dari keluarga miskin yang bersekolah di sebuah sekolah yang bernama muhammadiyah di pulau belitong, indonesia. keadaan sekolahnya pula amat daif. tetapi semangat dan minat mereka untuk mencari ilmu amat tinggi.

yang menariknya kesemua pelakon kanak-kanak tersebut adalah anak jati pulau belitong. muka pun muka kampung. takde muka kacukan atau hensem-hensem macam yusuf haslam masa kecik-kecik dulu.

sebuah pilem yang tidak membosankan dari mula hingga akhir. cinematography nya menarik. soundtrack pun sedap di dengar. ngetop banget!!! mungkin mau tonton sekali lagi.

antara quotation menarik yang aku ingat:

pak harfan "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya."

mahar "serahkan pada mahar dan alam"

lintang : "penjara sukamiskin namanya. penjaranya miskin seperti sekolah kita. tapi kita tetap suka. sukamiskin!"

* 'pilem kita wajah kita' atau 'pilem malaya dipersada dunia' - bila mau bikin pilem sebegini agaknya...

Sabtu, 2 Januari 2010

raban part ii

bagaimana agaknya nanti ada banner yang tergantung dikawasan kita yang berbunyi:

"jika kamu sayangkan allah, mari kita ramai-ramai memeriahkan majlis ceramah yang dianjurkan di gereja kami yang akan disampaikan oleh paderi john paul"

atau

(sepertimana sms yang aku terima dari encik ubilepih) bayangkan pula bagaimana sarikata pilem inggeris yang ditayangkan nanti berbunyi:

"god must be crazy" dan diterjemahkan kepada " ***** " (deleted.tak sanggup nak tulis)

atau

bayangkan selepas ini para penganut kristian akan ber-hallelujah berbunyi:

"allahuakbar! allahuakbar! allahuakbar!"

* ketepikan 'avatar'. jom kita tonton pilem 'god must be crazy' di laman blog ubilepih

Jumaat, 1 Januari 2010

010110


ermm..cantik nombor tu ye..
(maksud nombor: 1 sudu gula + 1 sudu kopi untuk bancuh 10 cawan kopi o)